Wednesday, 23 December 2009

Salad Salmon

DSC_1027

Yang ni resepi Nigella Lawson kat Foodnetwork.

Bahan A:
1 keping Salmon fillet (buleh guna apa2 species white fish fillet)
1 sudu teh mixed herb
3 sudu besar lemon juice

- Potong halus2 salmon fillet. Tabur mixed herb, gaul rata & lemon juice. Ketepikan dan perap selama 15 minit. Kemudian tos sehingga air kering.

Bahan B
2 btg daun sup
2 btg daun ketumbar
2 biji cili hijau

- Hiris halus2 kesemua bahan.

Bila ikan dah siap perap dan di tos, masukkan bahan B dan gaul. Gaul sebati dan bubuh garam secukupnya. Salad ikan ni sedap dimakan mcm tu ajer atau makan ala2 mat saleh, dgn tortilla chips. Selamat mencuba!

Brussel Sprout & Button Mushroom (chinese style)

DSC_1038

Ni utk sapa2 yg nak refer sayur masak chinese style. Boleh ganti dgn Kailan.

Bahan2 nya (anggaran la yek)

20 biji brussel sprout
20 biji fresh button mushroom


Bahan tumis:
3 ulas bwg putih (potong dadu halus)
20 ekor udang fresh (buang kulit)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar olive oil


Cara2:
Rebus sayur hingga agak empuk. Jangan sampai lunyai plak.
Then, tumis bawang putih hingga kekuningan. Bila dah kuning, baru masuk sos tiram & udang. Kacau hingga mesra.

Last sekali, ambik mangkuk. Masukkan sayur2 yg dah rebus tu. Kemudian, tuang jer bhn tumis atas sayur dan gaul sebati. Dah siap.

Resepi ni mmg xder garam sbb sos tiram tu dah masin.

Oven Baked Salmon wif Garlic & Ginger Oil

DSC_1037

Resepi suka2 sebab dah blur tataw nak masak apa. Tgk dlm fridge ada Ikan Salmon. Nak kasik perabih sebab dah lama gak ikan tu jadi penghuni freezer rumah ni.Tangan dah pegang pisau tapi fikiran masih melayang2.Perut dah lapo.So, masak simple2 jerlah yerrr....

Senang jer..detailnya begini:

Step A:
3-4 kpg Salmon Fillet (fillet ikan species lain pun bulehh)
1 sudu teh mixed herb
1 sudu besar olive oil
1 sudu besar lemon juice
Garam secukupnya.

- Gaul2. pehtu, masuk oven, bakar sampai agak garing.

Step B:
4 biji bwg putih ( racik dadu halus)
1 biji bwg besar (potong dadu)
2 cm halia (racik panjang2)
1 sudu besar olive oil
1 sudu besar kicap manis @ maggi seasoning

- Panaskan minyak, tumis semua bhn sampai kekuningan. Matikan api, then masukkan kicap.

Step C:

Bila ikan dah masak, tuang Bahan B tadi keatas ikan. Dan hidang! Sonang kan! less work, full tummy! Selamat mencuba.

Salam dari Sheffield

Salam semua,

Dah lama tak blogging. Hari ni tergerak hati nak jenguk blog tersayang.Setelah hampir 1 tahun , tak lalu bukak blog sendiri. Sibuk? ...mmg sibuk giler. Macam2 hal.Skrg, Alhamdulillah...baby Ilham dah hampir 6 bulan. Mabuk mengandung pun dah hilang, tinggal mabuk jaga anak2 jer skrg ni.

Inilah full time job aku sekarang....introducing Baby Ilham to Sudipkayu.com!

DSC_0890
Baby Ilham Zahin ~ 5 months

DSC_0833
Abg Iman Zahin ~ 5 years old

Monday, 6 April 2009

Cakkk!!

Salam semua!! Rindu weeiiiii.....

Dah lama tak mem'blog'. Bukan merajuk cuma berehat seketika sambil menikmati fasa hidup yg baru. Skrg sy dah ada kat Malaysia..sedang menghidup angin negara tanah tumpah darahku ini...waaaa!

Mintak maaf yer kepada teman2 blog yg setia & pengunjung2 blog yg baru. Material terbaru utk blog ni masih belum dpt disiarkan. InsyaAllah..tak lama lagi..kalo ada masa dan kudrat, sy akan buat pengisian terbaru ...yg pastinya segar dari dapur baru sy di Malaysia!

ok...jgn lah jemu tgk resepi2 lama tu yer!

Babaii!!

- Nita-

Thursday, 4 December 2008

Selamat Ulang Tahun Iman Zahin yg ke 4!

Iman genap 4 tahun dah!

Semoga Iman jadi budak yg cerdas & cergas dan sentiasa dilindungi Allah SWT! Jadi budak taat dan mendengar kata ok!! Sayang Imannnn!

bes2
Tahun ni sambutan simple jer..potong kek kat rumah jer. Ada jugak hantar kek & coklat ke nursery. Sambut kat nursery jer. Janji ada potong2 kek. Kek pun tak dpt 'handmade' utk Iman. Pilih kat M&S aje. Suruh dia pilih sendiri kek dia, dah tu..dipilihnya kek 'Harry the Hedgehog"..so, tema tahun ni kek Landak lah yer!!


Carik2 gambar besday tahun lepas...jumpa gambar dia potong kek.Nampak betul dia dah besar..muka pun dah berubah. Dah nak jadi abang lagi pon!...Korang tgk la...betul tak??

PC090151[1]

bezakan dgn yang tahun ni plak....

bes4

Dah lain kan? dah besarrr dah Iman. Gambar 3 tahun tu of coz la lain sikit...zaman jahiliah digital kamera..ahaks! padahal baru tahun lepas tu...hahahahaha!

Ada sikit2 lagi gambar birthday tahun ni kat blog Moment in My Life nih..

Tuesday, 2 December 2008

Sayur rebus

lok

Jgn kutuk yer..sayur rebus pon masuk blog ker????

Aku cuma nak highlight sikit...aku mmg tgh tak lalu nak masak lauk yg sedap2. So, sayur rebus ni salah satu menu yg ada kat rumah aku semenjak 2 menjak nih. Nasib baik lah En. Saiful aku tak kecoh langsung (kalo kecoh, kena masak sendiri la gamaknya..!)

Sayur ni aku rebus jer dgn bwg merah, bwg putih & halia. Ada aku letak daging sikit nak bagi berkhasiat sikit. Makan lauk camni kena masa kuah panas2...kalau tak, bak kata ayah aku la..."ni nak bg makan itik ke hapa??"...ha..laser tak laser bapak aku nuuuuu..ahaks!

emm....mcm lauk dlm pantang pun ader yer...dah nasib, org tgh ada penyakit allergic menumis...rebus jer laaa!

Ayam Panggang Lemon

aaaa

Bila perut mengatakan yer, tapi tekak mengatakan tidakkkk!!

Waa...sudah keluar perumpamaan yg sgt sesuwaiii dgn situasi aku skrg ni. Tetiba aku teringat nak makan ayam golek tp, taknak ada yg bau bwg merah putih atau herba2 Mesia nih. Wat masa ni, itu lah benda2 yg idung aku paling sensitif...dan bila hidung udah tangkap itu bau, tekak pun mulalah menghantar signal yg bukan2...ahaks! So far, Alhamdulillah masih lagi terkawal..cuma, kalo boleh malas nak carik pasal jer! Kalo dah start loya...kan aku jugak yg susahhhh..heheheheh!

So, bhn2 yg digunakan utk wat ayam panggang ni sgt la simple...pejam mata pon buleh.
Cuma pakai...perahan lemon, sos tiram, kicap,mixed herb, rosemary,gula , garam & madu. Lumur2..pastu peraplah dlm sejam 2. Kalo ikutkan buhla bwg putih sikit...tp, aku saja tak buh.

Bakar dlm sejam cenggitu..terbalikkan ayam setiap 1/2 jam. Bila dah masak tu, yg beshnya..aku cuma jamah bhgn kepak jer...yg lain2 tu..mcm tak lalu....emmm...haru!!!

*psst!! amik gambar pun gigillll.....manusia bersimptom sungguh!

Tuesday, 25 November 2008

Awardari Kak Lieza

3036026007_b61cbd5990[1]

Timasih Kak Liza sbb sudi share award ni dgn aku..tapi tu lah, puas aku telek2 belek2 blog Kak Lieza tu, betul ker dia nak bagi award yg ni kat aku?? Hard Working Blogger tuuuu...!. Aku terima dgn berbesar hati sungguh...almaklumlah, terasa pulak dah lama xder entry..semenjak dua menjak nih! Insya Allah...selepas kesihatan pulih, aku gandakan usaha rajin tu..caiyokkk!

Chicken Chop

chicken

Ada satu kala diwaktu nasi dah takleh masuk kat tekak...keluarla idea Chicken Chop simple...tak sampai sejam dah siap..!

Asam Pedas Daging Tetel

asam

Lauk dah lama masak. Ni pes taim try masak lauk asam pedas daging sbb selalu masak asam pedas guna ikan jer.

Tag dari Mat Gebu

mat

Salam semua...

Dah lama tak update entry. Bukan sengaja tapi badan tak mengizinkan. Bila tgk PC tu rasa mcm naik bot jer...bergelombang. Bila masuk musim sejuk ni, semua jenis penyakit keluar...dari yg tua sampai yg kecik tak terkecuali demam batuk selsema dan sbgnya. Itu tak termasuk penyakit 'buatan' org lagi...ahaks!...

Oklah...sempena menyambut hari pertamaaku kebah dari demam...aku hidangkan tag dari Mat Gebu. Ini lah workstation sejak setahun yg lepas. Saja letak kat pintu dapur supaya senang aku nak check resepi bila masak...hahahahha! Ada org suruh amik gambor muka sekali, ooowh tidak! aku sgt selebet masa ini......tgk ler apa yg ada wokeyy!

Saturday, 8 November 2008

Siakap kukus

kukus

Ni ikan kukus pulak. Ni tgh sedor diri nak jaga kesihatan. Konon nak kurangkan minyak dan garam dlm makanan. Dah tu,aku mmg jarang kukus ikan sbb aku suka lagi ikan goreng.Cuma, disebabkan ikan siakap aku ni limited edition dan ikan lain pun tak sedap nak dikukus, maka aku kukus la ikan siakap yg 2 ekor tu.Bila time nak kukus pulak, baru perasan pengukus aku tu kecik benor ..tak muat ler ikan siakap sekor nak posing dlm tu. Terpaksa lah aku kerat..so, tak jadilah nak tangkap pose idaman aku ..ikan siakap posing seksi seketul atas pinggan..ahaks!

Resepi pun ikut sedap tekak..tapi laki aku tunjuk 2 thumbs up! Lulus lah tu...heheheheheh!

Bahan2:
2 ekor ikan siakap saiz sederhana - bersihkan dgn tepung dan air asam
2 biji bwg besar - dimayang halus
2 biji bwg putih - dimayang halus
1 btg serai - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
2 potong kulit lemon atau limau nipis - dihiris halus
5 btg cili padi - di ketuk
1 sudu besar asam jawa - dptkan air dlm 1/2 cawan
Perahan air limau nipis dpt kan 3-4 sudu besar
Bahan tambahan: Lobak jeruk & Kobis jeruk - hiris halus
Gula & garam secukup rasa
Bahan hiasan tabur: Daun ketumbar

Cara2
Sediakan bahan2 mengikut arahan diatas. Campurkan semua bhn tumbuk dan hiris dlm satu mangkuk. Gaul rata sehingga bwg tu nampak lecur. Perisakan dgn garam dan gula secukupnya. Kemudian, ambil ikan yg dah bersih tadi..gaul sekali dlm adunan bhn2 perap tadi.Perap dulu ikan dlm 1-2 jam. Kemudian sedikan periuk kukus dan kukus dgn api yg sederhana dlm masa 1/2 jam atau sehingga ikan betul2 masak.

Pindang Mackerel

singgang

Resepi turun temurun. Tak pun lauk org dalam pantang...ahaks! Bila makan dgn nasik panas, hirup kuah..pergh..menusuk ke jiwa! Ish..amik feeling betullah. Tanpa minyak, kurangkan kolesterol. Ha..dah takde idea nak masak apa??? Cubalah...

Bahan2:

2 ekor ikan mackeral/kembung bersaiz sederhana
2 ulas bwg merah - tumbuk
1 ulas bwg putih - tumbuk
1 ulas bwg besar - potong tegak belah 6
5 biji cili padi -tumbuk
1 inci kunyit hidup -tumbuk
1 btg serai -ketuk
1 inci halia -hiris
1 helai daun kunyit -koyak2kan
2 keping asam keping
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara2:

Masukkan 1 mangkuk air dlm periuk dan didihkan. Bila air dah didih masukkan semua bahan tumbuk, bwg besar potong tegak,serai,daun kunyit,halia & asam keping. Reneh guna api sederhana sehingga semua bahan mesra.Kemudian, masukkan ikan. utup periuk & biar ikan masak sempurna. Bila ikan dah masak, masukkan garam & sedikit lagi asam jawa. Gaul perlahan2 utk mengelakkan ikan hancur.

Quiche Vege

quiche

Monday, 3 November 2008

Sweet Chilli Crab

ketam

Lauk khas utk my beloved asben. Aku masak okler...cuma tang makan,ada sikit leceh la. Aku bukan allergik kat isi ketam, cuma bibir ni takleh kena kat kulit ketam tu...kalo tak, bertambah 'vogue' la bibir i......so, aku tunggu suami aku suap ler!!! heheheheh

Aku cuma bantai ikut sedap tekak...bahan yg digunakan ialah:

bwg putih
bwg merah
cili kisar
sos tiram
daun kari
kicap manis
gula
garam

Tumis dan goreng cam biasa...ok!

Thursday, 30 October 2008

Ayam Masak Lada Hitam Simple

ayam

Jalan2 rumah CMG, nampak pulak Brokoli Daging dia. Seksi betul aku tgk dia hias lauk dia tu. Dalam pada aku berangan2 nak masak apa, aku pon selongkar petisejuk. Ada chicken filet, brokoli & cendawan shitake. So, idea chicken blackpepper pon keluar. Pastu aku tinggal celur jer brokoli & cendawan tu, takyah goreng sayur dah. Lagi simple lagi aku suka...senang pun yer. Utk kaum2 ibu yg berkerjaya dan pening nak masak apa yg senang dan sedap, try ler masak style aku nih. Tak sampai 20 minit dah boleh ngap! Cubalah...lagi2 dgn resepi blackpeper aku yg simple nih.

Bahan2:
1 ketul ayam fillet (potong serong atau dadu)
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
2 sudu besar lada hitam
1 biji bwg besar (potong bulat)
1 btg cili merah (potong serong)
3-4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sejambak Brokoli
Cendawan Shitake atau apa2 lagi sayur yg anda suka.

Cara2:
Blend bwg merah, bwg putih & lada hitam. Panaskan 2-3 sudu minyak masak dan tumis bahan tadi sehingga naik bau.Masukkan sos tiram. Kacau seketika dan masukkanlah ayam tadi. Kacau dan tutup sehingga ayam masak. Bila ayam nampak agak masak, masukkan bwg besar & cili merah & kicap. Gaul rata & tunggu sehingga ayam masak.

Untuk sayur pulak, bersihkan brokoli & cendawan. Rebus brokoli dgn air yg panas. Masak sehingga lembut. Yang cendawan shitake tu pulak, celur jer dlm air panas.Actually kalo nak campur dlm ayam tu pon boleh....ok!

Nagasari

pisang

Ini salah satu kuih pebret bapak aku kat kampung. Bukan apa...gigi dah tak kuat, dia suka kuih yg lembut2 jer. Selalu kan kuih nagasari ni bungkus dgn daun pisang ala2 tapai tu..dikukus. Tapi sbb stok daun pisang aku sempat wat alas pinggan jer, so aku pon modified la kuih ni. Instead of bungkus daun aku kukus jer pakai loyang. Rasanya sama jer...cuma kurang feel la, sbb tak boleh nak kelebet2 daun tu bila makan.Satu lagi kuih ni sgt sesuwai utk sesapa yg ada stok pisang yg dah nak expired. Zaman2 inflasi ni jgn membazir, selagi buleh makan..makan lah labuuu!!!

Bahan2 pulak,aku main agak2 jer taw..takde sukatan yg specific.Cuma bahan2 kat bawah ni buleh wat guideline.

Bahan2:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 bijik pisang masak ranum
1 cawan gula (ikut suka manis)
3 cawan santan
Secubit garam

Cara2:
Masukkan tepung gandum & tepung beras dlm bekas. Masukkan gula & garam . Gaul rata. Kemudian, masukkan santan. Kacau rata biar jgn bergentel.Kemudian, masukkan pisang yg sudah dihiris2 (mcm dlm gambar tuh). Kacau rata. Test dulu rasa manis, masin semua. Kemudian, masukkan dlm periuk dan masak dgn api perlahan. Sentiasa kacau sehingga tepung separa pekat. Lepas tu, masukkan dlm loyang 8 inci yg sudah digris dgn minyak dan kukus. Anggaran time kukus tu dlm 1/2 jam hingga 45 minit. Biar tanak supaya kuih tidak cepat basi. Bila dah masak, sejukkan sebelum memotong.

Thursday, 23 October 2008

Serunding Laksa

serunding

Aku pun tak taw nak bg nama apa kat serunding nih. Sebab aku tak wat resepi utk wat serunding pun. Alkisahnya, serunding ni tercipta hasil belen kuah laksa johor aku masa hari raya pertama tu.

Pada sesapa yg nak wat menu laksa utk open house esok2 nih..jgn kuatir kalo kuah tu berlebih. Sebab...boleh modified kuah tu jadik serundng ikan.Hehehehe..jgn membazir!

Cara2:
Mendapkan dulu kuah laksa tu. Buang la apa2 yg mcm sampah sarap kat dlm tu eg: bunga kantan & daun kesum. Dalam kes aku...aku wat laksa johor, so...tkde sampah sarap.
Bila kuah dah mendap, buang air tu. Biar tinggal isi ikan tu. Kemudian, keringkan dlm kuali dgn api yg amat perlahan. Proses nak wat ni bukan terus siap tau. Kena pause2 gitu ..goreng 3-4 kali utk dptkan serunding ikan instant yg enak. Selamat mencuba!!!

Nasi Minyak simple

nasi minyak

Arini aku wat nasik minyak lauk ayam masak merah utk Iman.... saja tukar rasa tekak,hari2 makan nasi putih..boring jugak kan.

Bahan2:
3 cawan beras Basmathi(rendam 1/2 jam kemudian turas air)
4 biji bwg merah (hiris halus)
2 biji bwg putih (hiris halus)
1/4 cawan minyak masak
2 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
2-3 biji cengkih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 biji tomato (buang biji, hiris kecik2)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara2;
Aku citer camner aku wat yer. Masak nasik ni pakai periuk nasik elektrik biasa tu. Tapi masa nak tumis bahan2 tu...keluarkan periuk dan tenggek periuk tu atas api (jgn ko hangkat dgn tempat masak tu sekali pulak!).Panaskan minyak tu dlm periuk, kemudian tumisla bwg merah, putih,bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga,cengkih & jintan tu semua.Bila bwg dah agak garing, masukkan la beras yg dah rendam dan tapis tuh. Kacau2 pelan sampai rata minyak kesegenap beras. Jangan kacau ganas2 nanti beras patah, nasik tak cun kang.Kemudian buh la air dlm 1/2 tinggi dari tinggi beras. Sukat pakai tgn jer ok.Masukkan garam dan tomato yg dah dihiris tu. Matikan api. Kemudian angkat periuk tu masukkan dlm periuk nasik utk msak secara elektrik pulak. Bila dah masak tu..biarkan dulu nasik tu.Jangan bila lampu periuk tu mati terus kacau. Lepas 10 minit baru buleh kacau. Gembur2kan mcm biaca ok!