
Ini antara kuih pebret ever after aku kalo pegi pasar malam. Kalo dulu, selalu tunggu giliran siap amik nombor lagi beratur nak makan popia basah kat pasar malam seksyen 18. Popia S.A Ali kalo tak salah aku. Popia dia mmg mabeles walaupon yg buat tu semua abang2 rock gituh. Walau dah jauh nun dari bumi Mesia, kuih ni tetap menjadi pujaan hatiku. Tapi, masalahnya kena wat sendiri la. Timasih pada Kak Umi-e sebab dia yg publish resepi kulit popia ni kat MYResepi.com. Aku pun try. Masa mula2 dulu, kulit mmg selalu koyak, tp dah lama2 ni...dah ok sgt. Puas hati!
Oh ya..ada reader blog aku yg mintak resepi popia basah. Entry dulu mmg aku x buh resepi. Jangan marah yer...ha amik ni..salin..salin..!
Bahan2:
(dlm 12 keping gitu)
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan air
1/4 sudu garam
2 sudu besar cuka masak.
Cara2:
Gaul kesemua bahan dan peram sekurang2nya 1/2 jam. Bila dah perap, amik non stick dan hidupkan api sederhana. Kemudian amik sejemput tepung tadi dan oleskan pada kuali tu dgn gerakan dari luar kedalam. Buat pusingan satu arah sahaja. Biar kering dan angkat, ta yah terbalikkan.
Bahan2 inti:
2 btg carrot (hiris halus)
1/4 kobis (hiris halus)
1/2 biji bwg besar (mayang
2 sudu besar udang kering dah kisar
1 sudu kecil minyak utk menumis
Cara2:
Tumis bwg besar & udang kering.Kemudian masukkan carrot & kobis. Masak sehingga sayur layur.
Tips: Carrot tu mmg aku suruh potong halus instead of sagat. Saja bagi rangup2 sikit.
Bahan2 untuk sos:
2 ulas bwg besar (dikisar)
Cili kisar
air asam
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 1/4 cawan air)
Gula dan garam
Cara2:
Tumis bahan kisar sehingga kering. Kemudian masukkan air asam sedikit.Gaul2. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Fungsi tepung jagung nak bagi dia likat sikit. Kemudin perisakan dgn gula & garam.
Bahan2 lain:
Kacang tanah tumbuk. Sangai kacang, buang kulit & blender.
Cara2 menghidang.
Amik sekeping kulit popia. Sapukan rata dgn sambal di seluruh permukaan. Kemudian taburkan kacang tumbuk. Pastu buh inti sayur dan gulung.