Saturday, 8 November 2008

Siakap kukus

kukus

Ni ikan kukus pulak. Ni tgh sedor diri nak jaga kesihatan. Konon nak kurangkan minyak dan garam dlm makanan. Dah tu,aku mmg jarang kukus ikan sbb aku suka lagi ikan goreng.Cuma, disebabkan ikan siakap aku ni limited edition dan ikan lain pun tak sedap nak dikukus, maka aku kukus la ikan siakap yg 2 ekor tu.Bila time nak kukus pulak, baru perasan pengukus aku tu kecik benor ..tak muat ler ikan siakap sekor nak posing dlm tu. Terpaksa lah aku kerat..so, tak jadilah nak tangkap pose idaman aku ..ikan siakap posing seksi seketul atas pinggan..ahaks!

Resepi pun ikut sedap tekak..tapi laki aku tunjuk 2 thumbs up! Lulus lah tu...heheheheheh!

Bahan2:
2 ekor ikan siakap saiz sederhana - bersihkan dgn tepung dan air asam
2 biji bwg besar - dimayang halus
2 biji bwg putih - dimayang halus
1 btg serai - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
2 potong kulit lemon atau limau nipis - dihiris halus
5 btg cili padi - di ketuk
1 sudu besar asam jawa - dptkan air dlm 1/2 cawan
Perahan air limau nipis dpt kan 3-4 sudu besar
Bahan tambahan: Lobak jeruk & Kobis jeruk - hiris halus
Gula & garam secukup rasa
Bahan hiasan tabur: Daun ketumbar

Cara2
Sediakan bahan2 mengikut arahan diatas. Campurkan semua bhn tumbuk dan hiris dlm satu mangkuk. Gaul rata sehingga bwg tu nampak lecur. Perisakan dgn garam dan gula secukupnya. Kemudian, ambil ikan yg dah bersih tadi..gaul sekali dlm adunan bhn2 perap tadi.Perap dulu ikan dlm 1-2 jam. Kemudian sedikan periuk kukus dan kukus dgn api yg sederhana dlm masa 1/2 jam atau sehingga ikan betul2 masak.

5 comments:

Mat Gebu said...

Nita tu baru lulus, epul tunjuk 2 ibu jari...kalau sedap sampai pingsan, dia tunjuk dgn ibu2 jari kaki sekali!!!!!

kasihatie said...

assalamualaikum.salam perkenalan dr atie.

shima said...

ikan siakap ni susah woo nk jumpa yg fresh!
tp sekali dpt tangkap mmg wajib di masak kukus... samala kita steamer cenonet tp i ngelat bila nk posing atas pinggan i 'cantum' blk ikan tuh cover2 kit ngan 'sampah' atas dia seksii uuuu!!! hahahaaa

ashieBee said...

ohh kalau dpt ikan yg really fresh, sebelum steam tu takya marinate dgn ape2 pun sedap. the fresh-ness of the fish la orang kate ;)) then baru la letak semua benda2 yg lain!!!

i suke ikan steam. yumyum!

MysDear said...

salam..

mohon izin cnp resepi ye :)