Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Tuesday, 23 September 2008

Kerabu Daging

kerabu

Menu semalam...

Bahan: Daging,tomato,kcg panjang, bwg hiris
Bahan sambal kerabu: Bwg merah,putih,serai,kerisik,air asam,cili padi, gula & garam

Friday, 22 August 2008

Daging Masak Merah

we

Arini aku try masak lauk pebret asben aku kalo order kat kedai makan. Rupanya tumis2 bawang gitu2 buh sos ajer. Aku siap buat effect cam kat kedai tu..lumur warna merah kat daging tu!

Untuk effect merah tu, cuma buh kaler merah kat daging mentah yg belum dihiris halus. Gaul2 kejap..pastu buang la air yg warna2 merah tu. Bilas bersih2 pastu rebus sekejap dlm 5 minit camtu. Bila dah rebus, baru hiris daging nipis2.

Resepi kuah dia senang jer. Tumis bwg putih, bwg merah & cili padi (kalo suka). Buh sos tiram, sos cili,sos tomato & kicap. Masukkan daging yg dah direbus dan dihiris tadi. Gaul rata. Perisakan dgn garam dan buh la bwg bulat2 tu utk mencantikkan lauk tu..siap!

Tuesday, 8 July 2008

Dalca Kelo & Kambing

KELOR

Ha.. jalan2 kedai India kat Broomhall..jumpa pulak sayur ni...KELO. Kat M'sia pun aku x penah masak sayur ni, sampai UK baru teringin nak cuba masak. Dulu mak aku jer yg rajin masak, sbb Aci jiran sebelah tu hulur btg kelo nih...nostalgik betullah kelo nih...teringat pulak kat Aci sebelah rumah kat Klang dulu yg mulut dia dok merah mengunyah sireh...ekekekke!

So, aku cuba masak kari dalca btg kelo ni dgn kambing...result?? buleh la tahan...cuma kelo tu hancus, mungkin aku rebus lama sgt kot.

Bahan2:

5 btg KELO
1/2 kilo tulang kambing
100 gram kacang dhal ( rendam dulu sekurang2nya 4 jam)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
2 sudu besar kari daging
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil serbuk cili
1 btg kulit kayu manis
2 ketul bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 ketul buah keras
10 helai daun kari
1 keping asam keping
4-5 btg cili hijau
1/2 cawan santan cair
2 btg carrot potong panjang
Minyak utk menumis
Garam / Gula secukup rasa
Air secukupnya

Ni gambar KELO sblm di masak...kena buang kulit keras kat luar tu..then, kerat2 dlm 2cm panjang setiap satu.



Cara2:
Tumbuk bwg merah/putih/uah keras & halia. Panaskan minyak, tumiskan rencah tumis (kulit kayu manis/bunga lawang& buah pelaga)& juga bahan tumbuk tadi. Kacau sehingga naik bau. Kemudian, masukkan serbuk kari,garam masala,asam keping & daun kari. Biarkan seketika...jgn sampai rentung pulak yek!. Kemudian, masukkan daging kambing tadi & juga kacang dhal.Masukkan air separas daging. Masak sehingga daging empuk.Tambah air bila perlu.Bila daging dah empuk & kacang dhal pun lembut..baru masukkan cili hijau,carrot & kelo tadi. Masak lagi sehingga kelo pulak lembut. Kemudian, masukkan santan cair& garam. Masak lagi sehingga mendidih. Hidangkan dgn nasi panas & ikan masin bulu ayam.. mak aiii!!!

Tuesday, 24 June 2008

Beriani Daging

DSC_0087

tgk2 dulu yek...!!

Sunday, 9 March 2008

Chenta Sateyyy!



Resepi satey rekaan sendiri...ikut suka & ingat2 lupa...



Bahan perap..

Jintan manis
Jintan halus
Ketumbar
Serbuk kunyit
Serai
Gula/ Madu

Blend semua rempah tersebut dan lumurkan kat daging yg sudah dicincang...1 kilo daging boleh dpt 40 - 50 cucuk satey..depends on size la yek...

Bahan untuk kuah satey:

300 gram kcg tanah (disangai tanpa minyak)
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
3 btg serai
1 sudu serbuk cili/ cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula merah
Garam secukupnyer
Minyak untuk menumis
Air secukupnyer


Cara2:

Tumis bwg merah & putih yg sudah dikisar. Masukkan serai yg sudah dititik. Kemudian masukkan cili kisar atau serbuk cili. Gaul sehingga naik bau. Kemudian masukkan kcg tanah yg sudah disangai dan diblender kasar...gaul rata. Kemudian masukkan air sehingga sama level dgn kacang. Masukkan air mengikut tahap kepekatan kuah...sedikit demi sedikit. Bila kacang tu dah kembang , masukkan gula merah & garam. Masak sehingga naik minyak.

Untuk nasik impit perantau:

Masak nasik mcm biasa...tp, lebihkan 1 cawan air. Biar jadik nasik lembik. Kemudian, tumbuk2 pakai la apa2 alat yg patut....kasik dia hancur sampai cam rupa bubur pekat...kemudian terapkan kat loyang dan tekan2 kasik rata. Tunggu sejuk baru potong. Aku xder loyang tp, aku masukkan dlm plastik...sama je method dia...masukkan nasik yg sudah ditumbuk tu padat2 dlm plastik dan tekan2 kasik padat...peringatan!!! buat semasa nasik masih panas ...jgn tunggu nasik da sejuk..nanti x lekat atau x jadik langsung...heheheheh!



ha...ni method bakar dlm oven...janji jadik satey aku..ahaksss!

Friday, 25 January 2008

Beriani Kambing




Resepi dari member setaman, kak aida...rempah beriani Johor tu pun dia yg sedekah...timasih bnyk!Resepi dia simple tp ummmph!

Bahan2:

1 kg kambing (kalo dpt bhgn rib lagi best)
5 sudu minyak sapi
2 sudu minyak bwg goreng
4 sudu Rempah Beriani
2 ulas bwg besar
5-6 ulas bwg putih
1/2 inci halia
5 sudu tomato puree
2 biji tomato
1 cekak daun ketumbar
5 biji cili hijau/merah
3-4 sudu besar madu
Garam/Gula secukup rasa
4 ulas bwg goreng

Cara2:

Mesti korang x caya....blender semua ramuan tuh....termasuk tomato dan daun ketumbar.Kecualikan madu,garam,gula& bwg goreng.Bubuh dlm periuk dgn kambing td. Masak sehingga mendidih dan daging masak. Selepas mendidih, kalo nampak mcm kurang minyak, tambah dgn minyak bwg goreng.Masukkan madu, gula & garam secukup rasa. Kalau rasa lauk sudah masak, baru la masukkan bwg goreng di akhir rancangan.Untuk menaikkan seri lauk tu, boleh la letak cili hijau dlm 5-6 biji lagi. Masukkan bulat2 cenggitu ajer.Senang kan...

Friday, 14 December 2007

Daging Dendeng


Resepi daging dendeng dari MR...pun x ingat saper nyer!! nanti find out again....sedap! two thumbs up!!

Sunday, 25 November 2007

Kari Kambing Kari Campuran

ahaks!! resipi yg aku buat sbb dah boring dgn kari yg ada kat rumah nih..kari kat sini dia ada rasa 'pedor2'sikit..lagi satu, aku selalu guna Ground Mix Spice tp pedas sgt lah pulak.Aku suka lagi kari adabi kat mesia.Jadiiii...aku modified ikut suka aku la..ikut suka tekak aku...tp sodap jugak!! masam2 pedas kari daging!


.

Bahan2:

500 gram Daging kambing/lembu di potong dadu
4 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 cm halia
1 sudu kecik Ground Mixed Spice (Kari daging pun boley..)
1 sudu besar Kari Ikan Baba's
Sedikit serbuk cili
1 sudu besar Yogurt
2 biji kentang saiz kecil (belah 4)
3 biji cili hijau
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
Minyak utk menumis

Cara2:

Kisar bwg merah,putih dan halia. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga.Tumis bahan tersebut.Dah naik bau, masukkan bahan kisar bwg tadi. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan daging. Kacau sehingga daging bertukar warna atau separuh masak lah org kata.Lepas tu masukkan serbuk Ground Mixed Spice,serbuk kari ikan dan serbuk cili.Masukkan yogurt.Kacau sehingga sebati. Masukkan kentang dan sedikit air.Masak sehingga daging dan kentang empuk. Kalo daging x empuk2 jugak, masukkan lagi air.Last sekali masukkan cili hijau yg dipotong 2.masak sehinnag cili layu.Siap!!! boleh mkn dgn roti canai atau nan. Buat lauk nasik pun ok!..Lauk multi purpose nih!!

Ilham kari letak yogurt ni ikut resipi kak rozie. sblm ni x penah letak yogurt. Sedap jugak..lain sikit rasa dia.. sesuai utk masak daging kambing sbb daging kambing tu kan ada rasa ke'kambing-kambing'an kann?! walaupun x kuat mcm kambing kat mesia...(yelah..kambing kat mesia kuat berpeluh kannn...panasss!!)

Lamb with BlackPepper Mushroom

ha...nama lauk dah menang dah!bleh dikatakan stok lamb mmg sentiasa ada dlm freezer rumah aku..itu yg senang dpt dan murah..hehehehehe! idea nak masak daging kambing ni dtg lepas aku tgk daging black pepper kak pah..cam sodap jo rupa dier...tp, bila dah start masak br aku perasan, bhn penting..sos lada hitam xde stok kat rumah aku!! aiseh..terus tukar plan..

one thing, lamb kat sini x bau dan lembut. goreng pun sodap!!



Bahan2:

500 gm daging kambing dihiris nipis
1 sudu besar lada hitam biji
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar mushroom soup
4 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar (dipotong empat)
Garam/ Gula
Minyak untuk menumis
1/2 biji capsicum

Cara2:

Tumbuk bwg besar dan bwg putih.Kisar lada hitam tp jgn halus sgt. Panaskan minyak. Tumis bwg yg sudah ditumbuk dan lada hitam kisar.Masukkan daging.Gaul sehingga daging bertukar separuh masak.Masukkan sos tiram dan sos cendawan.Masak sehingga daging lembut. Masukkan sedikit air kalau daging masih liat.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Kacau. Masukkan bwg yg dipotong empat tadi dan capsicum.Siap dan hidangkannn....

Tips: Pastikan rasa dulu kuah tu sebelum bertindak memasukkan garam...sebab kadang2 mushroom sos tu dah masin..yg aku nyer tu sbnrnyer terlebih mushroom sup sbb tu lauk tu cam berenang..ahaks!!.ok....simple kan..!!