Sunday 25 November 2007

Nasik Goreng Sardin dgn Nenas

Ah ha!! dtg balik menu pofular kat rumah nih...nasik goreng!!! yg ni pun simple jer..tp kali ni aku memandai2 letak nenas sikit...apa rasa nyer yek!!...setelah di masak dan jadik bhn ujikaji...hasilnyer xlah mengecewakan...rasa cam topping pizza hawaian's Pizza Hut pun ader...kihkihkih!




Bahan2:
3 cwn nasik x abis semalam (itu yg lebih afdalll!!, mengelakkan pembaziran..)
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 biji bwg besar
3 ketul ikan sardin dlm tin
1/2 cwn nenas kiub
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara2:
Gaulkan nasik dgn garam secukup rasa. Ketepikan.Tumbuk bwg merah dgn bwg putih. Hiris bwg besar.Panaskan minyak. Tumis semua bwg sehingga naik bau. Masukkan sardin yg sudah dilenyek kasar.Masukkan serbuk cili.Tumis sehingga sebati. Masukkan nenas. Bancuh secubit asam jawa dan masukkan air asam tersebut.Tumis sehingga bhn agak garing.Asam jawa tu utk megelakkan nasik berbau sgt hanyir sardin. Kemudian, masukkan nasik tadi. Gaul sebati dan hidangkan semasa panas! berpeluh makan beb!!
Kekadang aku letak je cili api, lagi kawww!! tp, nanti anak aku xleh mkn pulak..suka hati lah nak rasa pedas camne ok...







Kari Kambing Kari Campuran

ahaks!! resipi yg aku buat sbb dah boring dgn kari yg ada kat rumah nih..kari kat sini dia ada rasa 'pedor2'sikit..lagi satu, aku selalu guna Ground Mix Spice tp pedas sgt lah pulak.Aku suka lagi kari adabi kat mesia.Jadiiii...aku modified ikut suka aku la..ikut suka tekak aku...tp sodap jugak!! masam2 pedas kari daging!


.

Bahan2:

500 gram Daging kambing/lembu di potong dadu
4 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 cm halia
1 sudu kecik Ground Mixed Spice (Kari daging pun boley..)
1 sudu besar Kari Ikan Baba's
Sedikit serbuk cili
1 sudu besar Yogurt
2 biji kentang saiz kecil (belah 4)
3 biji cili hijau
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
Minyak utk menumis

Cara2:

Kisar bwg merah,putih dan halia. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga.Tumis bahan tersebut.Dah naik bau, masukkan bahan kisar bwg tadi. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan daging. Kacau sehingga daging bertukar warna atau separuh masak lah org kata.Lepas tu masukkan serbuk Ground Mixed Spice,serbuk kari ikan dan serbuk cili.Masukkan yogurt.Kacau sehingga sebati. Masukkan kentang dan sedikit air.Masak sehingga daging dan kentang empuk. Kalo daging x empuk2 jugak, masukkan lagi air.Last sekali masukkan cili hijau yg dipotong 2.masak sehinnag cili layu.Siap!!! boleh mkn dgn roti canai atau nan. Buat lauk nasik pun ok!..Lauk multi purpose nih!!

Ilham kari letak yogurt ni ikut resipi kak rozie. sblm ni x penah letak yogurt. Sedap jugak..lain sikit rasa dia.. sesuai utk masak daging kambing sbb daging kambing tu kan ada rasa ke'kambing-kambing'an kann?! walaupun x kuat mcm kambing kat mesia...(yelah..kambing kat mesia kuat berpeluh kannn...panasss!!)

Moccachino Mr. Bean



iklan sekejap...

ini resipi cik saiful dr sebrang laut kiter...disbbkan aku sibuk tulis blog masak2, dia pun sibuk nak publish resipi...layan je lah...

Bahan2:

1 peket Cafe Instant Mocha
Real Dairy Squirty Cream
Air panas

Cara2:
Masukkan air panas dlm cawan. Koyak pembungkus dan masukkan serbuk kopi.(Jgn abiskan serbuk tu sbb nak tabur atas topping nanti!). Kacau. Halakan nozzle Real Dairy Squirty Cream ke atas air dan tekan!! jadik lah kopi ala2 Coffee Bean gituh!! hahahahahaha!!

(resepi tumpang lalu nih!!)Hampeh!

Samosa Kentang

Samosa...dulu aku selalu jadik tukang tolong je kalo nak mkn samosa..ini kira mcm antara menu wajib kalo ada kenduri kat rumah mak lang aku..skill lipat melipat kulit samosa tu pun aku dpt belajar dgn kak yong yg dah masuk dlm level 'expert' dlm bab lipat melipat samosa nih...timasih kak yong turunkan skill!! hehehehhe!dan x lupa jugak kpd mak lang aku yg jadik 'QC'terhadap tahap kekemasan lipatan...strict tuh!! hehehehe! ya ampun maklang!!..dah jauh2 ni kena buat sendiri lah nampaknyer...hehehehe!samosa ni aku wat masa ada gathering student mesia sheffield kat Subud aritu. Abeees Licinnnn!!



ok..mari kita tgk camner nak buat samosa nih...

Bahan2 inti: (anggaran dlm 15 biji samosa)

4 biji Kentang saiz sederhana (dipotong dadu)
1/2 cawan mixed vege
4 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar udang kering
1 biji bwg besar (potong dadu)
Daun sup
Mentega utk menumis
Air

Kulit:
Kulit popia saiz sederhana
Tepung gandum


Cara2:

Kisar kering bwg merah,bwg putih dan udang kering. Panaskan mentega. Tumis bhn kisar hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili.Kacau. Masukkan kentang dan sedikit air. Biar kentang masak.Bila kentang mula lembut masukkan mixed vege. Kacau hingga masak. Pastikan bahan inti ini masak kering. Bila sudah masak masukkan bwg besar yg potong dadu tadi dan daun sup.Biar bwg dan daun sup nampak fresh, tak yah masak sgt. Angkat dan sejukkan sblm dilipat dlm kulit popia.

Kulit pulak...ada cara melipatnyer...nak kena amik gambar cara lipat, susah nak explain. Akan aku usahakan gambar2 cara melipat dlm masa terdekat nih..oh ya...tepung gandum tu bancuh pekat2 utk jadik gam melekat kulit tu nanti...tunggu gambar yer...

Tips: Sejukkan bahan inti sblm melipat sebab kalo ia masih berkuap, kulit popia tu mudah koyak...ok!

Lamb with BlackPepper Mushroom

ha...nama lauk dah menang dah!bleh dikatakan stok lamb mmg sentiasa ada dlm freezer rumah aku..itu yg senang dpt dan murah..hehehehehe! idea nak masak daging kambing ni dtg lepas aku tgk daging black pepper kak pah..cam sodap jo rupa dier...tp, bila dah start masak br aku perasan, bhn penting..sos lada hitam xde stok kat rumah aku!! aiseh..terus tukar plan..

one thing, lamb kat sini x bau dan lembut. goreng pun sodap!!



Bahan2:

500 gm daging kambing dihiris nipis
1 sudu besar lada hitam biji
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar mushroom soup
4 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar (dipotong empat)
Garam/ Gula
Minyak untuk menumis
1/2 biji capsicum

Cara2:

Tumbuk bwg besar dan bwg putih.Kisar lada hitam tp jgn halus sgt. Panaskan minyak. Tumis bwg yg sudah ditumbuk dan lada hitam kisar.Masukkan daging.Gaul sehingga daging bertukar separuh masak.Masukkan sos tiram dan sos cendawan.Masak sehingga daging lembut. Masukkan sedikit air kalau daging masih liat.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Kacau. Masukkan bwg yg dipotong empat tadi dan capsicum.Siap dan hidangkannn....

Tips: Pastikan rasa dulu kuah tu sebelum bertindak memasukkan garam...sebab kadang2 mushroom sos tu dah masin..yg aku nyer tu sbnrnyer terlebih mushroom sup sbb tu lauk tu cam berenang..ahaks!!.ok....simple kan..!!

Friday 23 November 2007

Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Aku mmg suka sgt cheese cake...melt in ur mouth!! ingat nak wat yg non-baked punyer tp apakan daya...carik2 gelatine halal kat sini x jumpa...xpe lah..postpone dulu cadangan tuh..kita buat dgn apa yg kita ada..



aku dpt idea bila tgk koleksi cik mat gebu kiter..dan dah janji nak posting..hehehehe! mat..amacam?? apapun timasih kat alma sbb bg resepi kat MyResipi...mmg beshh!!Nama pun cotton soft...mcm mkn gula2 kapas plak..lemak berkrim...sonang buat lak tuh!! (utk yg level expert lagilah..tutup mata kot!!)

Bahan2:

250 g keju krim (cream cheese)*
50 g mentega*
100 ml susu segar*(*dicairkan secara kaedah "double-boiler")
6 kuning telur
1 camca besar jus lemon
1/4 camca teh garam
60 g tepung halus
20 g tepung jagung

Bahan B:-
140 g gula halus
6 putih telur
1/4 camca teh cream of tartar


yg* tu kena cairkan.

Cara2:

1- Bila bahan2 yg dicairkan itu sejuk, masukkan kesemua bahan A dan kacau menggunakan wisk hingga sebati dan tidak berbintil2.

2- Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul hingga kental.

3- Satukan no. 1 dgn no. 2, dan gaul hingga sebati. Tuang dalam acuan berukuran 8 inci yg telah digris dan dialas dasar dan tepinya dgn kertas.

4- Bakar kek menggunakan kaedah "baine-marie" dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 1 jam.

5- Kaedah "baine-marie" = bakar dgn cara meletakkan tin berisi adunan ke dalam loyang yg berisi sedikit air panas. Kaedah "double-boiler" = mencairkan bahan dgn cara mengisi bahan2 dalam bekas tahan panas dan meletakkan bekas itu atas air mendidih.


Tips: Kek ni rasanyer x mudah rentung sbb pakai cara "'baine-marie'" tuh..aku bakar sampai 1 1/2 jam sebab kek tu x turn to brown pun (api gas oven aku salah adjust kot!!)Akhirnyer...masak jugak dan cantikk sgt!! Sedap mkn dgn strawberry syrups...yum yum!!

br first time cuba cara nih..hasilnyer besh !!(x pernah tau pun sbnrnyer sebelum nih!)

Roti Burger

Aku mmg dah lama teringin nak buat roti burger sendiri...sbb kat sini mcm xnampak org jual roti berger nih...aku penah try tp selalunyer bantat sampai lah hati aku terbuka semula bila tgk resipi kat Mamafami fotopages. Timakasih sbb resepi tu jadik walau x brp cantik..hehehehheh! (itu salah aku la!)





Bahan2:

1 cawan (235 ml)susu
1/2 cawan (120 ml) air
1/4 cawan (55grm) mentega
4 1/2 cawan (560 grm) tepung serbaguna
7gm instant yeast
2 sudu besar (25gm) gula halus
1 1/2 sudu kecil (10 gm) garam
1 biji telur
Bijan utk hiasan

Cara2:

Panaskan susu,air dan mentega hingga betul2 panas. Kemudian, masukkan tepung,yeast,gula dan garam dlm mangkuk adunan.Gaulkan. Campurkan adunan yg dipanaskan tadi kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan elastic. Anggaran menguli 8 minit. Bahagikan kepada 12 bhgn di atas dulang pembakar dan biar doh naik 2 kali ganda. Sapukan sedikit campuran telur dan susu diatas doh yg dah kembang tadi dan taburkan bijan.Bakar sampai masak...(x ingat la berapa darjah celcius kena bakar tp gas oven: 6 (api sederhana).

Tips: Penyekkan bun tu betul2 leper supaya x jadik roti sanggul...kihkihkih..resipi atas tu direct translation dari resipi mamafami.fotopages..kalo salah...ya ampunnnn!!

Puding Jagung versi Cik Eton

Aku suka makan puding jagung tp dah lama x makan...sebab mak aku dah lama tak buat..ahaks!! Ada org suka pakai susu untuk membacuh adunan tp aku tetap suka resipi mak aku guna santan. Jagung pun aku suka yg berbiji2 sbb stimes org kisar.Bila dah jauh ni br lah aku teringat resipi ni...perut nak makan, tp nak masak benda yg senang jer...hehehehhe!






Bahan2:

1 pint santan cair @ susu cair
4 sudu besar tepung Bird's Custard
20 gram sweetcorn dlm tin (suka hati nak kisar @ biar dia berbiji2)
4 sudu besar gula
Secubit garam

Cara2:

Campurkan tepung dgn gula. Gaul rata. Kemudian, campurkan 8 sudu santan cair (amik portion dari 1 pint santan tadi). Pastikan bancuh rata sehingga tidak berbintil.
Panaskan baki santan sehingga hampir mendidih, dan campurkan kedalam adunan tadi. Masukkan adunan dlm periuk untuk dimasak. Masak dgn api perlahan,pastikan adunan dikacau kerap utk mengelakkan ia masak berbintil dan berkerak.Masak sehingga adunan berkilat dan tidak melekit.Dlm 20 minit jugak lah...Kalo rajin masaklah lama sikit sampai betul2 tanak...ahaks!! Bila sudah masak, tuang dlm loyang yg sudah digeris dgn marjerin. Sonang ajo kannn??

Tips: Petua masak hingga tanak ni supaya kuih tidak melekat bila di potong dan x mudah basi.

Nasik Goreng Tersadai

Disebab kan aku dah declare nasik goreng adalah benda yg paling kerap aku masak sblm nih...biarlah aku jadikan dia 'penghulu' utk semua masakan yg aku penah masak kat sini..nasik goreng ni versi generasi ke2 sbb arwah mak mertua aku yg selalu masak nasik goreng mcm ni...simple tp sedap!!fav. huby aku tuh.. cubalah...




Bahan2:

(portion utk 2-3 org makan)

3 cawan nasik x abis semalam
Segenggam ikan bilis belah
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
4-5 tangkai cili kering (ikut suka)
Garam secukupnyer
Minyak utk menumis secukupnyer

Cara2:

Gaulkan nasik dgn garam secukup rasa sehingga sebati. Kemudian, mayang bwg besar dgn bawang putih.Gunting cili kering halus2.Rendam dan tos kan.
Panaskan minyak.Gorengkan ikan bilis hingga garing.Masukkan semua bawang yg dimayang tadi dan juga cili kering. Tidak perlu ketepikan ikan bilis. Kacau sehingga bwg layu atau naik bau. Kemudian masukkan nasik yg sudah digaul dgn garam td. Kacau sehingga sebati..hidangkan...

Tips: Lagi bnyk bawang besar lagi sedap sbb nasik tu akan rasa manis dan wangi sbb bwg tuh...

Dari sudut hati ini...

Mula2 aku ingat suka2 je nak cuba masakan2 yg aku x penah cuba semasa sibuk bekerja dulu..in fact,selalunyer pun aku masak simple2 sbb nak kejar mana yg sempat. Menu paling favourite selalunyer pun nasik goreng. Sebab..1) stimes nasik dinner tu ada lebih 2) laki aku suka makan 3) anak aku lagiiii suka makan dan ke 4) copat dan sonang!!! 5) dapur pun x bersepah sgt...Logik tuh...ada 5 sebab...hehehehehhe! Selalu,kalau aku masak beria pun x abis..pastu ,masuk peti sejuk (sbb x mau rasa bersalah kat mknn!)dan x lama kemudian...masuk lah tong sampahhh...kesiannn kan.

Bila dah ada masa di rumah bersama anak nih...br aku sedar yg sebenarnya bnyk lagi benda yg aku boleh belajar.memasak adalah salah satu cabang ilmu dan bukannya hanya masak utk mengisi perut.Disamping boleh nampak anak aku membesar dpn mata,aku bleh explore bnyk benda pasal makanan...

Dulu, masa mula2 aku berhenti keje...i felt that my whole life will be empty but not now...i found sthing that make my life full of joy!!

i'm getting happy and happier now....Alhamdulillah!!