Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Tuesday, 14 October 2008

Tumis Mee Siput

mee siput

Menu lepas muak makan lauk pauk raya..mana2 pegi mesti jumpa rendang, kuah kacang, kuah lodeh. Sampai rasa nak cuti makan sampai tahun depan. Tapi bila lapor kena gak masak kan..so, aku pon kuarkan idea kampung aku nih. Biasanya mak aku tumis mee siput ni bila dah takde idea nak masak apa. Hari2 kat dapur, otak pun buleh jam tau.Ingat keje opis jer ke yg tension??

Bahan:
3 gelung mee siput (ni mak aku eksport dari Mesia nih!)
2 biji bawang merah
1 biji wg putih
8 ekor ikan bilis
5 batang cili padi
2 btg sawi
5-6 ekor udang
Minyak utk menumis
Garam secukupnya
Air

Cara2:

Rendam mee siput sampai kembang.Turas air. Kemudian, mayang bwg merah,putih & cilipadi. Panaskan 2 sud minyak & tumis bahan hirisan tadi dan masuk sekali ikan bilis. Tumis menggunakan api sederhana sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang, kacau sekejap & masukkan la mee siput yg dah direndam tadi. Kacau sebati dulu. Kemudian, tambah 1 cawan air . Masak sehingga mee lembut. Kemudian masukkanlah sawi sebagai sayur tambahan. Perisakan dgn garam secukupnya & masak sehingga kering. Sedap dimakan & nasik panas dan ayam goreng. Lauk kampung jer.....

Wednesday, 3 September 2008

Kuetiow Kungfu

kuet

Semalam aku try wat mee yg paling simple utk berbuka tapi berkhasiat. Kalo ikutkan kuetiow tu kena celup telur dan goreng dulu, tapi aku modified sikit. Kalo ada cara yg lebih senang, aku amik yg lagi senang tu..ahaks!

Walau mcmanapun, rasa kuetiow kungfu ni agak gagal pada aku. Masinnnn! Aku tak pandai budget garam. Padan sungguh nak kena darah tinggi!.Tapi, nak wat camno,itu jer yg ada...Hantam jugaklah labuuu!

Bahan2:
Kuetiow
Bawang putih
Lada hitam
serbuk pati ayam maggi
2 sudu tepung jagung

Bahan lain:
Udang
Daging
telur
Sayur2an eg: kcg peas, carrot,btg seleri etc..

Cara2:
Tumis bwg putih dgn sedikit minyak. Kemudian masukkan air. Masukkan lada hitam & kiub pati ayam. Masukkan daging dan tunggu sehingga daging lembut (kalo air kurang, sila tambah yer...). Bila daging dah lembut, masukkan la bahan2 lain eg: udang dan sayur2an. Kemudian biar sehingga mendidih. Pecahkan sebiji telur, kacau2 bagi bertali. Kemudian campur tepung jagung dgn 1/2 cawan air dan tuang. Perisakan dgn garam (jgn termasin dong!) dan kacau sehingga kuah agak pekat. Matikan api dapur dan siram kuah keatas kuetiow dgn segera. Dan segeralah makan!

Nota: Semua bahan2 pakai agak2 yer....jgn terlebih jgn terkurang...

Thursday, 31 July 2008

Meehun Sup Soto

bihun sup

Nak buat meehun sup..tp, nak wat kuah sup dia lain sikit. Meh try sup soto yg ada buh santan tu.

Bahan2 utk sup:

4 ketul ayam (aku punya campur daging 4-5 ketul)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
10 -15 biji lada hitam (ikut suka pedas)
1 sudu besar rempah sup
Bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih & buah pelaga
1 sudu kecil serbuk kari daging
Sup bunjut
1 cawan santan
Minyak utk menumis
3 -4 cawan air

Cara2:

Blend kering bwg merah, putih. lada hitam & halia. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar & rempah tumis (bg lawang,kayu manis, cengkih & buah pelaga) . Tambah serbuk rempah sup & serbuk kari.Kacau hingga naik bau. Masukkan ayam diikuti dgn air. Masukkan sup bunjut dan masak sehingga mendidih.Kecilkan api sementara. Kemudian keluarkan ayam. Bila agak sejuk, carik2 isi ayam macam buat soto. Dah tu, masukkan semula isi ayam yg dah dicarik dgn tulang2 ayam tu sekali. Masak lagi...masukkan santan dan buh garam secukup rasa. Sup buleh dimakan dgn meehun atau mee kuning.Hiaskan hidangan ikut suka.

Thursday, 1 May 2008

Asam Laksa

P5010596

Laksa ni terjadi kerana angkara pengaruh kawan -kawan....tak boleh tahan wo!!!

Saturday, 12 April 2008

Spagetti Goreng

P4120551

Malasnyer minggu ni...arghhh!!! Goreng spagetti ajer..

Monday, 17 March 2008

Mee Kari Kerang




Dah lama mengidam mee kari..tgk sini utk resepi Mee Kari yer...cuma aku tukar udang tu kepada kerangg...

Sunday, 2 March 2008

Laksa Johor


Bahan-bahan
# Bahan untuk Kuah Laksa

400 gram ikan mackerel dlm tin (carik yg dlm sunflower oil)
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan pekat
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
Air secukupnyer
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Secubit belacan

# Bahan untuk Sambal (Dikisar) #
6-7 biji cili padi thailand
1 inci Belacan
Air limau nipis secukupnyer

Bahan untuk Hiasan

500 gram spagetti (direbus mcm biasa)
Taugeh
Salad
Hirisan kcg panjang
Telur rebus

* ikut suka la...kat sini limited choice.


Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik bersama bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan kerisik, gaul rata. Masukkan pula rempah kari ikan dan 1 cawan air. Gaul hingga sebati.
Masukkan isi ikan yang telah dikisar. Masukkan pula santan dan garam secukup rasa.
Jika kuahnya agak pekat boleh tambah sedikit lagi air.

Cara nak makan pulak
Letak mee laksa dalam mangkuk, letakkan accessory atau bhn hiasan mengikut suka. Bubuh sambal belacan. Siramkan kuah...dan makan!!

Saturday, 9 February 2008

Kueytiow Kerang




Masak kueytiow untuk breakfast arini.Aku cuma guna kueytiow kering yg aku beli kat kedai cina sini.Arini penat la nak membebel, kita tgk je lah bhn2 nyer yer....layannn...

Bahan2:

1/2 bungkus kueytiow kering
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil udang kering
Secekak taugeh (x timbang la plaks!)
5 btg daun kucai
200 gram kerang
Garam secukup rasa




Cara2 melembutkan kueytiow kering supaya jadi mcm kueytiow fresh made.
Rendam kueytiow kering semalaman. Kemudian rebus sehingga lembut tp, jgn overcooked..nanti hancur semasa digoreng. Letakkan sesudu minyak masak semasa merebus. Lepas rebus dan tos, lalukan kueytiow tadi dekat air sejuk. Biarkan seketika sehingga keuytiow sejuk barulah boleh digoreng....

ok..ini cara2 menggoreng plaks...

Kisar bwg merah, putih & udang kering. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau bahan kisar tersebut. Masukkan sos tiram, kicap dan kerang. Gaul sebati. Kemudian masukkan kueytiow yg dah disejukkan td. Kacau sebati.Masukkan taugeh & daun kucai yg sudah dipotong dan juga garam secukup rasa. ok...siap!

Thursday, 27 December 2007

Mee Jawa Merry Christmas!


Selamat Hari Natal!!

Mee Jawa ni aku buat pepagi hari Krismas..then, aku bagi jiran2 aku sorang sikit...konon macam santa claus hantar hadiah ler pagi2 tuh! hehehehehe!

Resepi kuah tu aku amik kat blog kak pah.. check resepi kat sini Mee Jawa KakPah. Senang jer rupanyer wat kuah dia...aku bygkan susah la sgt...ini pun request drpd huby, sanggup carik keledek tuh!Entah mengidam apa tetiba nak makan mee jawa...hehehehehhe! Layan je lah...sayang punyer pasal....

Bahan2 utk lauk versi nita:

Daging rebus dihiris nipis
Tauhu Pok dihiris nipis
Cili hijau di mayang
Bawang goreng
Telur rebus

Lepas tu, tabur je atas mee yg sudah di letak kuah....

Simple kannn??!