Tuesday 25 November 2008

Awardari Kak Lieza

3036026007_b61cbd5990[1]

Timasih Kak Liza sbb sudi share award ni dgn aku..tapi tu lah, puas aku telek2 belek2 blog Kak Lieza tu, betul ker dia nak bagi award yg ni kat aku?? Hard Working Blogger tuuuu...!. Aku terima dgn berbesar hati sungguh...almaklumlah, terasa pulak dah lama xder entry..semenjak dua menjak nih! Insya Allah...selepas kesihatan pulih, aku gandakan usaha rajin tu..caiyokkk!

Chicken Chop

chicken

Ada satu kala diwaktu nasi dah takleh masuk kat tekak...keluarla idea Chicken Chop simple...tak sampai sejam dah siap..!

Asam Pedas Daging Tetel

asam

Lauk dah lama masak. Ni pes taim try masak lauk asam pedas daging sbb selalu masak asam pedas guna ikan jer.

Tag dari Mat Gebu

mat

Salam semua...

Dah lama tak update entry. Bukan sengaja tapi badan tak mengizinkan. Bila tgk PC tu rasa mcm naik bot jer...bergelombang. Bila masuk musim sejuk ni, semua jenis penyakit keluar...dari yg tua sampai yg kecik tak terkecuali demam batuk selsema dan sbgnya. Itu tak termasuk penyakit 'buatan' org lagi...ahaks!...

Oklah...sempena menyambut hari pertamaaku kebah dari demam...aku hidangkan tag dari Mat Gebu. Ini lah workstation sejak setahun yg lepas. Saja letak kat pintu dapur supaya senang aku nak check resepi bila masak...hahahahha! Ada org suruh amik gambor muka sekali, ooowh tidak! aku sgt selebet masa ini......tgk ler apa yg ada wokeyy!

Saturday 8 November 2008

Siakap kukus

kukus

Ni ikan kukus pulak. Ni tgh sedor diri nak jaga kesihatan. Konon nak kurangkan minyak dan garam dlm makanan. Dah tu,aku mmg jarang kukus ikan sbb aku suka lagi ikan goreng.Cuma, disebabkan ikan siakap aku ni limited edition dan ikan lain pun tak sedap nak dikukus, maka aku kukus la ikan siakap yg 2 ekor tu.Bila time nak kukus pulak, baru perasan pengukus aku tu kecik benor ..tak muat ler ikan siakap sekor nak posing dlm tu. Terpaksa lah aku kerat..so, tak jadilah nak tangkap pose idaman aku ..ikan siakap posing seksi seketul atas pinggan..ahaks!

Resepi pun ikut sedap tekak..tapi laki aku tunjuk 2 thumbs up! Lulus lah tu...heheheheheh!

Bahan2:
2 ekor ikan siakap saiz sederhana - bersihkan dgn tepung dan air asam
2 biji bwg besar - dimayang halus
2 biji bwg putih - dimayang halus
1 btg serai - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
2 potong kulit lemon atau limau nipis - dihiris halus
5 btg cili padi - di ketuk
1 sudu besar asam jawa - dptkan air dlm 1/2 cawan
Perahan air limau nipis dpt kan 3-4 sudu besar
Bahan tambahan: Lobak jeruk & Kobis jeruk - hiris halus
Gula & garam secukup rasa
Bahan hiasan tabur: Daun ketumbar

Cara2
Sediakan bahan2 mengikut arahan diatas. Campurkan semua bhn tumbuk dan hiris dlm satu mangkuk. Gaul rata sehingga bwg tu nampak lecur. Perisakan dgn garam dan gula secukupnya. Kemudian, ambil ikan yg dah bersih tadi..gaul sekali dlm adunan bhn2 perap tadi.Perap dulu ikan dlm 1-2 jam. Kemudian sedikan periuk kukus dan kukus dgn api yg sederhana dlm masa 1/2 jam atau sehingga ikan betul2 masak.

Pindang Mackerel

singgang

Resepi turun temurun. Tak pun lauk org dalam pantang...ahaks! Bila makan dgn nasik panas, hirup kuah..pergh..menusuk ke jiwa! Ish..amik feeling betullah. Tanpa minyak, kurangkan kolesterol. Ha..dah takde idea nak masak apa??? Cubalah...

Bahan2:

2 ekor ikan mackeral/kembung bersaiz sederhana
2 ulas bwg merah - tumbuk
1 ulas bwg putih - tumbuk
1 ulas bwg besar - potong tegak belah 6
5 biji cili padi -tumbuk
1 inci kunyit hidup -tumbuk
1 btg serai -ketuk
1 inci halia -hiris
1 helai daun kunyit -koyak2kan
2 keping asam keping
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara2:

Masukkan 1 mangkuk air dlm periuk dan didihkan. Bila air dah didih masukkan semua bahan tumbuk, bwg besar potong tegak,serai,daun kunyit,halia & asam keping. Reneh guna api sederhana sehingga semua bahan mesra.Kemudian, masukkan ikan. utup periuk & biar ikan masak sempurna. Bila ikan dah masak, masukkan garam & sedikit lagi asam jawa. Gaul perlahan2 utk mengelakkan ikan hancur.

Quiche Vege

quiche

Monday 3 November 2008

Sweet Chilli Crab

ketam

Lauk khas utk my beloved asben. Aku masak okler...cuma tang makan,ada sikit leceh la. Aku bukan allergik kat isi ketam, cuma bibir ni takleh kena kat kulit ketam tu...kalo tak, bertambah 'vogue' la bibir i......so, aku tunggu suami aku suap ler!!! heheheheh

Aku cuma bantai ikut sedap tekak...bahan yg digunakan ialah:

bwg putih
bwg merah
cili kisar
sos tiram
daun kari
kicap manis
gula
garam

Tumis dan goreng cam biasa...ok!