Thursday, 30 October 2008

Ayam Masak Lada Hitam Simple

ayam

Jalan2 rumah CMG, nampak pulak Brokoli Daging dia. Seksi betul aku tgk dia hias lauk dia tu. Dalam pada aku berangan2 nak masak apa, aku pon selongkar petisejuk. Ada chicken filet, brokoli & cendawan shitake. So, idea chicken blackpepper pon keluar. Pastu aku tinggal celur jer brokoli & cendawan tu, takyah goreng sayur dah. Lagi simple lagi aku suka...senang pun yer. Utk kaum2 ibu yg berkerjaya dan pening nak masak apa yg senang dan sedap, try ler masak style aku nih. Tak sampai 20 minit dah boleh ngap! Cubalah...lagi2 dgn resepi blackpeper aku yg simple nih.

Bahan2:
1 ketul ayam fillet (potong serong atau dadu)
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
2 sudu besar lada hitam
1 biji bwg besar (potong bulat)
1 btg cili merah (potong serong)
3-4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sejambak Brokoli
Cendawan Shitake atau apa2 lagi sayur yg anda suka.

Cara2:
Blend bwg merah, bwg putih & lada hitam. Panaskan 2-3 sudu minyak masak dan tumis bahan tadi sehingga naik bau.Masukkan sos tiram. Kacau seketika dan masukkanlah ayam tadi. Kacau dan tutup sehingga ayam masak. Bila ayam nampak agak masak, masukkan bwg besar & cili merah & kicap. Gaul rata & tunggu sehingga ayam masak.

Untuk sayur pulak, bersihkan brokoli & cendawan. Rebus brokoli dgn air yg panas. Masak sehingga lembut. Yang cendawan shitake tu pulak, celur jer dlm air panas.Actually kalo nak campur dlm ayam tu pon boleh....ok!

15 comments:

feyruz said...

Memang nampak seksi bila hias camtu.hehehe...

NITA said...

hi feyruz,

bila dah masuk perut lagi seksii...hehhehe

salam perkenalan...

shima said...

salam kak nita...
adeiii sedapnyerr cuci mata tgk gambo cantik2..kalau dpt masuk perut lg sedap ekekeke ... kak nita tu yg putih keliling tu cendawan enoki erk?? tomeii tp x penah beli..sedap ker?

servant said...

sedap..thanx..nak try sendiri

EveAhmad said...

nice try u sy hehehheh thanks tau

putrish said...

akak,saya nk link blog akak kat blog saye boleh? resipi aym black pepper ni betul-betul buat saye geram! nak cube!

Cik Yuki said...

huhu sedap2.! tenkiu ek resepi ni ;P (lauk hari ni..) haha

AiNa said...

ermm thanx kongsi resipi nie..irst try yg membanggakan..hehehe.sodap!..=)

Raimi [ DocAmy ] said...

Terima kasih utk resepi ini. . .terliur apabila membacanya. . .nak buat weekend ni. . huhu^^ terima kasih sekali lagi

faris89 said...

aku baru masak tadi sedap jugak

Siti Haslinda said...

terima kasih..sye da bnyk kali try buat blek peper tp tak pernah jadi..last2 jadi jugak, tp saya tambah air sbb suka kuah bnyk huhu

Sys Nomieyka said...

bole saya tanya ? Ayam tu nak goreng dulu or terus masukkan je?

CaDLyNN said...

tq! tgh cube :)

sumaiyah said...

bestnya... would try it utk buka puasa... tq

alynn said...

sedapnye ..thanx 4 the recipe ^_^