Thursday, 30 October 2008

Nagasari

pisang

Ini salah satu kuih pebret bapak aku kat kampung. Bukan apa...gigi dah tak kuat, dia suka kuih yg lembut2 jer. Selalu kan kuih nagasari ni bungkus dgn daun pisang ala2 tapai tu..dikukus. Tapi sbb stok daun pisang aku sempat wat alas pinggan jer, so aku pon modified la kuih ni. Instead of bungkus daun aku kukus jer pakai loyang. Rasanya sama jer...cuma kurang feel la, sbb tak boleh nak kelebet2 daun tu bila makan.Satu lagi kuih ni sgt sesuwai utk sesapa yg ada stok pisang yg dah nak expired. Zaman2 inflasi ni jgn membazir, selagi buleh makan..makan lah labuuu!!!

Bahan2 pulak,aku main agak2 jer taw..takde sukatan yg specific.Cuma bahan2 kat bawah ni buleh wat guideline.

Bahan2:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 bijik pisang masak ranum
1 cawan gula (ikut suka manis)
3 cawan santan
Secubit garam

Cara2:
Masukkan tepung gandum & tepung beras dlm bekas. Masukkan gula & garam . Gaul rata. Kemudian, masukkan santan. Kacau rata biar jgn bergentel.Kemudian, masukkan pisang yg sudah dihiris2 (mcm dlm gambar tuh). Kacau rata. Test dulu rasa manis, masin semua. Kemudian, masukkan dlm periuk dan masak dgn api perlahan. Sentiasa kacau sehingga tepung separa pekat. Lepas tu, masukkan dlm loyang 8 inci yg sudah digris dgn minyak dan kukus. Anggaran time kukus tu dlm 1/2 jam hingga 45 minit. Biar tanak supaya kuih tidak cepat basi. Bila dah masak, sejukkan sebelum memotong.

2 comments:

rina said...

tak penah makan... tp penah tgk & dengarlah nama nagasari ni...

shima said...

cantiknyerrr!!
walaupun kuih ni x termasuk dlm list fav tp tgk dia posing siap beralas daun pisang tu rasa cam nak geget jekkk ehehehee