Thursday 30 October 2008

Ayam Masak Lada Hitam Simple

ayam

Jalan2 rumah CMG, nampak pulak Brokoli Daging dia. Seksi betul aku tgk dia hias lauk dia tu. Dalam pada aku berangan2 nak masak apa, aku pon selongkar petisejuk. Ada chicken filet, brokoli & cendawan shitake. So, idea chicken blackpepper pon keluar. Pastu aku tinggal celur jer brokoli & cendawan tu, takyah goreng sayur dah. Lagi simple lagi aku suka...senang pun yer. Utk kaum2 ibu yg berkerjaya dan pening nak masak apa yg senang dan sedap, try ler masak style aku nih. Tak sampai 20 minit dah boleh ngap! Cubalah...lagi2 dgn resepi blackpeper aku yg simple nih.

Bahan2:
1 ketul ayam fillet (potong serong atau dadu)
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
2 sudu besar lada hitam
1 biji bwg besar (potong bulat)
1 btg cili merah (potong serong)
3-4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sejambak Brokoli
Cendawan Shitake atau apa2 lagi sayur yg anda suka.

Cara2:
Blend bwg merah, bwg putih & lada hitam. Panaskan 2-3 sudu minyak masak dan tumis bahan tadi sehingga naik bau.Masukkan sos tiram. Kacau seketika dan masukkanlah ayam tadi. Kacau dan tutup sehingga ayam masak. Bila ayam nampak agak masak, masukkan bwg besar & cili merah & kicap. Gaul rata & tunggu sehingga ayam masak.

Untuk sayur pulak, bersihkan brokoli & cendawan. Rebus brokoli dgn air yg panas. Masak sehingga lembut. Yang cendawan shitake tu pulak, celur jer dlm air panas.Actually kalo nak campur dlm ayam tu pon boleh....ok!

Nagasari

pisang

Ini salah satu kuih pebret bapak aku kat kampung. Bukan apa...gigi dah tak kuat, dia suka kuih yg lembut2 jer. Selalu kan kuih nagasari ni bungkus dgn daun pisang ala2 tapai tu..dikukus. Tapi sbb stok daun pisang aku sempat wat alas pinggan jer, so aku pon modified la kuih ni. Instead of bungkus daun aku kukus jer pakai loyang. Rasanya sama jer...cuma kurang feel la, sbb tak boleh nak kelebet2 daun tu bila makan.Satu lagi kuih ni sgt sesuwai utk sesapa yg ada stok pisang yg dah nak expired. Zaman2 inflasi ni jgn membazir, selagi buleh makan..makan lah labuuu!!!

Bahan2 pulak,aku main agak2 jer taw..takde sukatan yg specific.Cuma bahan2 kat bawah ni buleh wat guideline.

Bahan2:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 bijik pisang masak ranum
1 cawan gula (ikut suka manis)
3 cawan santan
Secubit garam

Cara2:
Masukkan tepung gandum & tepung beras dlm bekas. Masukkan gula & garam . Gaul rata. Kemudian, masukkan santan. Kacau rata biar jgn bergentel.Kemudian, masukkan pisang yg sudah dihiris2 (mcm dlm gambar tuh). Kacau rata. Test dulu rasa manis, masin semua. Kemudian, masukkan dlm periuk dan masak dgn api perlahan. Sentiasa kacau sehingga tepung separa pekat. Lepas tu, masukkan dlm loyang 8 inci yg sudah digris dgn minyak dan kukus. Anggaran time kukus tu dlm 1/2 jam hingga 45 minit. Biar tanak supaya kuih tidak cepat basi. Bila dah masak, sejukkan sebelum memotong.

Thursday 23 October 2008

Serunding Laksa

serunding

Aku pun tak taw nak bg nama apa kat serunding nih. Sebab aku tak wat resepi utk wat serunding pun. Alkisahnya, serunding ni tercipta hasil belen kuah laksa johor aku masa hari raya pertama tu.

Pada sesapa yg nak wat menu laksa utk open house esok2 nih..jgn kuatir kalo kuah tu berlebih. Sebab...boleh modified kuah tu jadik serundng ikan.Hehehehe..jgn membazir!

Cara2:
Mendapkan dulu kuah laksa tu. Buang la apa2 yg mcm sampah sarap kat dlm tu eg: bunga kantan & daun kesum. Dalam kes aku...aku wat laksa johor, so...tkde sampah sarap.
Bila kuah dah mendap, buang air tu. Biar tinggal isi ikan tu. Kemudian, keringkan dlm kuali dgn api yg amat perlahan. Proses nak wat ni bukan terus siap tau. Kena pause2 gitu ..goreng 3-4 kali utk dptkan serunding ikan instant yg enak. Selamat mencuba!!!

Nasi Minyak simple

nasi minyak

Arini aku wat nasik minyak lauk ayam masak merah utk Iman.... saja tukar rasa tekak,hari2 makan nasi putih..boring jugak kan.

Bahan2:
3 cawan beras Basmathi(rendam 1/2 jam kemudian turas air)
4 biji bwg merah (hiris halus)
2 biji bwg putih (hiris halus)
1/4 cawan minyak masak
2 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
2-3 biji cengkih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 biji tomato (buang biji, hiris kecik2)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara2;
Aku citer camner aku wat yer. Masak nasik ni pakai periuk nasik elektrik biasa tu. Tapi masa nak tumis bahan2 tu...keluarkan periuk dan tenggek periuk tu atas api (jgn ko hangkat dgn tempat masak tu sekali pulak!).Panaskan minyak tu dlm periuk, kemudian tumisla bwg merah, putih,bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga,cengkih & jintan tu semua.Bila bwg dah agak garing, masukkan la beras yg dah rendam dan tapis tuh. Kacau2 pelan sampai rata minyak kesegenap beras. Jangan kacau ganas2 nanti beras patah, nasik tak cun kang.Kemudian buh la air dlm 1/2 tinggi dari tinggi beras. Sukat pakai tgn jer ok.Masukkan garam dan tomato yg dah dihiris tu. Matikan api. Kemudian angkat periuk tu masukkan dlm periuk nasik utk msak secara elektrik pulak. Bila dah masak tu..biarkan dulu nasik tu.Jangan bila lampu periuk tu mati terus kacau. Lepas 10 minit baru buleh kacau. Gembur2kan mcm biaca ok!

Tuesday 14 October 2008

Yong Tau Fu

yong taufu

Ha...hari ni baru nak "show off" yong tau fu aku. Puas selongkar kat file mana aku simpan. Ini antara menu penghujung puasa hari tu. Mengidam punya pasal, ku usahakan jugak buat yong tau fu nih.Lagi2,kalo org yg duk kat UK ni, susah nak jumpa fishball ke fishcake yg HALAL..sampai la aku jumpa kedai yg jual fishball made in Malaysia..siap logo halal Jakim. So, dgn konfidennya aku pon belilah 2-3 jenis fishcake.

Sos yong tau fu tu amik jer kat Myresepi...KLIK SINI utk rujukan ok!

Tumis Mee Siput

mee siput

Menu lepas muak makan lauk pauk raya..mana2 pegi mesti jumpa rendang, kuah kacang, kuah lodeh. Sampai rasa nak cuti makan sampai tahun depan. Tapi bila lapor kena gak masak kan..so, aku pon kuarkan idea kampung aku nih. Biasanya mak aku tumis mee siput ni bila dah takde idea nak masak apa. Hari2 kat dapur, otak pun buleh jam tau.Ingat keje opis jer ke yg tension??

Bahan:
3 gelung mee siput (ni mak aku eksport dari Mesia nih!)
2 biji bawang merah
1 biji wg putih
8 ekor ikan bilis
5 batang cili padi
2 btg sawi
5-6 ekor udang
Minyak utk menumis
Garam secukupnya
Air

Cara2:

Rendam mee siput sampai kembang.Turas air. Kemudian, mayang bwg merah,putih & cilipadi. Panaskan 2 sud minyak & tumis bahan hirisan tadi dan masuk sekali ikan bilis. Tumis menggunakan api sederhana sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang, kacau sekejap & masukkan la mee siput yg dah direndam tadi. Kacau sebati dulu. Kemudian, tambah 1 cawan air . Masak sehingga mee lembut. Kemudian masukkanlah sawi sebagai sayur tambahan. Perisakan dgn garam secukupnya & masak sehingga kering. Sedap dimakan & nasik panas dan ayam goreng. Lauk kampung jer.....

Thursday 9 October 2008

Kuih Raya 2008

Hopefully tak terlambat kalo nak mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua ..sowwy la..manyak hal la lately nih. Sejak semnggu sebelum raya...sampai lah la ni..banyak sgt aktiviti kat Sheffield ni. Dari majlis buka puasa sampai lah hari raya..open house lagi...kalah menteri kat parlimen u...ahaks!

Takpelah...meh tgk kuih aku tahun ni..nasib baik dapat 2-3 ketul lagi sebelum jadik serdak... Resepi takdak specificla..aku ikut style org dolu2..masuk gula butter tepung..pastu penyek rupa ikut suka. Yang penting rasa tetap mabeles...heheheheh!

Walau pon kuih korang lagi grand, tapi aku dgn kembang idongnyer mengisytiharkan...INILAH KUIH RAYA AKU YG PERTAMA KALI AKU BUAT SENDIRI!!
kuih raya

Ada ChocolateChip Almond, Tart Nenas, Biskut Suji & Almond London.

* Aku cuma nak bagi tips utk bagi biskut ala 'melt in ur mouth'...sangai kering dulu tepung gandum tu atas kuali. Sangai tu goreng tanpa minyak la. Pastu ayak kasik halus balik dan gunalah sesuka hati selepas tu. Pasti kuih raya korang very the gebuh gitu. Itu utk org yg desperate mcm aku yg duduk kat bumi yg sejuk ya amat nih lah yer...Kalao kat Mesia, biasanya mak aku jemur jer kat bwh sinaran matahari sekejap.