Sunday, 25 November 2007

Nasik Goreng Sardin dgn Nenas

Ah ha!! dtg balik menu pofular kat rumah nih...nasik goreng!!! yg ni pun simple jer..tp kali ni aku memandai2 letak nenas sikit...apa rasa nyer yek!!...setelah di masak dan jadik bhn ujikaji...hasilnyer xlah mengecewakan...rasa cam topping pizza hawaian's Pizza Hut pun ader...kihkihkih!




Bahan2:
3 cwn nasik x abis semalam (itu yg lebih afdalll!!, mengelakkan pembaziran..)
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
1 biji bwg besar
3 ketul ikan sardin dlm tin
1/2 cwn nenas kiub
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara2:
Gaulkan nasik dgn garam secukup rasa. Ketepikan.Tumbuk bwg merah dgn bwg putih. Hiris bwg besar.Panaskan minyak. Tumis semua bwg sehingga naik bau. Masukkan sardin yg sudah dilenyek kasar.Masukkan serbuk cili.Tumis sehingga sebati. Masukkan nenas. Bancuh secubit asam jawa dan masukkan air asam tersebut.Tumis sehingga bhn agak garing.Asam jawa tu utk megelakkan nasik berbau sgt hanyir sardin. Kemudian, masukkan nasik tadi. Gaul sebati dan hidangkan semasa panas! berpeluh makan beb!!
Kekadang aku letak je cili api, lagi kawww!! tp, nanti anak aku xleh mkn pulak..suka hati lah nak rasa pedas camne ok...







No comments: