Sunday, 20 April 2008

Umai Ikan Tenggiri

P4210581

Jalan2 rumah Dayang...nampak Umai Ikan Tenggiri..apa tu yek?? camner rasanyer?? Aritu plak dgr cerita Kak Pah pasal Umai...ish..tak boleh jadik nih..nak kena try jugak. Resepi ini asal dr Sarawak...kalo nak sedap kata Kak Pah pakai ikan khas..ikan tulang dia warna oren...ikan apa yek?? tp, xper...niat utk mencuba..tanya sini sana...jadik ler umai kat rumah bukan org asal Sarawak..hehehehhe! Kalau salah tolong betulkan yer....

Bahan2:
2 keping ikan tenggiri (kalo yg fresh lagi bagusss!!!)
1 biji bwg merah
3 btg cili padi
1 biji limau nipis (amik jus)
1 biji lemon (amik jus)
1 sudu kecil cuka
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
Gula & Garam secukup rasa..

P4210579
(illustrasi shj utk memberitahu bahawa tuan punya blog dah ada lesung batu..Ehsan dr Atiah , Loboro..tengkiu!!)

Cara2:
Bersihkan ikan tenggiri..hiris halus..buang kulit bersih2. Lepas tu, perap dgn jus limau nipis, lemon & cuka ( amik separuh dr portion jus yg diperah tadi).Aku perap 1/2 jam jer.Selepas perap, ikan tu akan berubah jadi kaler putih & tidak hanyir..itu maknanyer ikan tu dah kena air asam...lebih kurang dah masak laaa....toskan...kalo x puas hati still takut ikan tu hanyir, bilas dgn jus2 limau tu td sampai xder bau...

Tumbuk bwg merah dgn cili padi. Mayang halus bwg besar & cili merah. Gaulkan bahan tumbuk, bwg besar & cili hidup & ikan yg sudah diperap tadi.Kemudian, tuang belen jus & cuka tadi.Perisakan dgn gula dan garam. Gaul sehingga rata.

Komen tentang Umai...

Sedap u!! tak terasa hanyir ikan tu..ala2 acar gitu..mkn dgn nasik panas...x hingat!!! Cubalah!

7 comments:

Dayang said...

sedap ooo mkn dgn nasik panas,lebih2 lagi beras kampung,kesian korang xmkn beras kpg keh keh,jgn hempas kepala kat dinding plak,ahaks! amponnn!!!

Daniera said...

haha..btul la kak. Sedap sangat. Macam tak caye jer ikan tu tak masak. Sy makan member bawak mak die bagi bekal dari sarawak. :)

Anonymous said...

Cam silap jer resipi dan cara pembuatan tu.

Bahan dah cukup cuma kurang 1. Takder kacang tumbuk. Beli jer kuih kacang tumbuk yg budak selalu makan tu.

Ikan yang dah dihiris tu bersihkan dan toskan darah dia sehingga kering.
Tak perlu perap atau bilas sebab kalau dah tos sehingga kering, bau ikan dah kurang.
Bawang segala tu tak payah ditumbuk, hiris jer.
Kemudian gaulkan segala bawang, cili, kacang tumbuk tu tadi dengan ikan. Perahkan limau dan campur cuka sedikit. Limau dan cuka dan bawang tu tadi menghilangkan bau ikan. Tak payah tos jus tu td. Biarkan setengah jam selepas tu apa lagi..hidang la.

Ni lah cara asli. Ada satu lagi jenis umai iaitu umai cecah. Tapi saya takder la resipi sos cecahnya.

Izah Kassim said...

betul kata Anak 2...klu original sarawak buat xde perap2...bersihkan ikan 2 hiris nipis2 pas2 gaul dengan bawang, limau, cili dan bhn2 yg lain..sebenarnya saya xsuka guna ikan tenggiri..ikan yg paling baik adalah ikan pirang (wana kuning2, nipis2 dan byk tulang).unai udang pn ada gak..sedap..bhn2 pn sama

ladyelena said...

actually umai nie asal nya resipi org melanau.....nama ikan yang diorg guna nie..lady x tau nama dia dalam bahasa laen..tapi org melanau panggil ikan 'piheing'...umai nie ada dua jenis....satu yang dia campur terus dgn perisa dia...satu lagi umai jenis celup...yang celup nie..biasanya..diorang guna daging ikan yu..

ladyelena said...

anak....mana da silap tu..betullah tu...tapi kalau tambah kacang tumbuk tu juz untuk kepelbagaian....lady kurang minat umai yang berkacang nie....hehe....

Unknown said...

Lain tempat lain cara nyer.. lain org lain resepinya... umai ni boleh pelbagaikan... hihihi