Wednesday, 28 May 2008

sup kambing

sup kambing

ok..skrg resepi sup kambing pulak yek! Ada request resepi tu...ahakss! Aceli, xder cara yg specific nak hilangkan bau kambing tu...lagipun kat sini diorg guna kambing biri2..lamb. Kalo nak compare dgn kambing mesia, jauh sgt..sbb lamb ni x bau sgt..tp, buleh kenal la..bau2 kambing tu...bg org2 yg berhidung sensitif.Pada aku, ok jer! Jenis mkn tolak batu & kayu! Wokeh tgk camner aku buat yek!

Bahan2:

1/2 kilo Lamb aka kambing biri2 (amik yg belah rib)
(aku perap dgn lemon dlm sejam gitu - nak kasi itu bau kurang la)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 sudu jintan kasar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu ketumbar
1 biji buah keras
2 cm halia
2 btg kulit kayu manis
2 ketul bunga lawang
3 biji buah pelaga
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu perencah sup
2 biji kentang
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Daun sup & bwg goreng sbg hiasan.

Cara2:

Blend bwg merah, bwg putih, halia,nuah keras,ar & manis dan juga ketumbar. Panaskan minyak untuk menumis, kemudian tumis rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga.Tumis sehinnga naik bau. Kemudian,masukkan bahan kisar td & perencah sup sehingga nampak layu. Kemudian masukkan daging kambing tadi...gaul rata..biar daging nampak pucat sikit baru masuk kan air paras rata. Tutup dlm 10 minit. Kemudian bukak tutup...tambah air secukup rasa. Jgn cair sgt yek...tutup lagi dah reneh sehingga daging empuk. Bila daging dah empuk, masukkan kentang & garam.Masak sehingga kentang lembut.

2 comments:

lana said...

sedp.dah pnah cuba msak.rsa mcm kt kdai mamak.hihihih....thankz.

Fairul said...

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Tumpang resepi ya puan. Saya memang minat serba serbi tentang kambing ni dari cara menternak, hukum korban aqiqah kambing sehinggalah resepi.

Terima kasih banyak-banyak

Azmi
Http://kambinghalal.blogspot.com