Thursday 31 July 2008

Meehun Sup Soto

bihun sup

Nak buat meehun sup..tp, nak wat kuah sup dia lain sikit. Meh try sup soto yg ada buh santan tu.

Bahan2 utk sup:

4 ketul ayam (aku punya campur daging 4-5 ketul)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
10 -15 biji lada hitam (ikut suka pedas)
1 sudu besar rempah sup
Bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih & buah pelaga
1 sudu kecil serbuk kari daging
Sup bunjut
1 cawan santan
Minyak utk menumis
3 -4 cawan air

Cara2:

Blend kering bwg merah, putih. lada hitam & halia. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar & rempah tumis (bg lawang,kayu manis, cengkih & buah pelaga) . Tambah serbuk rempah sup & serbuk kari.Kacau hingga naik bau. Masukkan ayam diikuti dgn air. Masukkan sup bunjut dan masak sehingga mendidih.Kecilkan api sementara. Kemudian keluarkan ayam. Bila agak sejuk, carik2 isi ayam macam buat soto. Dah tu, masukkan semula isi ayam yg dah dicarik dgn tulang2 ayam tu sekali. Masak lagi...masukkan santan dan buh garam secukup rasa. Sup buleh dimakan dgn meehun atau mee kuning.Hiaskan hidangan ikut suka.

4 comments:

Tie said...

Salam kenal.. Tie datang bawak mangkuk ni.. Terliur lak tengok mee soto tu..

NITA said...

salam tie,

welkam2! mangkuk jer...ni nak bg dgn periuk2 sekali ni...

meh la blog addres..buleh jalan2 sana pulak

MOYANG said...

assalammualaikom nita, maaf moyang moyang nak tumpang sama, puasa nanti moyang nak buat meehun sup soto tu, nampak enak jer, teliur lak..

NITA said...

ya ampoon cik moyang..(dah moyang..cik lagi yek??

meh la kita wat sup sesama...hirup sesama...mesti sugar bugar buka pose nanti...!!