Wednesday, 3 September 2008

Kuetiow Kungfu

kuet

Semalam aku try wat mee yg paling simple utk berbuka tapi berkhasiat. Kalo ikutkan kuetiow tu kena celup telur dan goreng dulu, tapi aku modified sikit. Kalo ada cara yg lebih senang, aku amik yg lagi senang tu..ahaks!

Walau mcmanapun, rasa kuetiow kungfu ni agak gagal pada aku. Masinnnn! Aku tak pandai budget garam. Padan sungguh nak kena darah tinggi!.Tapi, nak wat camno,itu jer yg ada...Hantam jugaklah labuuu!

Bahan2:
Kuetiow
Bawang putih
Lada hitam
serbuk pati ayam maggi
2 sudu tepung jagung

Bahan lain:
Udang
Daging
telur
Sayur2an eg: kcg peas, carrot,btg seleri etc..

Cara2:
Tumis bwg putih dgn sedikit minyak. Kemudian masukkan air. Masukkan lada hitam & kiub pati ayam. Masukkan daging dan tunggu sehingga daging lembut (kalo air kurang, sila tambah yer...). Bila daging dah lembut, masukkan la bahan2 lain eg: udang dan sayur2an. Kemudian biar sehingga mendidih. Pecahkan sebiji telur, kacau2 bagi bertali. Kemudian campur tepung jagung dgn 1/2 cawan air dan tuang. Perisakan dgn garam (jgn termasin dong!) dan kacau sehingga kuah agak pekat. Matikan api dapur dan siram kuah keatas kuetiow dgn segera. Dan segeralah makan!

Nota: Semua bahan2 pakai agak2 yer....jgn terlebih jgn terkurang...

1 comment:

Anonymous said...

huhu..ni lagi la pevret sy tau...
akak ni mmg suke masak2 eh?? or chef??
ni kene blaja masak dgn akak b4 kahwin..blh ke??