Saturday 9 February 2008

Kueytiow Kerang




Masak kueytiow untuk breakfast arini.Aku cuma guna kueytiow kering yg aku beli kat kedai cina sini.Arini penat la nak membebel, kita tgk je lah bhn2 nyer yer....layannn...

Bahan2:

1/2 bungkus kueytiow kering
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil udang kering
Secekak taugeh (x timbang la plaks!)
5 btg daun kucai
200 gram kerang
Garam secukup rasa




Cara2 melembutkan kueytiow kering supaya jadi mcm kueytiow fresh made.
Rendam kueytiow kering semalaman. Kemudian rebus sehingga lembut tp, jgn overcooked..nanti hancur semasa digoreng. Letakkan sesudu minyak masak semasa merebus. Lepas rebus dan tos, lalukan kueytiow tadi dekat air sejuk. Biarkan seketika sehingga keuytiow sejuk barulah boleh digoreng....

ok..ini cara2 menggoreng plaks...

Kisar bwg merah, putih & udang kering. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau bahan kisar tersebut. Masukkan sos tiram, kicap dan kerang. Gaul sebati. Kemudian masukkan kueytiow yg dah disejukkan td. Kacau sebati.Masukkan taugeh & daun kucai yg sudah dipotong dan juga garam secukup rasa. ok...siap!

No comments: