Friday, 23 November 2007

Roti Burger

Aku mmg dah lama teringin nak buat roti burger sendiri...sbb kat sini mcm xnampak org jual roti berger nih...aku penah try tp selalunyer bantat sampai lah hati aku terbuka semula bila tgk resipi kat Mamafami fotopages. Timakasih sbb resepi tu jadik walau x brp cantik..hehehehheh! (itu salah aku la!)





Bahan2:

1 cawan (235 ml)susu
1/2 cawan (120 ml) air
1/4 cawan (55grm) mentega
4 1/2 cawan (560 grm) tepung serbaguna
7gm instant yeast
2 sudu besar (25gm) gula halus
1 1/2 sudu kecil (10 gm) garam
1 biji telur
Bijan utk hiasan

Cara2:

Panaskan susu,air dan mentega hingga betul2 panas. Kemudian, masukkan tepung,yeast,gula dan garam dlm mangkuk adunan.Gaulkan. Campurkan adunan yg dipanaskan tadi kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga lembut dan elastic. Anggaran menguli 8 minit. Bahagikan kepada 12 bhgn di atas dulang pembakar dan biar doh naik 2 kali ganda. Sapukan sedikit campuran telur dan susu diatas doh yg dah kembang tadi dan taburkan bijan.Bakar sampai masak...(x ingat la berapa darjah celcius kena bakar tp gas oven: 6 (api sederhana).

Tips: Penyekkan bun tu betul2 leper supaya x jadik roti sanggul...kihkihkih..resipi atas tu direct translation dari resipi mamafami.fotopages..kalo salah...ya ampunnnn!!

1 comment:

Murni Hayati Mohamed said...

salam, nak tya..susu apa yg perlu di gunakan? susu tepung/cair/ pekat?