Friday 25 January 2008

Beriani Kambing




Resepi dari member setaman, kak aida...rempah beriani Johor tu pun dia yg sedekah...timasih bnyk!Resepi dia simple tp ummmph!

Bahan2:

1 kg kambing (kalo dpt bhgn rib lagi best)
5 sudu minyak sapi
2 sudu minyak bwg goreng
4 sudu Rempah Beriani
2 ulas bwg besar
5-6 ulas bwg putih
1/2 inci halia
5 sudu tomato puree
2 biji tomato
1 cekak daun ketumbar
5 biji cili hijau/merah
3-4 sudu besar madu
Garam/Gula secukup rasa
4 ulas bwg goreng

Cara2:

Mesti korang x caya....blender semua ramuan tuh....termasuk tomato dan daun ketumbar.Kecualikan madu,garam,gula& bwg goreng.Bubuh dlm periuk dgn kambing td. Masak sehingga mendidih dan daging masak. Selepas mendidih, kalo nampak mcm kurang minyak, tambah dgn minyak bwg goreng.Masukkan madu, gula & garam secukup rasa. Kalau rasa lauk sudah masak, baru la masukkan bwg goreng di akhir rancangan.Untuk menaikkan seri lauk tu, boleh la letak cili hijau dlm 5-6 biji lagi. Masukkan bulat2 cenggitu ajer.Senang kan...

No comments: