Wednesday, 30 January 2008

Ayam Panggang Cili Api



Menu ni dtg pada awal pagi masa tgh pening2 lalat apa nak masak utk asben arini. Dia mmg bwk bekal nasik tetiap ari...kecuali kalo aku x sempat masakkk!

Aku rasa ok kot resepi nih...sodap jugak!!

Bahan A (untuk lumur kat ayam)

1/2 kilo ayam
1 cm halia
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu ketumbar
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu gula
Garam secukupnyer

Blend dan lumur kat ayam sebelum dipanggang.Kalo nak perap pun boleh. Lagi sedap! Kemudian,panggang ayam sampai masak ok!

Bahan B

6-7 btg cili padi (anggaran utk cili Thai extra hot)
1/2 cm kunyit hidup
2-3 ulas bwg merah
2 btg serai
1 cawan santan pekat
Asam keping
Garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Blend cili padi, kunyit hidup & bwg merah. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumisan td dan juga serai yg sudah dititik. Apabila agak garing, masukkan santan pekat. Gaul sebati. Kemudian masukkan asam keping dan garam. Masukkan juga sedikit gula (jika suka). Renehkan kuah sehingga kuah mendidih.

Akhir sekali, ambil ayam panggang dan siramkan kuah santan tadi kat atas ayam.Itu utk makbapak yg boleh makan pedas. Ayam panggang yang x berkuah tu bolehla bagi budak makan.....So, lauk 2 dlm 1 la nih...hehehehhe! settle!

No comments: