Monday, 7 January 2008

Kek Chiffon Pandan

Akhirnya jadi jugak Kek Chiffon Pandan aku setelah berkobar2 & berkejar2 membeli silicone mould masa boxing day aritu..Resepi yg cukup senang & sedap yang aku refer kat blog MamaVogue.

OK...bahan2 yg kita gunakan yer puan2....oopps...tuan pun ader...ampoonnn mat gebuh...(lariiiii!!)

Bahan A
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil Cream of Tartar

Bahan B
6 biji telur kuning
100 gram gula
120 gram tepung naik sendiri
1 sudu besar pandan paste campur dgn 7 sudu air
5 sudu besar olive oil


Cara2:

Bahan A:Pukul putih telur bersama cream of tartar. Pukul kembang hingga keluar tanduk...
Bahan B:Dalam bekas lain, pukul sebati kuning telur dgn gula. Masukkan air pandan dan minyak. Kemudia masukkan tepung yg sudah diayak. Gaul sebati.

Kemudian, masukkan adunan kuning telur (Bahan B)kedalam mangkuk adunan putih telur (Bahan A). Gaul rata secara kaup balik menggunakan spatula. Lengserkan mould. Masukkan adunan.

Masak dlm oven yg sudah dipanaskan terlebih dahulu dgn suhu 160 - 170 darjah celcius atau Gasmark 3-4. Masak selama 45-50 minit. Setelah masak, terbalikkan mould semasa kek masih panas. Tunggu sejuk dan dah boleh potongggg.....


3 comments:

Mat Gebu said...

Hahaha..nasib baik ingat ada "tuan" yeaa....hahaha, kalau tak nak hantar surat saman dah, sebab bila sebut "puan2" tu bila masa pulak aku operate....ahakss..amponnn

NITA said...

hehehehh...mat!namamu dihatiku...ahakss...xkan kulupakan kewujudanmu dialam mayaku...awww!!!jgn jeles mat...nita pun ada silicone mould tuh...la la la la!

aliah batrisyia said...

kalau olive oil diganti dgn minyak jagung boleh x