Wednesday, 30 January 2008

Kuih Badak Berendam



Aku x tau la betul ke x aku buh nama kuih aku nih. Aku sbnrnyer teringin giler nak mkn kuih koci...tp, xder daun. Lepas tu aku teringat kekadang masa bulan pose ada jual kuih camni kat pasar ramadhan. Aku pun buh la resepi kuih koci tp, aku buh dlm santan...terlepas la jugak rindu!!! Ni pun kategori eksperimen gak, sbb aku guna isi keladi yg kaler purple tuh...kunun2 ganti keledek la...heheheheh! emmm...komen aku ttg rasa keladi bila dibuat koci....sedapla jugak...cuma x berapa ummmph la!!ok ..bhn2 yg aku gunakan dlm ujikaji aku kali nih....

Bahan2:

2 cawan tepung pulut
1 cawan isi keladi (beli kat kedai Thai)
Gula & Garam secukup rasa
1 cawan santan pekat

Inti:

1 cawan isi kelapa muda
1/2 cawan gula melaka
2 sudu gula pasir

Cara2 (TEPUNG):

Gaulkan tepung pulut dgn isi keladi. Buh garam dan sedikit gula.Letakkan air sedikit demi sedikit sampai tepung boleh dikepal.Kemudian bulat2 tepung untuk diletak inti.

Cara2 (INTI)
Masukkan isi kelapa dan gula merah dlm periuk. Masak dgn api sederhana. Kemudian masukkan gula pasir.Masak sehingga kering.

Cara2 (SANTAN)
Gaulkan santan pekat dgn 1/4 sudu kecil garam.

Masukkan inti kelapa ditengah tepung td. Bulatkan. Dalam pada tu, sediakan periuk kukus. Susun kuih koci tu didalam loyang yg sesuai. Letakkan santan yg sudah dibubuh garam secukup rasa disekeliling kuih koci tu.Kukus dlm masa 1/2 jam.OK...siap!

No comments: