Friday, 12 September 2008

Koci Pulut Hitam

koci

Teringin sgt nak makan kuih koci. Semalam telipon ibu kat Mesia,citer pulak pasal kuih koci...adushhh..meleleh terus! Nak tak nak, aku turutkan juga kata hati nak wat kuih koci ni. Lagipun, aku nak perabih daun pisang yg keras kematu ni..Resepi simple jer..cuma aku belom sempat nak type. I bery bz u ollss! nanti kalo aku da buleh napas sikit, aku tempek worait!

.............................................................................

ok..time untuk mengexpose kan koci terlara aku nih...

Bahan2: untuk tepung
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung pulut hitam
3 sudu besar minyak
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air ( anggaran)

Cara2:
Campurkan semua bahan & bancuh sehingga buleh dikepal.

Bahan2: untuk inti
2 cawan kelapa parut putih
(aku pakai desiccated coconut)
1 cawan gula merah
1 cubit garam
1 sudu besartepung gandum
1/4 cawan air

Cara2:
Gaulkan kelapa bersama gula merah & garam. Masukkan air. Kemudian, masak atas api sehingga agak kering. Kemudian masukkan tepung gandum. Fungsi tepung gandum dlm inti ialah untuk bagi dia senang dibulat2kan.

Bila tepung dan inti dah siap...buleh la mula membentuk. Amik sedikit tepung dan bulat2kan.Leperkan atas tapak tangan yg dan masukkan inti yg sudah siap2 dibulat2kan juga. Tutup tepung rapat2 & bulat2kan. Potong daun pisang dlm bentuk bulat kemudian, buat bentuk kon. Masukkan tepung & inti tu dan bungkuslah.Kukus dlm 25 minit cenggitu.

Tips: Selalunya org kampung akan rendam dlm minyak tepung yg sudah dibubuh inti.Minyak tu aceli untuk taknak bg kuih melekat kat daun.

2 comments:

shima said...

cantiknyerr koci akak..
mcm berjanji lak kita br smlm i try wat kuih ni tp guna tepung pulut putih jekk
x reti nk bungkus dah ruper cam nasi lemak pulak my koci muahahahaaa
ikshh kagum2...tgk kuih akak cun melecun :D

bibu said...

wei rajin ko wat koci.. aku pon slalu tunggu mak aku je wat kuih ni...asal kaler biru??