Thursday, 13 March 2008

Ikan 3 rasa



Resepi sekodeng blog mat gebeww. Tapi aku modified skit konon2 nak bg lagi sedap ler..ampoon mat! Mari kita lihat apa sudah jadi...

Kes cut & paste..timasih mat..kongsi resepi!

Bahan Utama:-
2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
4 batang puting jagung, hiris serong
5 btg kcg peas
Nenas hiris secukup rasa
1 camca besar gula

Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar, potong berbaji
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, diketuk
1 camca besar cili kisar

Bahan Sos:-
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap cair

yg ni aku tambah sbb teringat lauk camni kat kedai mkn siam...

2 btg serai..potong baji halus2
3-4 btg cili padi

Cara membuatnya:-


Siang ikan bawal, cuci bersih dan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar. Masukkan bahan2 tumis dan goreng hingga garing, kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata. Masukkan semua jenis sayur dan masak 2 - 3 minit. Masukkan kicap cair dan gula. Kacau rata.Kemudian, masukan serai & cili padi hiris td.
Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul hingga sos mesra dengan ikan.

2 comments:

zoeysyam said...

WAH MCM BEST JER....

http://resepiworld.blogspot.com/

.: iEyLa :. said...

ok..tq for sharing this..
nak try la..hihi