Thursday, 13 March 2008

Nasi Dagang



Jadik jugak nasi dagang aku..aritu mkn masa sport day x puas, dah tu pegi rumah kak pah, nampak nasik dagang..eee..kena kenan apa aku nih!.Resepi kidnap dr blog kak pah...sambal kelapa pun kidnap dari rumah kak pah! ahaksss!timasih kak pah!



Nasi:

2 cwn beras basmati
1/2 cwn beras pulut
1/2 cwn beras wangi unpolished
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba

Cara2: Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian turas.
Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan.



jelatah

aiyoh..ini manyak senang wo..

Bahan2:

Timun
Lobak
Bawang besar (hiris baji)
1 btg cili merah
1 sudu cuka
1 sudu gula
secubit garam

Potong memanjang timun,lobak & cili merah.Kemudian , gaulkan dgn bwg. Masukkan cuka,gula & garam. Ok...jer



Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan tenggiri besar
6 biji bawang merah (1 biji bawang besar)
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (1 sudu besar serbuk kunyit)
2 sudu makan kerisik
2 mangkuk santan pekat (1 tin santan)
2 sudu besar cili kering kisar
3 keping asam gelugur
Minyak utk menumis
Air secukupnya
Garam, gula

Cara-cara:

Potong ikan ikut suka, cuci & toskan. Kemudian rebus ikan dalam periuk. Letakkan air separas ikan. Masukkan asam gelugur & sedikit garam. Tunggu hingga air kering. Tutup api.

Tumbuk bawang merah, bawang putih & kunyit. Lengkuas & halia dihiris nipis. Masukkan minyak dalam kuali, tumis cili kisar & bahan2 yg telah ditumbuk td. Masukkan lengkuas, halia & kerisik. Gaulkan sekejap, kemudian masukkan santan. Tunggu sehingga santan mendidih baru masukkan ikan bersama air rebusannya sekali. Masukkan garam & gula.Masak sebentar, tutup api & sedia utk dihidangkan.

utk resepi sambal kelapa, anda semua digalakkan tgk terus kat BLOG KAK PAH ni sbb aku tak wat...cilok sikit rumah kak pah jer...hahahahhah!

3 comments:

Cik Siti Wan Kembang said...

wahhhhhhh nasi dage kesukaan ku. sejak datang German, siti tak penah makan tau lagi Nita :(. Last year siti pi holiday Newcastle > kawan siti suruh bini dia masak. Dah tu pulak bini dia org Perakk, nasi pun dikukus jadi bubur..hhahaha, lauk yg jadi, makan jelaa dgn nasi putih hihihi..dah bertahun tak makan. Siti tengah tunggu kawan siti hantar beras Siam ni + dgn halba :D Doakan ku berjaya makan...

Musliyana said...

salam ziarah salam kenal dari NZ

Saya tngok2 and copy link nasi dagang ni yer..

miss aini said...

slm..sy mtk resepi ny yer..