Thursday, 13 March 2008

Sambal kering



Tataw nak bubuh nama apa..tp, selalu ada jual kat kedai mkn sambal camni. Arini aku pun memandai2 try .Hasilnyer...nyamannn eh!!!

Bahan2:
1 keping Homemade Tempe (brand sendiri punyer)
1 keping Homemade Taufu (eksperimen terbaru!)
2 biji kentang
Segenggam ikan bilis
1 biji bwg besar
1 biji bwg putih
2 biji cili merah
Secubit belacan
1/2 sudu garam
2 sudu besar gula
Sedikit air asam jawa


Cara2:

Tempe, Tauhu & Kentang dihiris halus dan goreng garing. Begitu juga dgn ikan bilis.

Blender bawang besar,putih & cili merah. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan tersebut.Bila tumisan agak garing, masukkan air asam jawa..gula & garam. Gaul sebati sambal. Kemudian masukkan semua bhn goreng tadi kedalam sambal. Gaul rata. Siap!

1 comment:

Cik Siti Wan Kembang said...

jelesss lah dgn nita. Tauhu, tempe semua buat sendiri... huhuhu, nak tau fufahhh jugaaaa...