Tuesday, 25 March 2008

Nasik Lemak Hijau



Asben bg nama lain..Nasik Lemak Incredible Hulk kerana ke'hijau'an warnanya...rasa dia 'rich' sikit dari nasik lemak biasa ditambah dengan wangi pandan tu lebih sikit..so, nak cuba???

Untuk resepi nasik, ambik kat blog Cik Mat. Aku wat separuh dr resepi ajer.

Bahan-Bahannya :-)
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. toskan
1 biji kelapa diparut
10 helai daun pandan, dikerat2 kecil*
1 cawan air*(*dikisar halus)
2 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam

Lauk lain mcm biasa lah..telur, timun, ikan bilis & sambal tumis. Kalau ada kcg tanah lagi sedap, tp masa ni takder stok...makan jer lah apa yg ada...ok.

No comments: