Friday, 28 March 2008

Tauhu Ayam



Resepi ni dpt idea dr MR.Tapi, aku modified sikit, main taram jer ikut sedap tekak. Sebab...projek taufufa sekali lagi menjadi projek tauhu...faham2 jer lah..itu maknanyer ada kesilapan teknikal yg x dpt dielakkan dlm proses pembuatan taufufa itu..soooo, utk megelakkan pembaziran..aku mengoptimisekan kegunaan tauhu tu kepada kudap2an ala2 nugget tp, isi dia tauhu dgn ayam...

Mari kita lihat apa yg terjadi...

Bahan2:

4-5 keping tauhu
2 ketul isi ayam (amik ler bhgn ayam yg bnyk isi tu)
3 biji bwg besar
1 sudu kecil lada sulah (ikut tahap kepedasan ler)
1 btg daun sup
1/2 ketul pati ayam
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Breadcrump utk meyalut

Cara2:

Tauhu dilecek dgn garfu sehingga hancur. Isi ayam dikisar sehingga hancur atau guna jer minced chicken. Mayang bwg besar tu, goreng dan jadikan bwg goreng. Kalo malas giler, bubuh jer bwg goreng siap tuh.

Lepas tu gaulkan tauhu, isi ayam, daun sup,bwg goreng,lada sulah, pati ayam & telur sebiji tu. Gaul rata dan bubuh garam secukupnyer. Buat bentuk bulat2 , kemudian leperkan mcm rupa nugget tuh. Salutkan dgn breadcrump sebelum digoreng. Goreng sehingga kuning keemasan. Kalau xder breadcrump pun xper, goreng jer tauhu tu mcm biasa..cubalah!!! sedap taw!!

No comments: