Wednesday, 27 February 2008

Roti Sosej




Yeah...tercapai jugak hajat nak wat roti. Sblm ni, rasa cam x yakin nak wat sbb dulu penah wat tp, asyik x jadik jer...menci taw masa tuh! tp, skrg try jugak utk menghilangkan 'fobia' ekekekke...Source roti sosej dpt dr blog Cik Noreen kita yg mmg tgh gian wat roti skrg nih..la nih..menjangkit kat aku lak!! ok..mari tgk apa2 bhn2nyer...

Bahan2:

190 ml air
400 gram tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gram butter

Aku wat separuh adunan. Dpt 6 ketui.

Cara2:

Ratakan tepung dgn susu tepung, garam, telur.(Bhn A) Bancuh gula dan yeast dlm air suam.(Bhn B). Kemudian, masukkan Bhn B dlm Bhn A. Nak senang, masuk dlm breadmaker...ahaks!! Bila dough nampak sudah melekat...masukkan butter. Kemudian, sambung uli sampai licin.Kelurkan, tepuk2 buang angin dan bahagikan dough kpd 6 bhgn. Perap sehingga naik 2 kali ganda.


Bila dough da kembang, uli balik & amik satu dan gelek sehingga boleh menutupi sosej tadi. Sosej tu boleh la dicelur dulu & lap2 dgn kain kasik kering sebelum digulung.


Gulung rapi & potong setiap satu cm.Tp, jgn potong abis. Biar tpt sambungan tepung tu kat bhgn bawah.Sebab nanti nak wat corak selang seli tuh.


Cara nak wat corak.Tolak kiri & kanan setiap potongan tuh. Senang kan.


Dough sosej yg siap sedia utk dibakar.

Hiasan atas tu, aku bubuh sos tomato dgn cheese. ok.

2 comments:

hani said...

guna cheese ape ye?mozarella ke atau campur cheddar?

anis said...

mintak izin sye amik resepi ini yer...follow saya gaks http://potretmudihatiku.blogspot.com/