Thursday, 21 February 2008

Rasam



Satu lagi resepi kedai mkn India aku tempek kat sini..Ini gara2 penangan laki aku dah kemaruk nak lepak2 kedai mamak ler..kalo x dulu, asal boring jer memalam gi menebeng kat kedai mamak. Apa nak buat...org kat sini lepak kat Bar. Kita lepak kat rumah je lah...Resepi hasil korek rahsia aku dgn Fatimah@Tim yg berbangsa mamak. Apa2resepi mamak boleh refer kat dia jer ler...

Aku buh bahan2 yg diperlukan ajer..sbb buat Rasam ni main agak2 jer..asal jgn pekat sgt atau cair sgt! Sedap dihirup masa panas2 lepas pekena capati...kasik panas badan beb!

ok bahan yg diperlukan:

Air Asam Jawa (cair2 jer)
Jintan Halus
Lada Hitam
Cili Padi
Tomato 2 bijik
Bwg besar
Bwg putih - tumbuk pecah 2, takyah buang kulit
Kunyit serbuk
Daun Kari
Garam Secukup rasa

Cara2:

Didihkan semangkuk air asam jawa. Masukkan jintan halus, lada hitam (bhn ni masuk gitu jer). Kemudian masukkan bwg besar yg sudah ditumbuk kasar (xyah halus2), bwg putih yg sudah ditumbuk pecah 2 bersama kulitnya sekali dan juga cili padi yg sudah dititik. Renehkan bahan tersebut. Kemudia masukkan 2 cubit serbuk kunyit,daun kari & tomato yg dibelah 4.Masak sehingga tomato nampak lembut.Siap! Hidangkan semasa panas.

Aku panggil cara masak gini...masak campak2 jer...sonang baito!! ahakss!

No comments: