Tuesday, 26 February 2008

Pau Kacang Merah



Dah lama nak try wat kuih pau nih tp, asyik bertunda2 jer.Aritu masa jalan2 kat Oriental City, Colindale terjumpa plak Tepung Pau & Inti kcg merah dlm tin. Apalagi, den borong ler...

Resepi amik dari Yani, MR sbb ramai yg rekemen guna resepi tu...hasilnyer mmg mabeles..cam x caya lak aku yg wat kuih pau tuh! ahakss...perasan!

ok lah...aku kopipes jer resepi Yani utk mengekalkan keasliannyer...hahahahah! kes "M"..Timasih Yani..share resepi!


Bahan-bahan ( 8 biji )
300g tepung gandum (aku guna Tepung Pau)
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

Cara-cara
Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata. (Bahan No.1)
Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.(Bahan No.2)
Masukkan Bahan no.2 ke dalam Bahan no.1. Uli sehingga hampir licin.

Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentuk bulat.

Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.

Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.

Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.

Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya.Sukahatilah nak letak inti apa. Tutup rapat-rapat.

Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.

Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

ok..siap!!

2 comments:

Pak Oncu said...

salam tuan blog,,, den nak amik resopi ekau ni,, den nak cuba lak ,,,,

Abdul Karim said...

mcm sodap jew?? sodap x? jady x hang wat pirst tym??