Buat kuih sagu ni untuk memenuhi tuntutan tekak yg tataw nak berhenti nak mencekik..nak wat kuih susah2, malas..so, kuih sagu pun jadi lah... Resepi kidnap rumah
Ummi...hehehehehe!
150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa muda - parut dan gaul dengan sedikit garam
Cara Memasak:-
Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2, hancusss kang). Masak air bersama gula hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan pewarna. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut
4 comments:
tenkiu for the marvelous recipe!
harini try buat, and alhamdulillah jadii!! :D
as salam akak..kalau saya masak sagunya n simpan dlam petisejuk..bole tahan lama x?
terimakasih diatas perkongsian ini.
sedap.
sila jengukblog sy. sharifahfarmresources.blogspot.com
sharifahaia.blogspot.com
Post a Comment