Thursday, 21 August 2008

Kuih Kasturi

we

Resepi org dolu2 ni mmg tak lapuk dek ujan dan x lekang di telan dek tekak org moden sekarang ni.Bila dah puas nafsu mencekik ciskek, kekadang tu tekak ada rasa gak nak makan kuih2 tradisional ni. Kuih ni aceli kuih last choice kalo beli kat gerai kuih pagi2 nak pegi keje dulu. Melainkan, makcik kuih tu jual kuih ni jer...aku beli la jugak. Tapi, bila dah lama2 ni, rasa rindu pulak nak makan kuih ala2 inti kcg hijau. haaa...jadikla kuih kasturi ni. Mak aku rajin wat sbb dia suka makan..aku x penah buat sebab selalu mak aku jer yg wat, aku tukang makan...hehehehehe! ok..resepi recall2 resepi mak..cenggini la bunyiknyer...

Bahan2:
1 cawan kcg hijau (rendam semalaman)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan kelapa parut
secubit garam
1 sudu kecik tepung jagung

Bahan tepung salut:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam
pewarna kuning atau 1/4 sudu kecik serbuk kunyit

Cara2:
Rebus kacang ijau hingga empuk.Keringkan airnyer atas periuk. Kemudian, masukkan gula merah,pasir,kelapa,tepungjagung & garam. Tumbuk2 sehinga rata. Bila dah rata, kepal2,buat bulat2 dan leperkan.

Kemudian bancuh tepung salut. Buat adunan tepung mcm nak goreng pisang tu.Panaskan minyak. Celup kacang hijau yg dah leper2 tadi dlm tepung dan goreng dalam minyak yg sederhana panas.

2 comments:

shima said...

betui tu kak nita kuih ni antara yg last2 sekali kalau nk beli kt gerai sbb dia selalu kalah ngan karipap heheheee tp bila dok sini sume kuih rasa sedap kan...

NITA said...

shima,
tau xper...kuih ni x pebret sgt kan??? bebudak pon x suka makan..kalo bwk ofis, kekdang sampai keptg xder org layan. Dtg sini..mkn sekali hadap jer..insaf sehhh!!