Thursday, 28 August 2008

Kuih Lapis

lapis

Dah lama aku carik resepi kuih lapis yg senang tapi sedap. Akhirnya, ketemu juga dgn resepi Bro. Rozzan yg sedap gilerrrr! Aku bagi 5 mintang kat resepi ni..inilah yg aku carikkk!!

Bahan2:
150 gram tepung beras
30 gram tepung hoen kee
400 ml santan kotak
160 ml air

Untuk air bancuhan air gula:
180 gram gula pasir
150 ml air
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Cara2:
Bancuhkan tepung beras & tepung hoen kee dgn santan dah air. Kacau rata & ketepikan. Perap selama 40 minit.

Sementara tu, masak air gula. Buh gula, air, daun pandan dan masak hingga gula cair. Sejukkan.

Bila air gula dah sejuk, dan bancuhan tepung sudah diperap selama 40 minit...campurkan air gula dlm adunan tepung. Kacau rata . Tapis jika perlua utk memastikan adunan rata. Kemudian bhgkan kepada 2 bahagian. Satu warna merah ..satu warna putih. Untuk adunan warna merah, lebih sedap kalo kita bubuh pati sirap ros. Kuih akan jadi lebih wangi.

Kemudian panaskan periuk kukus. Sediakan loyang 8". Sukat adunan warna putih sebanyak 100 ml. Tuang ke loyang. Kukus sehingga masak atau lebih kurang 10 minit.Ulang proses dgn kaler merah dan seterusnyer hingga siap. Bila dah siap, tunggu sejuk baru potong.

Nota: Kalau nak dpt kuih lapis yg buleh dibukak atau dicerai2 antara lapisan, mesti pastikan tepung tu masak betul baru letak lapisan demi lapisan.

10 comments:

Ezza Aziz said...

kamu cuba lak talam kentang rozzan,sedap jugak tau....akak ni dari tak tau buat kueh jadi pandai lak sekarang ni,berkat keikhlasan kamu semua bagi resepi...Thank you yer. Kalau senang singgah la ke blog akak pulak tau....

NITA said...

akak,

sy ada masuk blog akak...waa...besh2! tulis banyak2 lagi yer....nanti sy dtg!

Ajzie said...

ya allah .. kamu sungguh kreative betullllll terpegun daku.....

Hani said...

Salam tuan rumah :D
cantiknya.... ishhh nak kena buat jugak la.

nawal said...

salam...
tumpang iklan...

anyone interested to buy crystal bracelet from me? it's a beautiful crystal from many type of designs and colors. Don't hesitate to email me missnawal@gmail.com nk borong atau tidak...smua boleh... price is reasonable..

dr.muslimah said...

kalau xde tepung hon kee tu xpe ke?kat mesir ni mana nak cari tepung hon kee

Winnie said...

Nita,

Tepung Hoen kee tu bole dapat kat mane yer....?

shakila said...

kalau takde tepung hon kee bleh ganti dgn tepung lain ke? tepung ape yang bleh ? coz kat tanah pasir ni tak ade la tpg hon kee.

surya perdana said...

salam. saya ada tengok resepi akak. best. senang kita nak wat kuih...tq

orkid desa said...

saya dah try resepi nie...memang menjadi lar...anak2 pun suka..sedap!dah lama cari resepi kuih lapis tp yang nie mmg paling best......
thanks for da resepi...