Sunday, 10 August 2008

Simple Cheesecake

kek

Korang mesti x caya kan..ciskek ni aku main buh bantai jer. Sebab aku tension kalo aku wat beria ciskek mesti x jadi. Last2 aku bantai buat ciskek dlm blender..ha? x caya?? Yang pelik bin ajaib..jadiiiik! kihkihkihkih...unbelievable!

Actually, aku duk pikir2 benda apa nak dibawak utk pegi kenduri sat lagi. Tgk dlm fridge menda2 baking utk wat ciskek adalah...dah nak expired laks tu!Aku kalo bab ciskek ni mmg seriau, sebab sokmo tak jadik. Tapi aku try jer laaa. Aku saja wat lapisan base dgn cheese tu nipis2..senang aku nak potong & masuk cupcase utk potluck.

Bahan2:

Base
160 gram digestive biscuit
80 gram mentega

Cara2:
Tumbuk2 biskut digestive tu sampai hancur. Kemudian, cairkan mentega & campurkan dlm biskut yg hancur tadi. Gaul rata. Bila dah rata, ambik loyang (aku pakai silicone mould 4 segi size 18) ratakan adunan biskut tu rata2. Masukkan dlm petisejuk.

Untuk Cheesecake
Bahan A
300 gram philadelphia crean cheese
300 gram whipping cream
125 gram fruit yogurt
5 sudu besar gula pasir
1 sudu besar lemon jus
5 sudu besar freshmilk

Bahan B
10 gram gelatine*
50 ml air*
(masukkan gelatin dlm air, kemudian cairkan secara double boiler)

Bahan topping: Summer fruit topping (beli kat Asda da...)

Cara2:
Blend semua bahan A sehingga sebati.Kemudian masukkan Bahan B. Blend lagi sampai betul2 sebati. Kemudian, keluarkan loyang berisi biskut tadi dr peti sejuk, tuang adunan cheese. Sejukkan selama lebih kurang 2 jam. Bila adunan dah keras dan tegap, potong2 ikut bentuk yg disukai dan scoop fruit topping diatasnyer.

kek2

4 comments:

Ajzie said...

Adoiiiiiiiii rajin nya hang..
Kak Azi nak buat cheese cake dari sehari ke sehari.. tak buat2.. sebab cheese mahaiiiiiii ler sini.. Kalau dulu kat Germany.. everyweek buat.. sebab cheese cream 200gm cuma .55cent ajeeee. Seronokssss

NITA said...

kak azi,

sy beli cheese sampai dah nak expired baru buat...rajin apa tu namanya...heheheh!

lia said...

nak tanye yang butter 2 gune butter biase jer ke?

Little Puteri said...

salam.. minta resepi yer ;)
http://littleputeri.blogspot.com/