Tuesday, 22 July 2008

Butter Bread pudding with Strawberry

P7210948

Lagi satu resepi yg buleh guna strawberry.Apa lagi nak wat dgn strawberry?? Banyak lagi nih...tolongg!!

Bahan2:

Untuk Karamel
1/2 cawan gula pasir
4 sudu besar air

Untuk Puding
2 keping roti putih
3 biji telur ayam
300 ml susu segar
6 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Butter secukupnya
Strawberry & Kismis utk hiasan

Cara2:

Lengserkan ramekin atau bekas dgn butter.

Sapu roti dgn butter. Toastkan roti tersebut sehingga garing. Kemudian potong 4 atau mengikut bentuk yg disukai.

Panaskan kukusan.

utk karamel : Cairkan gula pasir dan 2 sudu besar air. Biarkan gula menghangus sehingga kaler yg diingini. Kemudian, tambahkan lagi 2 sudu besar air,matikan api..biarkan seketika & kacau sebati. Berhati2..gula hangus akan memercik & merbahaya.Kemudian, tuangkan kedalam bekas yg sudah dilengser dgn butter.

Dalam mangkuk yg lain, masukkan telur, gula, susu segar & esen vanilla. Kacau sebati sehingga gula hancur. Masukkan roti bakar tersebut kedalam adunan telur. Kemudian tuang adunan telur tadi kedlm ramekin yg sudah di letak karamel tadi. Hiaskan bhgn atas dgn kismis & strawberry.Masukkan dlm periuk kukus. Kukus lebih kurang 30 -40 minit.

3 comments:

rina said...

apa kata buat jem stoberi... ada lebih bleh pos kt sini 1 botol. hehehe

NITA said...

rina,

mcm tau2 jer nak buat entry jem stoberi...lepas ni wat eskrem stoberi plaks..hehehehe!

shima said...

eeeiii geramnyerrr tgk buah tuh!!! kak nita nest yr kita jumpa di ladang iteww noo!! jeng..jeng..jeng... i nak kasi gondol separuh ladang pakcik tuh hihihi