Monday, 28 July 2008

Tag dari Aishah@Ummiaqil

Mintak ampun bebanyak yer aishah@ummiaqil sbb lambat benor nak wat tag nih. Bukan apa..nak kumpul fakta ni bukan senang, kena kuar kertas keje semua...kihkihkih! Apapun, thanks sebab bagi tag ni yek!

kebun2
Ni lah antara pemandangan kat area rumah aku. Yang menyangkut kat pagar tu, tak lain tak buat dak Iman la..biasalah ..tgh training nak jadik spiderman!


6 fakta mengenai kawasan kejiranan anda


1. Jiran aku sebelah rumah ni ialah keluarga Moroccon. Anak dia ada yg sebaya dgn Iman so, diorg mmg kamceng la. Jiran aku ni baik hati, dia siap tanya ada apa2 tak nak tolong kalo kitorg way for long holiday. Selalunya, dia tolong kuarkan tong sampah pada hari Rabu, dan simpankan balik.So, kitorg just pesan tolong tgk2 kan rumah jer la.

2. Jiran sebelah menyebelah ni ramai org Negro. Tapi, bukan negro yg ganas mcm yg selalu kita bayangkan tuuu...! Jiran sebelah kanan ni, kalo jumpa mesti say 'hi..r u rite?"..atau "hi..hello"...apa2lah lagi ayat menyapa. Yang selang serumah sebelah kiri tu pun baik, selalu kalo terserempak..mesti tanya Iman sihat ke, semua ok ker. Kalo jiran Omputih tu pulak, pagi2 mesti terserempak dgn dia pegi kedai..selalunya..ucapan "Good Morning" tu x penah lekang kat bibir.Rasa baik lagi diorg nih dari jiran2 kat Mesia.

3. Kalo nak cerita keseluruhan jiran2 kat sini..semua aku bagi 99% positive. So far, takde lagi perkara yg menyakitkan hati. Pandai2 lah bawak diri kan, think positive & sentiasalah berbaik dgn jiran2 sekeliling. Ada ketika dulu, ada org Pakistan depan rumah ni, kerek semacam...tp, lama2 bila dia tgk kita ni org baik2...dia pun dah pandai nak senyum2...baguskan??!Yang penting, jangan carik pasal...

4. Keluarga Malaysia pulak kat sini..bukan nak puji tapi kenyataan, semua sekepala & selalunya apa2 plan atau keputusan yg dibuat sangat muhibbah. Tak terasa jauh dari kelurga sbb kat sini semua dah macam adik beradik. Frankly speaking, tak penah rasa ada kawan setaman yg seakrab macam nih.

5. Kawasan taman ni mmg besh sbb fully equip dgn taman, nursery, sekolah, klinik, library,kedai & masjid yg jaraknya cuma walking distance ajer. Paling jauh pun pegi klinik, itu pun dlm 15 - 20 minit jalan kaki! Beshkan?! Kemudian, jiran2 Malaysia pun rumah keliling2 jer. Kalo nak lepak atau ada projek juta2...roger2 jer dah sampai!

6. Part ni yg besh sekali, area tpt kitorg ni dekat dgn tram & Meadowhall, tpt shopping mall yg famous kat Sheffield nih. Jalan kaki dlm 20 minit dah sampai. Lagi satu, Sheffield ni mmg terkenal dgn low crime area. So, aku pegi keje pagi jalan kaki sengsorang pun, so far xder benda yg nak dirisaukan. Masuk kuar terowong tau!. Kalo nak compare dgn tempat kita, aku takut nak jalan kaki sengsorang! serammmmm!

IMANISMAIL3
Ni gambor Iman masa main dgn anak jiran sebelah, Ismail & Salman kat backyard.

Itu lah serba sedikit celoteh aku pasal 6 fakta pasal kejiranan aku...baca jgn x baca! To aishah@ummiaqil...den dah langsai hutang tag ok! lain kali tag lah lagiii..ahaks!

4 comments:

MyLilBundle said...

wahhh beruntung nyerrr kak nita dok siteww...jiran2 sume baik..
i kat sini problem beso sbb ari2 dok 'berperang' ngan 2 ekor anjing jiran sblh...sikit2 nk kejo..pantang melintas dpn umah dia mesti nk hambat camlaaa i ni penyamun nyampahhhh!! ngan tuan2 dia i x sukeee x reti jaga anjing!!

NITA said...

shima,
kihkihkih...dpt kubayangkan muka ko kena hambat anjing! ala..ko katuk jer dgn payung ker apa..bagi mereng terus anjing2 diorg tuu..! nasib baik jiran sebelah menyebelah ni x bela anjing..kucing ada laa!

Mutiara said...

Assalamualaikum
Dalam masa blog hopping mencari resipi, saya terjumpa blog Nita. You make cooking so easy. saya dulu pernah belajar di Univ. of Sheffield (1991-1992). Saya duduk berdekatan dgn University, behind the Arts' Tower. Semasa saya tinggal di Sheffiled dulu, kebanyakan malaysian students (singles) duduk di Brunswick St. dan yg bekeluarga di Darnal.
Saya suka shopping kat "the Moor" dan ke market di ujung nya.

NITA said...

salam mutiara,
ex-SU yer? waa...skrg Sheffield lagi meriah...ramai dah student Malaysian berfamily..salam kenal!i just enjoy cooking for leisure so, xyah susah2 kan badan..make it simple as simplest as i can! heheheh!