Tuesday, 8 July 2008

Muffin Coklat

MUFIN COKLAT

Buat julung2 kalinya tuan rumah buat Muffin..jumpa resepi Yani kat MYR yg simple tp, kelass! Dapat 10 ketul, siap hulur jiran sebelah...sbb nak berlagak..aku pandai buat muffin!..hahahaha...riak la tuh!

Kepada cik2 puan yg kena pulang pinggan jiran sebelah..tp, tataw nak masak apa...cubalah resepi ni...ha Ruhil..apa lagi??!

Bahan2:
200 gram coklat masakan
70 gram butter
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
(aku terus guna tepung naik sendiri)

Cara2:

Cairkan coklat masakan secara 'double boiler'. Setelah cair, masukkan mentega. Setelah mentega cair, kacau sebati dan ketepikan. Dalam pada tu, bolehlah start panaskan oven anda dlm suhu 170 darjah celcius /gasmark 4.
Dalam mangkuk yg lain, masukkan telur & gula. Kacau sehingga sebati. Tak payah pukul sampai kembang pun. Kemudian, masukkan coklat td kedlm mangkuk telur. Gaul rata kemudian masukkan tepung yg sudah diayak sedikit demi sedikit. Aku tambah potongan almond dlm adunan...so, suka hati korang la kalo nak tambah apa2 dlm adunan tu. Lepas tu, masukkan adunan sehingga 3/4 bekas muffin tu. Taburkan hiasan sesuka hati. akar dlm 20 minit camtu. Senang jer kan?? Thanks Yani for sharing the recipe!

4 comments:

arelyn said...

Hai Kak Nita, saya dah cuba muffin cam kak nita wat...not badlah..sejak tu saya suka jengok blog akak..best ar....

eja said...

nk tnya..kacang atas muffin tu kena letak sblm bakar ke?

normah a.k.a noorez said...

wah sedapnya muffin akak
kalau rajin mehlah singgah blog akak

nur ruzaini said...

assalamualaikum,
nak tny ni, satu adunan boleh dapat berapa biji ek?