Monday, 21 July 2008

Tapai Pulut

tapai

Jeng..jeng..jeng! jadik jugak tapai aku dgn jayanyer!Dah lama bercita2 nak wat tapai pulut. Macam sedap kan bila sejuk2 masuk tekak..Bahan2 pun senang..

Bahan2:

2 cawan beras pulut (rendam semalaman)
1 ketul ragi tapai (yg size dia agak2 besor 2 ibu jari tu)

Cara2:

Selepas direndam, turas air dan bilas bersih2 beras pulut. Kemudian kukus sampai masak. Ketepikan. Sejukkan. PENTING : Sejukkan betul2 pulut tu sebelum letak ragi utk elakkan tapai menjadi kekuning2an selepas di peram.

Utk ragi, hancurkan ragi sehingga menjadi halus. Tapis. Dapatkan serbuk ragi sahaja.

Bila pulut dah betul2 sejuk, taburkan serbuk ragi tapai tadi dibahagian atas dan bawah pulut. Tabur rata2 segenap pulut. Gunakan senduk, jgn pulak guna tgn. Kemudian masukkan kedlm daun pisang atau bekas plastik. Tutup rapat2 & bungkus dlm kain setebal yg mungkin...(aku guna 3 helai kain tuala u olls!).Bubuh dlm almari. Aku buh dlm bilik boiler..mcm biasalah. Tunggu dalam 2-3 hari..kalo pulut dah nampak berair..dan juga manis...jadikler tapai korang tuh!

3 comments:

kruz said...

aku buat tapi masam lak

Anonymous said...

peh memang sedap... tak der GA tapai ker heheheh

Berkawan Jom

tapai pulut daun getah said...

lihat pembuatan tapai pulut di www.sukriramli.tk atau lawati facebook kami www.facebook.com/tempahantapaipulut