Friday, 25 July 2008

Sambal Tumis Petai

page

Sambal tumis ikan bilis petai. Lauk yg tak jemu kat tekak.Saja buat sambal tumis sbb ada jumpa petai fresh kat kedai thai nih. Keje senang jer nih...

Bahan2:

10 biji petai (belah 2)
Ikan bilis belah (ikut suka bnyk mana)
2 ulas bwg merah
1 sudu kecil belacan
3 sudu besar cili kisar
1 mangkuk kecil air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Cara2:
Kisar bwg merah & belacan. Kemudian bulehla panaskan minyak utk menumis. Tumis bhn kisar dan ikan bilis. Kacau sehingga agak garing.Kemudian masukkan air asam jawa tadi dan juga petai. Masak lagi sehingga sambal kering. Perisakan dgn garam & gula.

2 comments:

MissAsma said...

10 ulas petai cm mna 2????

suhaida sulaiman said...

10 ulas tu 10 biji la, tak kan nak letak 10 papan petai pulak