Thursday, 31 July 2008

Meehun Sup Soto

bihun sup

Nak buat meehun sup..tp, nak wat kuah sup dia lain sikit. Meh try sup soto yg ada buh santan tu.

Bahan2 utk sup:

4 ketul ayam (aku punya campur daging 4-5 ketul)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
10 -15 biji lada hitam (ikut suka pedas)
1 sudu besar rempah sup
Bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih & buah pelaga
1 sudu kecil serbuk kari daging
Sup bunjut
1 cawan santan
Minyak utk menumis
3 -4 cawan air

Cara2:

Blend kering bwg merah, putih. lada hitam & halia. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar & rempah tumis (bg lawang,kayu manis, cengkih & buah pelaga) . Tambah serbuk rempah sup & serbuk kari.Kacau hingga naik bau. Masukkan ayam diikuti dgn air. Masukkan sup bunjut dan masak sehingga mendidih.Kecilkan api sementara. Kemudian keluarkan ayam. Bila agak sejuk, carik2 isi ayam macam buat soto. Dah tu, masukkan semula isi ayam yg dah dicarik dgn tulang2 ayam tu sekali. Masak lagi...masukkan santan dan buh garam secukup rasa. Sup buleh dimakan dgn meehun atau mee kuning.Hiaskan hidangan ikut suka.

Wajik

wajik

Bila kepla otak tgh blank, mulalah carik2 keje kat rumah ni.Boring dgn rutin harian...arghh...tataw apa nak buat! semua pun tak rasa rajin nak buat.Dah puas membelek pages kat internet, still blank! Selalu bila tahap bahaya mcmni berlaku, aku kena buat sesuatu..sebelom terlambat! Nanti penyakit 'M' tu datang! Bila dah datang lambat nak baik. So, aku mulalah menyelongkar kabinet dapur atas bawah..ada apa yg buleh dibuat yek? Jumpa pulut....gula merah ada!apa lagi...santan??? emmm...buleh jadik kuih apa yek??

Dah aku rendam pulut...but still tataw nak wat kuih apa. Aku kata ...ni mau kuih ikut gerak hati nih! Last2, dgn tahap 'pandai2' yg maksima..jadilah wajik nih. Aku mcm ada terbaca resepi wat wajik ..but ingat2 lupa. So, aku ikut suka lah..janji buleh makan da....

Bahan2:

1/2 kilo pulut ( sila rendam sekurang2nya 4 jam)
500 gram gula merah (kat UK..guna jer moscovado tuh!)
100 gram gula putih (atau ikut tahap manis lidah memasing)
2 cawan air
secubit garam
2 helai daun pandan
3 cawan santan (kalo santan tin - amik 600 ml)
1 sudu besar olive oil (sbb santan tin xder minyak -nanti tak kilat)
Daun pisang secukupnyer.

Cara2:

Kukus pulut sampai masak. Untuk pulut yg lembut, pastikan air dlm bekas pulut tu separa dgn pulut semasa mengukus.

Dalam masa yg sama, masak gula merah & gula putih dgn 2 cawan air tadi.Masukkan daun pandan yg dah disimpul.Masak sehingga mendidih & pastikan gula hancur. Kemudian, masukkan santan tadi & olive oil. Kecilkan api. Masak sehingga gula jadik likat. Peringatan! Bila gula + santan dimasak, adunan itu akan membuak sekiranya api terlalu besar. Gunakan api sederhana atau kecil. Kacau sentiasa & jagalah api tu spy gula tu masak likat elok. Bila gula dah likat, masukkan pulut tadi. Kacau rata2.Pastikan semua pulut disaluti gula. Sebab kadang2 ada pulut yg berketul.Bila dah ok, matikan api.Amik daun pisang dan alas atas bekas yg nak diguna.Tuang perlahan2 dan ratakan. Untuk menekan pulut tu kasik padat, salut tg dgn plastik dan tekan2 lah sehingga padat. Biarkan sehingga wajik ni sejuk barulah dipotong.

Tips: Kalo wajik tu disalut dgn daun pisang lagi besh! Baru real rasa wajik kampung tuh! Aku cuma wat lapik jer daun pisang tu, biasalah...daun pisang limited edition!

Monday, 28 July 2008

Sagon

sagon

Tak terlintas dek akal aku sendiri akan buat sagon sendiri! Dulu, kat kampung..tak pandang pun..tp, bila sampai UK..sedap pulak sagon nih! Apatah lagi bila makan berebut2! Alkisahnya, semalam masa BBQ kat Ladybower Dam, Kak Azu bwk sagon. Dia bubuh dlm plastik eskrem Mesia, ikat2 cenggitu la. Datang Iman nih, tak berenti mengudap sagon nih, sampai ke rumah..dah abis pi mintak lagi! mana ada sagon kat rumah ni nakk????

Last2, dengan dasar naluri keibuan yg sgt tinggi,kononnya xnak mengecewakan si anak..aku pun survey cara2 buat sagon..ha ..jumpa!! kat FP Shima nih...senang rupanya nak wat sagon nih! Aku bukan xnak tanya kak azu, cuma..maluuu! sbb nampak sgt kelapaq sagon! ahaks...

Amaran! jgn bercakap semasa makan sagon.


Bahan:

200gms cwn kelapa kering
200gms cwn tepung beras
50 gms tepung pulut
gula halus secukupnye

(shima..akak copypaste, tp modified sikit!)

CARA:
1. goreng dulu kelapa hingga wangi (kalau guna kelapa fresh kine goreng hingga separa kering giteww)...
2. masukkan tepung beras& tepung pulut...goreng lg hingga wangi, rangup & berderai...3. dah siap, sejukkan dulu br gaul bersama gula ikut suka nk manis mana...

Tag dari Aishah@Ummiaqil

Mintak ampun bebanyak yer aishah@ummiaqil sbb lambat benor nak wat tag nih. Bukan apa..nak kumpul fakta ni bukan senang, kena kuar kertas keje semua...kihkihkih! Apapun, thanks sebab bagi tag ni yek!

kebun2
Ni lah antara pemandangan kat area rumah aku. Yang menyangkut kat pagar tu, tak lain tak buat dak Iman la..biasalah ..tgh training nak jadik spiderman!


6 fakta mengenai kawasan kejiranan anda


1. Jiran aku sebelah rumah ni ialah keluarga Moroccon. Anak dia ada yg sebaya dgn Iman so, diorg mmg kamceng la. Jiran aku ni baik hati, dia siap tanya ada apa2 tak nak tolong kalo kitorg way for long holiday. Selalunya, dia tolong kuarkan tong sampah pada hari Rabu, dan simpankan balik.So, kitorg just pesan tolong tgk2 kan rumah jer la.

2. Jiran sebelah menyebelah ni ramai org Negro. Tapi, bukan negro yg ganas mcm yg selalu kita bayangkan tuuu...! Jiran sebelah kanan ni, kalo jumpa mesti say 'hi..r u rite?"..atau "hi..hello"...apa2lah lagi ayat menyapa. Yang selang serumah sebelah kiri tu pun baik, selalu kalo terserempak..mesti tanya Iman sihat ke, semua ok ker. Kalo jiran Omputih tu pulak, pagi2 mesti terserempak dgn dia pegi kedai..selalunya..ucapan "Good Morning" tu x penah lekang kat bibir.Rasa baik lagi diorg nih dari jiran2 kat Mesia.

3. Kalo nak cerita keseluruhan jiran2 kat sini..semua aku bagi 99% positive. So far, takde lagi perkara yg menyakitkan hati. Pandai2 lah bawak diri kan, think positive & sentiasalah berbaik dgn jiran2 sekeliling. Ada ketika dulu, ada org Pakistan depan rumah ni, kerek semacam...tp, lama2 bila dia tgk kita ni org baik2...dia pun dah pandai nak senyum2...baguskan??!Yang penting, jangan carik pasal...

4. Keluarga Malaysia pulak kat sini..bukan nak puji tapi kenyataan, semua sekepala & selalunya apa2 plan atau keputusan yg dibuat sangat muhibbah. Tak terasa jauh dari kelurga sbb kat sini semua dah macam adik beradik. Frankly speaking, tak penah rasa ada kawan setaman yg seakrab macam nih.

5. Kawasan taman ni mmg besh sbb fully equip dgn taman, nursery, sekolah, klinik, library,kedai & masjid yg jaraknya cuma walking distance ajer. Paling jauh pun pegi klinik, itu pun dlm 15 - 20 minit jalan kaki! Beshkan?! Kemudian, jiran2 Malaysia pun rumah keliling2 jer. Kalo nak lepak atau ada projek juta2...roger2 jer dah sampai!

6. Part ni yg besh sekali, area tpt kitorg ni dekat dgn tram & Meadowhall, tpt shopping mall yg famous kat Sheffield nih. Jalan kaki dlm 20 minit dah sampai. Lagi satu, Sheffield ni mmg terkenal dgn low crime area. So, aku pegi keje pagi jalan kaki sengsorang pun, so far xder benda yg nak dirisaukan. Masuk kuar terowong tau!. Kalo nak compare dgn tempat kita, aku takut nak jalan kaki sengsorang! serammmmm!

IMANISMAIL3
Ni gambor Iman masa main dgn anak jiran sebelah, Ismail & Salman kat backyard.

Itu lah serba sedikit celoteh aku pasal 6 fakta pasal kejiranan aku...baca jgn x baca! To aishah@ummiaqil...den dah langsai hutang tag ok! lain kali tag lah lagiii..ahaks!

Award dari Kak Liza



Tengkiu bery2 much to Kak Liza sbb bagi award 'YUM-YUM' nih! Dah lama kak Liza suruh amik, tp siaran asyik tergendala..ya ampoon kak liza! Anyway, thanks again kak liza for appreciating this blog..heheheheh!

Friday, 25 July 2008

Cakoi Inti Kacang

cakoi

Resepi CAKOI basic klik di sini. Yang ni cuma sumbat inti kcg merah jer..selalu boleh jumpa kat pasar malam ni. Saper yg teringin nak buat, cuba lah! Sedapppp...

Sambal Tumis Petai

page

Sambal tumis ikan bilis petai. Lauk yg tak jemu kat tekak.Saja buat sambal tumis sbb ada jumpa petai fresh kat kedai thai nih. Keje senang jer nih...

Bahan2:

10 biji petai (belah 2)
Ikan bilis belah (ikut suka bnyk mana)
2 ulas bwg merah
1 sudu kecil belacan
3 sudu besar cili kisar
1 mangkuk kecil air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Cara2:
Kisar bwg merah & belacan. Kemudian bulehla panaskan minyak utk menumis. Tumis bhn kisar dan ikan bilis. Kacau sehingga agak garing.Kemudian masukkan air asam jawa tadi dan juga petai. Masak lagi sehingga sambal kering. Perisakan dgn garam & gula.

Thursday, 24 July 2008

Apam Tapai Pulut

apam

Ha..idea nak memperabihkan tapai pulut aritu dtg! Apa kata kita buat apam..instead of guna tapai nasi, kita guna tapai pulut! Boleh jadi ker yek? Resultnyer...jadi beb! saper kata tukang masak tak perlu bijak?...tukang masak pun kena kretip jugak! Tak gitu CMG??

Bahan2:

250 gram tepung beras
1 cawan tapai pulut
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 1/4 sudu kecil serbuk ENO

Cara2:
Blend semua bahan diatas kecuali serbuk ENO. Peram adunan sekurang2 nya 4 jam dlm mangkuk. Kemudian, campurkan serbuk eno bila bancuhan sudah ready utk dikukus. Kacau rata serbuk eno tersebut & kukuslah selama lebih kurang 15 minit utk acuan cupcake seperti dlm gambar.

Strawberry Cheesecake

merah1

Ni menu utk org yg cuti diet. Mula2 buat cake ni excited abis, kira mcm mencurahkan idea yg berkepuk2 dlm kepala ni. Bila dah abis putar cheese, masuk dlm bekas, buh dlmpeti sejuk...tunggu punya tungguuu...cheesecake aku x keras2, x steady mcm biasa. Aku amik lidi, cucuk bhgn cheese tu..lar...lembik maa!!! dah 3 jam nih!...Aiseyman..mula la mood ilang, idea merapu pulak kuar. Korang tau apa aku buat?? Aku kuarkan adunan cheese tu dari springform tu..aku bancuh balik dgn sesudu besar lagi gelatine.Dah abis buat keje tak senonoh tu, aku boh dlm peti sejuk...aku bior jer sampai besok pagi! Arghhh..malas nak ingat kek tu..menci! So, pagi ni aku pun kuarkan la cik adik ciskek ni..potong la. Nasib baik dia buleh tegak, tp..dah x rupa ciskek aku tgk..mcm jelly strawberry cheese pulak! Hantam sajalahhhh...

Deco tu buat utk mengubat hati yg luka...wuaaaaa!!!

Wednesday, 23 July 2008

Jem Strawberry pulak!

DSC_1075

Siap pun jam strawberry aku...senang banget cara membuatnya...Ambik 2 cawan buah strawberry, bersihkan buah tu, potong 2.Ambik separuh, blend kering.Lepas tu masuk dlm periuk, bubuh 1 cawan gula pasir & hidupkan api.Guna api sederhana. Biar gula tu melt dgn strawberry tu. Tak payah bubuh AIR.

Tuesday, 22 July 2008

Butter Bread pudding with Strawberry

P7210948

Lagi satu resepi yg buleh guna strawberry.Apa lagi nak wat dgn strawberry?? Banyak lagi nih...tolongg!!

Bahan2:

Untuk Karamel
1/2 cawan gula pasir
4 sudu besar air

Untuk Puding
2 keping roti putih
3 biji telur ayam
300 ml susu segar
6 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Butter secukupnya
Strawberry & Kismis utk hiasan

Cara2:

Lengserkan ramekin atau bekas dgn butter.

Sapu roti dgn butter. Toastkan roti tersebut sehingga garing. Kemudian potong 4 atau mengikut bentuk yg disukai.

Panaskan kukusan.

utk karamel : Cairkan gula pasir dan 2 sudu besar air. Biarkan gula menghangus sehingga kaler yg diingini. Kemudian, tambahkan lagi 2 sudu besar air,matikan api..biarkan seketika & kacau sebati. Berhati2..gula hangus akan memercik & merbahaya.Kemudian, tuangkan kedalam bekas yg sudah dilengser dgn butter.

Dalam mangkuk yg lain, masukkan telur, gula, susu segar & esen vanilla. Kacau sebati sehingga gula hancur. Masukkan roti bakar tersebut kedalam adunan telur. Kemudian tuang adunan telur tadi kedlm ramekin yg sudah di letak karamel tadi. Hiaskan bhgn atas dgn kismis & strawberry.Masukkan dlm periuk kukus. Kukus lebih kurang 30 -40 minit.

Monday, 21 July 2008

Strawberry Dip Chocolate

stoberi

Ini kes mabuk stoberi ...satu Tinsley pegi serang Norton Stobery Farm Ahad lepas..abis buah2 stoberi kat situ kitorg kerjakan. Ini pun dah ujung2 musim stoberi, tokey ladang tu pun kata..hari Ahad tu la last day dia open utk stoberi picking..lepas tu dia dah nak sembur racun..kasik abis itu pokok! waa...banyak lagi buah2 kat pokok tu..sayang tgk. Yang bestnyer, lepas petik buleh terus ngap kat situ jugak..so, paham2 la org kemaruk stoberi...dah kembung perut tala stoberi baru terhegeh2 konon pegi timbang yg mana kat basket tuh..ceh!

Teringat masa bercinta dulu, tak pernah dpt chocolate stroberi rupa gini. Sedap ker yek?? Selalu nampak mat saleh wat chocolate fondue..tak penah pulak teringin.So, aku pun try la..bukan susah sgt...dan..bukannya sedap giller pun..tp, buleh la! emmm..sedap lagi style aku...stoberi cicah gula! heheheehe!

Tapai Pulut

tapai

Jeng..jeng..jeng! jadik jugak tapai aku dgn jayanyer!Dah lama bercita2 nak wat tapai pulut. Macam sedap kan bila sejuk2 masuk tekak..Bahan2 pun senang..

Bahan2:

2 cawan beras pulut (rendam semalaman)
1 ketul ragi tapai (yg size dia agak2 besor 2 ibu jari tu)

Cara2:

Selepas direndam, turas air dan bilas bersih2 beras pulut. Kemudian kukus sampai masak. Ketepikan. Sejukkan. PENTING : Sejukkan betul2 pulut tu sebelum letak ragi utk elakkan tapai menjadi kekuning2an selepas di peram.

Utk ragi, hancurkan ragi sehingga menjadi halus. Tapis. Dapatkan serbuk ragi sahaja.

Bila pulut dah betul2 sejuk, taburkan serbuk ragi tapai tadi dibahagian atas dan bawah pulut. Tabur rata2 segenap pulut. Gunakan senduk, jgn pulak guna tgn. Kemudian masukkan kedlm daun pisang atau bekas plastik. Tutup rapat2 & bungkus dlm kain setebal yg mungkin...(aku guna 3 helai kain tuala u olls!).Bubuh dlm almari. Aku buh dlm bilik boiler..mcm biasalah. Tunggu dalam 2-3 hari..kalo pulut dah nampak berair..dan juga manis...jadikler tapai korang tuh!

Friday, 18 July 2008

Apam Inti Manis

inti

Dah tataw nak buat kuih apa yg senang & sedap...buat apam inti manis la jawabnya....

Bahan2:

3 biji telur ayam Gred A (yg sejuk - buh dlm peti sejuk la)
275 gram tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (campur dlm tepung & ayak)
220 gram gula castor
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanila

Inti: Aku buh inti kcg merah segera jer..."M"...hehehehe!

Cara2:

Masukkan semua bhn dlm mixing bowl. Pusing perlahan kasik adunan sebati. Bila dah sebati, kasik pusing itu mixer sampai tahap maksima dan putar sehingga lebih kurang 8 minit atau sehingga adunan menjadi pekat. Bahagikan kepada 3 kaler..biarkan 1 bhgn utk kaler asal. Panaskan kukusan dan siapkan acuan yang telah dialas dgn paper cup. Sudukan 1/2 camca teh adunan kosong dan bubuh sebiji inti dan tutup dgn 1/2 camca teh adunan yang bewarna dan 1/2 camca teh adunan bewarna yang lagi satu. Buat hingga siap dan kukus atas air mendidih, 10 minit.

Thursday, 17 July 2008

Lemak Cili Api Pari Panggang

DSC_0909

Aku tataw nak bagi nama apa lauk nih...tp, gitu2 ler cara masak dia...Bapak aku masa sakit pernah mintak lauk nih...aku pun carik ler satu kampung. Nasib baik ada gerai kecik nih jual lauk2 kampung gini. Masa tu bulan pose, bapak aku bgtaw pun last minit..mak oi! demi nak mencapaikan hajat bapak ku tersayang itu, aku pun merempit la satu kampung carik lauk nih...nasib baik jumpa!Punca bapak aku teringin..sbb dia tgk rancangan masak2 Chef Wan kat tv3 masa tu!Pulak tu dia baru baik sakit...tekak baru rasa nak mkn..request pulak lauk cenggini! Aduhai!! Masa tu pulak ChefWan masak dgn ikan keli, mmg menggoda abis! Tapi hari ni, aku modified ler sikit dgn ikan pari..Aceli x susah masak lauk nih...sonang baito!

Bahan2:

Bahan utk ikan pari di bakar

6 ketul ikan pari
Gram secukupnyer

Bahan utk masak lemak

2 biji bawang merah
2 btg cili hijau
5 btg cili api (ikut pedas korang ler!)
1 biji buah keras
1 keping asam keping
1 btg serai (di ketuk)
2 ketul isi cekur
1 helai daun cekur
1 cawan santan pekat
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sayur tambahan eg: kacang panjang & tomato

Cara2:

Ikan pari tu dilumur dgn garam & di bakar terlebih dahulu.

Untuk kuah lemak pekat pulak, blend bwg merah, cili hijau, cili padi, isi cekur & buah keras. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bhn tersebut. Ketuk serai dan masukkan dlm bahan tumis tadi. Masukkan juga asam keping & daun cekur siap2. Bila tumisan sudah naik bau, masukkan ikan pari yg sudah dipanggang & gaul sebati. Kemudian, masukkan santan pekat & gaul rata lagi. Masukkan air sedikit demi sedikit, just nak bagi dia berkuah jer. Lauk ni santan dia kena pekat baru ummph!..itu jer ler..jgn lupa garam secukup rasa ok!!!

Lagi satu, saper yg xder cekur tu buleh ler abaikan...tp, letak cekur nih lagi rasa dia original ...pada tekak aku la! Aku ada stok cekur sbb mak aku pos dari Msia!

Tuesday, 15 July 2008

Pulut Panggang

DSC_0906

Hehehehe...aku rasa ada org tgh dok termenung tgk pulut panggang nih! Saper yg terasa2 kat tekak tu...meh la buat! senang jer...

Bahan2:

Utk pulut

2 cawan pulut (rendam ler sekurang2nyer 3 jam)
1 cawan santan cair
Garam secukup rasa

Utk inti


1 cawan kelapa parut
2 biji bwg merah
1 btg serai
1 inci halia
20 ekor udang kering
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Bahan lain
Daun pisang
stapler
Minyak utk mengoles

Cara2:
Kukus pulut selama 1/2 jam. Lepas tu masukkan santan tadi yg sudah digaul dgn garam secukup rasa. Kukus lagi sehingga pulut betul2 lembut.

Dalam pada tu buleh mula buat inti. Blend kering bawang, udang kering,serai & halia. Kemudian ramas2 bahan tadi yg sudah diblend kat kelapa parut tu. Ramas sekali asam jawa & kunyit tu. Bila dah rata, masukka dalam kuali & goreng kering. Perisakan dgn garam & gula secukup rasa. Kalau pakai desiccated coconut, rendam dulu kelapa tu..lepas tu masa goreng kering tu, bubuhler santan pekat sehingga kelapa nampak lembab. Masak dgn api kecik sehingga keperang2an atau masak.

Bab daun pulak, layur dulu atas api kasik dia lembut & buleh digulung & dilipat. Lepas tu amik kitchen towel, bubuh sedikit minyak dan oleskan minyak tu kat daun pisang ( belah dalam - yg x kilat)...lepas tu..mulalah bubuh pulut..dan inti dibhgn tengah...gulung kejap2. Kalo nak lebih kemas, gulung atas tikar sushi tu..lagi kelas u!!! Kemudian lipat bhgn tepi & stapler. Kalo lebih tradisional & rajin, gunalah lidi. Bakar atas grill pan dgn api kecik dlm 10 minit camtu. Wokeh..sekian ..itu jer la!

Grilled Mackerel

DSC_0852

Grilled Mackerel ni aku xyah ler nak story mory morning glory, sbb sonang jer..aku lumur kunyit & garam..pastu terus aku tempek kat grill pan. Sambal asam tu pulak mcm biasalah...ada bwg, cilipadi, air asam, garam & gula secukup rasa. Kan sonang tu!Pastu disebabkan aku malas gila nak masak sayur, aku celur jer bendi tu, potong tomato & timun. Ha..cukup dah semua pedas, masam, manis...& khasiat juga! Dan ertikata lain..malas!..heheheheh!

Monday, 14 July 2008

Gulai Perut & Rebung Jeruk

DSC_0848

Salam! aku baru 3 jam sampai rumah nih...

Balik dari Cuti-Cuti London Part 2, tak bernafsu betul rasa nak ke dapur. So, untuk dapatkan 'roh' memasak tu kembali, aku pun jenjalan la kat blog jejaka Malaya nih...CMG. Nampak pulak gulai babat dia tu...aduhh..meruntun jiwa gue dehhh!! Teringat ada lagi stok babat sekeping dua dlm freezer, apa lagi...dgn zassss nyer aku melancarkan gerakan memasak di dapur.Hasilnyer...serupa tapi tak sama...hehehehe! gulai tu aku bubuh ikan masin untuk menambahkan lagi kemerepekan rasa gulai tu! Hasilnyer...tak mengecewakan..sodap u!

Friday, 11 July 2008

Dapur ku tak berwasappp!

Tuan rumah gi jenjalan lagiii...!! yabedabeduuuu!!!Saper2 nak tumpang tido tu, silakan lah yer...jgn lupa sapu2 lantai tu sekali...


Bubuiii!! tata..titi..tutu!!Adioussss.....zasssss!


psst!! saper nak cap tapak tangan Queen E??..angkat tgn!!Den nak pi rumah dio nih!Ahaks!

Thursday, 10 July 2008

Rendang Mussel

DSC_0296

Dari semalam pikir, apa aku nak buat dgn stok mussel sepeket ni ha? Nak masak style apa yek? Jalan2 carik makan rumah JO..nampak pulak rendang mussel dia yg menggiurkan ittew! Aku pun apa lagi, korek punya korek...ada pulak Rempah Rendang Mak Siti yg aku beli masa Sheffield Games suatu ketika dulu.. ah ha !!bertambah senang kerja aku...x sampai 1/2 jam siap! kihkihkih!


Bahan2:

Isi Mussel dm 500 gram
3 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
2 btg serai
2 sudu besar Rempah Rendang Mak Siti
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
Minyak utk menumis
Garam secukupnyer
5 btg cili padi

Cara2:
Blend bawang merah, lengkuas& serai. Kemudian, panaskan minyak..tumis bhn tumbuk tadi.Bila agak garing,masukkan Rempah Rendang Mak Siti tu, kerisik & santan. Gaul2 sehingga naik minyak. Kemudian masukkan isi mussel, hirisan daun kunyit & daun limau purut. Buh garam secukup rasa. Masak sehingga kuah agak kering. Siap!

Wednesday, 9 July 2008

Kuih Puteri Ayu

DSC_0307

Dah lama teringin nak test power wat kuih puteri ayu nih. Acuan dah ada, takkan nak wat perhiasan jer kat rumah tu kannn! Walaupun bukan diantara kuih pebret sepanjang zaman aku, tp..baloi gak cuba resepi nih. Lembut, gebu & yg penting menjadik!

Jumpa resepi kat MYR..Resepi Rossitamz rupanyer...buat 1 adunan...mak ai! pny la dpt bnyk...dpt dlm 40 ketul gitu! itu lah angkara tak sabor2 baca resepi..nak cepat ajer! Hambek ko...saper nak abiskan nih?? Apa lagi.. panggil agen khas utk tolong habiskan..ahakss! ampoon yek puan ruhil..nama u interprem!

Bahan2:

5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi - aku x baca betul2, so x buh tpg ubi = kelapa ku berderai)

Cara-cara :

Mula2 panaskan kukusan. Oleskan sedikit minyak kat adunan kuih tu, ketepikan.Then...barulah,pukul gula, telur & ovalette sampai kembang.Lepas tu, masukkan santan, tepung yg sudah diayak, baking powder & pandan paste. Kacau sebati.Ambik sedikit kelapa parut yg sudah digaul dgn sedikit garam & tepung ubi, tekan2 kasik mampat dlm itu mould. Masukkan adunan kedlm acuan sehingga paras penuh dan kukus sehingga 5 minit.

Tuesday, 8 July 2008

Muffin Coklat

MUFIN COKLAT

Buat julung2 kalinya tuan rumah buat Muffin..jumpa resepi Yani kat MYR yg simple tp, kelass! Dapat 10 ketul, siap hulur jiran sebelah...sbb nak berlagak..aku pandai buat muffin!..hahahaha...riak la tuh!

Kepada cik2 puan yg kena pulang pinggan jiran sebelah..tp, tataw nak masak apa...cubalah resepi ni...ha Ruhil..apa lagi??!

Bahan2:
200 gram coklat masakan
70 gram butter
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
(aku terus guna tepung naik sendiri)

Cara2:

Cairkan coklat masakan secara 'double boiler'. Setelah cair, masukkan mentega. Setelah mentega cair, kacau sebati dan ketepikan. Dalam pada tu, bolehlah start panaskan oven anda dlm suhu 170 darjah celcius /gasmark 4.
Dalam mangkuk yg lain, masukkan telur & gula. Kacau sehingga sebati. Tak payah pukul sampai kembang pun. Kemudian, masukkan coklat td kedlm mangkuk telur. Gaul rata kemudian masukkan tepung yg sudah diayak sedikit demi sedikit. Aku tambah potongan almond dlm adunan...so, suka hati korang la kalo nak tambah apa2 dlm adunan tu. Lepas tu, masukkan adunan sehingga 3/4 bekas muffin tu. Taburkan hiasan sesuka hati. akar dlm 20 minit camtu. Senang jer kan?? Thanks Yani for sharing the recipe!

Dalca Kelo & Kambing

KELOR

Ha.. jalan2 kedai India kat Broomhall..jumpa pulak sayur ni...KELO. Kat M'sia pun aku x penah masak sayur ni, sampai UK baru teringin nak cuba masak. Dulu mak aku jer yg rajin masak, sbb Aci jiran sebelah tu hulur btg kelo nih...nostalgik betullah kelo nih...teringat pulak kat Aci sebelah rumah kat Klang dulu yg mulut dia dok merah mengunyah sireh...ekekekke!

So, aku cuba masak kari dalca btg kelo ni dgn kambing...result?? buleh la tahan...cuma kelo tu hancus, mungkin aku rebus lama sgt kot.

Bahan2:

5 btg KELO
1/2 kilo tulang kambing
100 gram kacang dhal ( rendam dulu sekurang2nya 4 jam)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
2 sudu besar kari daging
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil serbuk cili
1 btg kulit kayu manis
2 ketul bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 ketul buah keras
10 helai daun kari
1 keping asam keping
4-5 btg cili hijau
1/2 cawan santan cair
2 btg carrot potong panjang
Minyak utk menumis
Garam / Gula secukup rasa
Air secukupnya

Ni gambar KELO sblm di masak...kena buang kulit keras kat luar tu..then, kerat2 dlm 2cm panjang setiap satu.



Cara2:
Tumbuk bwg merah/putih/uah keras & halia. Panaskan minyak, tumiskan rencah tumis (kulit kayu manis/bunga lawang& buah pelaga)& juga bahan tumbuk tadi. Kacau sehingga naik bau. Kemudian, masukkan serbuk kari,garam masala,asam keping & daun kari. Biarkan seketika...jgn sampai rentung pulak yek!. Kemudian, masukkan daging kambing tadi & juga kacang dhal.Masukkan air separas daging. Masak sehingga daging empuk.Tambah air bila perlu.Bila daging dah empuk & kacang dhal pun lembut..baru masukkan cili hijau,carrot & kelo tadi. Masak lagi sehingga kelo pulak lembut. Kemudian, masukkan santan cair& garam. Masak lagi sehingga mendidih. Hidangkan dgn nasi panas & ikan masin bulu ayam.. mak aiii!!!

Saturday, 5 July 2008

Tak Masak ker???

Alkisahnyer tuan rumah sedang merehatkan tgn yg agak 'tense' dgn kedudukan yg tidak ergonomik antara kerusi & laptop. Tangan kanan jadi kebas bila bangun pagi & ambik masa untuk melegakan urat saraf yg tataw apa slacknyer....Atas nasihat kawan2 dan diri sendiri, aktiviti posting memposting, blogging & men'surf info @ eksperimen yg ntah apa2 terpaksa di'slow down' kan sikit...org kata 'pc sindrom'..kes ni actually kes berbangkit, dulu masa kerja pun penah kena camni jugak, tp, x separah ni..sebelum ia jadi lebih teruk, baiklah beringat..

98365078_86f65748c5

Anyhow, I guess the problem is almost solved..I've found the most safest way while dealing with laptop by giving more space to my arm to rest rather then let it just hanging. It's all about my chair & table height & also space that needed for my arm to be rest. What to do, itu jer space yg ada...rumah kecik...huhuhu! tp, aku pedulik apa, bukan rumah betul aku pun...rumah sewa jer!

So, mintak ampoon yek pada kengkawan yg jenguk blog ni...timasih atas sapaan anda di chatroom...jgn serik, dtg la blog nih...Insya Allah, entry akan menyusul slowly...dan, dah lama tak jgk blog kekawan sgt...jgn ingat aku sombong ker apa, cuma ada masalah teknikal seketika...hehehehehe!