Thursday, 4 December 2008

Selamat Ulang Tahun Iman Zahin yg ke 4!

Iman genap 4 tahun dah!

Semoga Iman jadi budak yg cerdas & cergas dan sentiasa dilindungi Allah SWT! Jadi budak taat dan mendengar kata ok!! Sayang Imannnn!

bes2
Tahun ni sambutan simple jer..potong kek kat rumah jer. Ada jugak hantar kek & coklat ke nursery. Sambut kat nursery jer. Janji ada potong2 kek. Kek pun tak dpt 'handmade' utk Iman. Pilih kat M&S aje. Suruh dia pilih sendiri kek dia, dah tu..dipilihnya kek 'Harry the Hedgehog"..so, tema tahun ni kek Landak lah yer!!


Carik2 gambar besday tahun lepas...jumpa gambar dia potong kek.Nampak betul dia dah besar..muka pun dah berubah. Dah nak jadi abang lagi pon!...Korang tgk la...betul tak??

PC090151[1]

bezakan dgn yang tahun ni plak....

bes4

Dah lain kan? dah besarrr dah Iman. Gambar 3 tahun tu of coz la lain sikit...zaman jahiliah digital kamera..ahaks! padahal baru tahun lepas tu...hahahahaha!

Ada sikit2 lagi gambar birthday tahun ni kat blog Moment in My Life nih..

Tuesday, 2 December 2008

Sayur rebus

lok

Jgn kutuk yer..sayur rebus pon masuk blog ker????

Aku cuma nak highlight sikit...aku mmg tgh tak lalu nak masak lauk yg sedap2. So, sayur rebus ni salah satu menu yg ada kat rumah aku semenjak 2 menjak nih. Nasib baik lah En. Saiful aku tak kecoh langsung (kalo kecoh, kena masak sendiri la gamaknya..!)

Sayur ni aku rebus jer dgn bwg merah, bwg putih & halia. Ada aku letak daging sikit nak bagi berkhasiat sikit. Makan lauk camni kena masa kuah panas2...kalau tak, bak kata ayah aku la..."ni nak bg makan itik ke hapa??"...ha..laser tak laser bapak aku nuuuuu..ahaks!

emm....mcm lauk dlm pantang pun ader yer...dah nasib, org tgh ada penyakit allergic menumis...rebus jer laaa!

Ayam Panggang Lemon

aaaa

Bila perut mengatakan yer, tapi tekak mengatakan tidakkkk!!

Waa...sudah keluar perumpamaan yg sgt sesuwaiii dgn situasi aku skrg ni. Tetiba aku teringat nak makan ayam golek tp, taknak ada yg bau bwg merah putih atau herba2 Mesia nih. Wat masa ni, itu lah benda2 yg idung aku paling sensitif...dan bila hidung udah tangkap itu bau, tekak pun mulalah menghantar signal yg bukan2...ahaks! So far, Alhamdulillah masih lagi terkawal..cuma, kalo boleh malas nak carik pasal jer! Kalo dah start loya...kan aku jugak yg susahhhh..heheheheh!

So, bhn2 yg digunakan utk wat ayam panggang ni sgt la simple...pejam mata pon buleh.
Cuma pakai...perahan lemon, sos tiram, kicap,mixed herb, rosemary,gula , garam & madu. Lumur2..pastu peraplah dlm sejam 2. Kalo ikutkan buhla bwg putih sikit...tp, aku saja tak buh.

Bakar dlm sejam cenggitu..terbalikkan ayam setiap 1/2 jam. Bila dah masak tu, yg beshnya..aku cuma jamah bhgn kepak jer...yg lain2 tu..mcm tak lalu....emmm...haru!!!

*psst!! amik gambar pun gigillll.....manusia bersimptom sungguh!

Tuesday, 25 November 2008

Awardari Kak Lieza

3036026007_b61cbd5990[1]

Timasih Kak Liza sbb sudi share award ni dgn aku..tapi tu lah, puas aku telek2 belek2 blog Kak Lieza tu, betul ker dia nak bagi award yg ni kat aku?? Hard Working Blogger tuuuu...!. Aku terima dgn berbesar hati sungguh...almaklumlah, terasa pulak dah lama xder entry..semenjak dua menjak nih! Insya Allah...selepas kesihatan pulih, aku gandakan usaha rajin tu..caiyokkk!

Chicken Chop

chicken

Ada satu kala diwaktu nasi dah takleh masuk kat tekak...keluarla idea Chicken Chop simple...tak sampai sejam dah siap..!

Asam Pedas Daging Tetel

asam

Lauk dah lama masak. Ni pes taim try masak lauk asam pedas daging sbb selalu masak asam pedas guna ikan jer.

Tag dari Mat Gebu

mat

Salam semua...

Dah lama tak update entry. Bukan sengaja tapi badan tak mengizinkan. Bila tgk PC tu rasa mcm naik bot jer...bergelombang. Bila masuk musim sejuk ni, semua jenis penyakit keluar...dari yg tua sampai yg kecik tak terkecuali demam batuk selsema dan sbgnya. Itu tak termasuk penyakit 'buatan' org lagi...ahaks!...

Oklah...sempena menyambut hari pertamaaku kebah dari demam...aku hidangkan tag dari Mat Gebu. Ini lah workstation sejak setahun yg lepas. Saja letak kat pintu dapur supaya senang aku nak check resepi bila masak...hahahahha! Ada org suruh amik gambor muka sekali, ooowh tidak! aku sgt selebet masa ini......tgk ler apa yg ada wokeyy!

Saturday, 8 November 2008

Siakap kukus

kukus

Ni ikan kukus pulak. Ni tgh sedor diri nak jaga kesihatan. Konon nak kurangkan minyak dan garam dlm makanan. Dah tu,aku mmg jarang kukus ikan sbb aku suka lagi ikan goreng.Cuma, disebabkan ikan siakap aku ni limited edition dan ikan lain pun tak sedap nak dikukus, maka aku kukus la ikan siakap yg 2 ekor tu.Bila time nak kukus pulak, baru perasan pengukus aku tu kecik benor ..tak muat ler ikan siakap sekor nak posing dlm tu. Terpaksa lah aku kerat..so, tak jadilah nak tangkap pose idaman aku ..ikan siakap posing seksi seketul atas pinggan..ahaks!

Resepi pun ikut sedap tekak..tapi laki aku tunjuk 2 thumbs up! Lulus lah tu...heheheheheh!

Bahan2:
2 ekor ikan siakap saiz sederhana - bersihkan dgn tepung dan air asam
2 biji bwg besar - dimayang halus
2 biji bwg putih - dimayang halus
1 btg serai - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
2 potong kulit lemon atau limau nipis - dihiris halus
5 btg cili padi - di ketuk
1 sudu besar asam jawa - dptkan air dlm 1/2 cawan
Perahan air limau nipis dpt kan 3-4 sudu besar
Bahan tambahan: Lobak jeruk & Kobis jeruk - hiris halus
Gula & garam secukup rasa
Bahan hiasan tabur: Daun ketumbar

Cara2
Sediakan bahan2 mengikut arahan diatas. Campurkan semua bhn tumbuk dan hiris dlm satu mangkuk. Gaul rata sehingga bwg tu nampak lecur. Perisakan dgn garam dan gula secukupnya. Kemudian, ambil ikan yg dah bersih tadi..gaul sekali dlm adunan bhn2 perap tadi.Perap dulu ikan dlm 1-2 jam. Kemudian sedikan periuk kukus dan kukus dgn api yg sederhana dlm masa 1/2 jam atau sehingga ikan betul2 masak.

Pindang Mackerel

singgang

Resepi turun temurun. Tak pun lauk org dalam pantang...ahaks! Bila makan dgn nasik panas, hirup kuah..pergh..menusuk ke jiwa! Ish..amik feeling betullah. Tanpa minyak, kurangkan kolesterol. Ha..dah takde idea nak masak apa??? Cubalah...

Bahan2:

2 ekor ikan mackeral/kembung bersaiz sederhana
2 ulas bwg merah - tumbuk
1 ulas bwg putih - tumbuk
1 ulas bwg besar - potong tegak belah 6
5 biji cili padi -tumbuk
1 inci kunyit hidup -tumbuk
1 btg serai -ketuk
1 inci halia -hiris
1 helai daun kunyit -koyak2kan
2 keping asam keping
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara2:

Masukkan 1 mangkuk air dlm periuk dan didihkan. Bila air dah didih masukkan semua bahan tumbuk, bwg besar potong tegak,serai,daun kunyit,halia & asam keping. Reneh guna api sederhana sehingga semua bahan mesra.Kemudian, masukkan ikan. utup periuk & biar ikan masak sempurna. Bila ikan dah masak, masukkan garam & sedikit lagi asam jawa. Gaul perlahan2 utk mengelakkan ikan hancur.

Quiche Vege

quiche

Monday, 3 November 2008

Sweet Chilli Crab

ketam

Lauk khas utk my beloved asben. Aku masak okler...cuma tang makan,ada sikit leceh la. Aku bukan allergik kat isi ketam, cuma bibir ni takleh kena kat kulit ketam tu...kalo tak, bertambah 'vogue' la bibir i......so, aku tunggu suami aku suap ler!!! heheheheh

Aku cuma bantai ikut sedap tekak...bahan yg digunakan ialah:

bwg putih
bwg merah
cili kisar
sos tiram
daun kari
kicap manis
gula
garam

Tumis dan goreng cam biasa...ok!

Thursday, 30 October 2008

Ayam Masak Lada Hitam Simple

ayam

Jalan2 rumah CMG, nampak pulak Brokoli Daging dia. Seksi betul aku tgk dia hias lauk dia tu. Dalam pada aku berangan2 nak masak apa, aku pon selongkar petisejuk. Ada chicken filet, brokoli & cendawan shitake. So, idea chicken blackpepper pon keluar. Pastu aku tinggal celur jer brokoli & cendawan tu, takyah goreng sayur dah. Lagi simple lagi aku suka...senang pun yer. Utk kaum2 ibu yg berkerjaya dan pening nak masak apa yg senang dan sedap, try ler masak style aku nih. Tak sampai 20 minit dah boleh ngap! Cubalah...lagi2 dgn resepi blackpeper aku yg simple nih.

Bahan2:
1 ketul ayam fillet (potong serong atau dadu)
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
2 sudu besar lada hitam
1 biji bwg besar (potong bulat)
1 btg cili merah (potong serong)
3-4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sejambak Brokoli
Cendawan Shitake atau apa2 lagi sayur yg anda suka.

Cara2:
Blend bwg merah, bwg putih & lada hitam. Panaskan 2-3 sudu minyak masak dan tumis bahan tadi sehingga naik bau.Masukkan sos tiram. Kacau seketika dan masukkanlah ayam tadi. Kacau dan tutup sehingga ayam masak. Bila ayam nampak agak masak, masukkan bwg besar & cili merah & kicap. Gaul rata & tunggu sehingga ayam masak.

Untuk sayur pulak, bersihkan brokoli & cendawan. Rebus brokoli dgn air yg panas. Masak sehingga lembut. Yang cendawan shitake tu pulak, celur jer dlm air panas.Actually kalo nak campur dlm ayam tu pon boleh....ok!

Nagasari

pisang

Ini salah satu kuih pebret bapak aku kat kampung. Bukan apa...gigi dah tak kuat, dia suka kuih yg lembut2 jer. Selalu kan kuih nagasari ni bungkus dgn daun pisang ala2 tapai tu..dikukus. Tapi sbb stok daun pisang aku sempat wat alas pinggan jer, so aku pon modified la kuih ni. Instead of bungkus daun aku kukus jer pakai loyang. Rasanya sama jer...cuma kurang feel la, sbb tak boleh nak kelebet2 daun tu bila makan.Satu lagi kuih ni sgt sesuwai utk sesapa yg ada stok pisang yg dah nak expired. Zaman2 inflasi ni jgn membazir, selagi buleh makan..makan lah labuuu!!!

Bahan2 pulak,aku main agak2 jer taw..takde sukatan yg specific.Cuma bahan2 kat bawah ni buleh wat guideline.

Bahan2:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 bijik pisang masak ranum
1 cawan gula (ikut suka manis)
3 cawan santan
Secubit garam

Cara2:
Masukkan tepung gandum & tepung beras dlm bekas. Masukkan gula & garam . Gaul rata. Kemudian, masukkan santan. Kacau rata biar jgn bergentel.Kemudian, masukkan pisang yg sudah dihiris2 (mcm dlm gambar tuh). Kacau rata. Test dulu rasa manis, masin semua. Kemudian, masukkan dlm periuk dan masak dgn api perlahan. Sentiasa kacau sehingga tepung separa pekat. Lepas tu, masukkan dlm loyang 8 inci yg sudah digris dgn minyak dan kukus. Anggaran time kukus tu dlm 1/2 jam hingga 45 minit. Biar tanak supaya kuih tidak cepat basi. Bila dah masak, sejukkan sebelum memotong.

Thursday, 23 October 2008

Serunding Laksa

serunding

Aku pun tak taw nak bg nama apa kat serunding nih. Sebab aku tak wat resepi utk wat serunding pun. Alkisahnya, serunding ni tercipta hasil belen kuah laksa johor aku masa hari raya pertama tu.

Pada sesapa yg nak wat menu laksa utk open house esok2 nih..jgn kuatir kalo kuah tu berlebih. Sebab...boleh modified kuah tu jadik serundng ikan.Hehehehe..jgn membazir!

Cara2:
Mendapkan dulu kuah laksa tu. Buang la apa2 yg mcm sampah sarap kat dlm tu eg: bunga kantan & daun kesum. Dalam kes aku...aku wat laksa johor, so...tkde sampah sarap.
Bila kuah dah mendap, buang air tu. Biar tinggal isi ikan tu. Kemudian, keringkan dlm kuali dgn api yg amat perlahan. Proses nak wat ni bukan terus siap tau. Kena pause2 gitu ..goreng 3-4 kali utk dptkan serunding ikan instant yg enak. Selamat mencuba!!!

Nasi Minyak simple

nasi minyak

Arini aku wat nasik minyak lauk ayam masak merah utk Iman.... saja tukar rasa tekak,hari2 makan nasi putih..boring jugak kan.

Bahan2:
3 cawan beras Basmathi(rendam 1/2 jam kemudian turas air)
4 biji bwg merah (hiris halus)
2 biji bwg putih (hiris halus)
1/4 cawan minyak masak
2 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
2-3 biji cengkih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 biji tomato (buang biji, hiris kecik2)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara2;
Aku citer camner aku wat yer. Masak nasik ni pakai periuk nasik elektrik biasa tu. Tapi masa nak tumis bahan2 tu...keluarkan periuk dan tenggek periuk tu atas api (jgn ko hangkat dgn tempat masak tu sekali pulak!).Panaskan minyak tu dlm periuk, kemudian tumisla bwg merah, putih,bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga,cengkih & jintan tu semua.Bila bwg dah agak garing, masukkan la beras yg dah rendam dan tapis tuh. Kacau2 pelan sampai rata minyak kesegenap beras. Jangan kacau ganas2 nanti beras patah, nasik tak cun kang.Kemudian buh la air dlm 1/2 tinggi dari tinggi beras. Sukat pakai tgn jer ok.Masukkan garam dan tomato yg dah dihiris tu. Matikan api. Kemudian angkat periuk tu masukkan dlm periuk nasik utk msak secara elektrik pulak. Bila dah masak tu..biarkan dulu nasik tu.Jangan bila lampu periuk tu mati terus kacau. Lepas 10 minit baru buleh kacau. Gembur2kan mcm biaca ok!

Tuesday, 14 October 2008

Yong Tau Fu

yong taufu

Ha...hari ni baru nak "show off" yong tau fu aku. Puas selongkar kat file mana aku simpan. Ini antara menu penghujung puasa hari tu. Mengidam punya pasal, ku usahakan jugak buat yong tau fu nih.Lagi2,kalo org yg duk kat UK ni, susah nak jumpa fishball ke fishcake yg HALAL..sampai la aku jumpa kedai yg jual fishball made in Malaysia..siap logo halal Jakim. So, dgn konfidennya aku pon belilah 2-3 jenis fishcake.

Sos yong tau fu tu amik jer kat Myresepi...KLIK SINI utk rujukan ok!

Tumis Mee Siput

mee siput

Menu lepas muak makan lauk pauk raya..mana2 pegi mesti jumpa rendang, kuah kacang, kuah lodeh. Sampai rasa nak cuti makan sampai tahun depan. Tapi bila lapor kena gak masak kan..so, aku pon kuarkan idea kampung aku nih. Biasanya mak aku tumis mee siput ni bila dah takde idea nak masak apa. Hari2 kat dapur, otak pun buleh jam tau.Ingat keje opis jer ke yg tension??

Bahan:
3 gelung mee siput (ni mak aku eksport dari Mesia nih!)
2 biji bawang merah
1 biji wg putih
8 ekor ikan bilis
5 batang cili padi
2 btg sawi
5-6 ekor udang
Minyak utk menumis
Garam secukupnya
Air

Cara2:

Rendam mee siput sampai kembang.Turas air. Kemudian, mayang bwg merah,putih & cilipadi. Panaskan 2 sud minyak & tumis bahan hirisan tadi dan masuk sekali ikan bilis. Tumis menggunakan api sederhana sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang, kacau sekejap & masukkan la mee siput yg dah direndam tadi. Kacau sebati dulu. Kemudian, tambah 1 cawan air . Masak sehingga mee lembut. Kemudian masukkanlah sawi sebagai sayur tambahan. Perisakan dgn garam secukupnya & masak sehingga kering. Sedap dimakan & nasik panas dan ayam goreng. Lauk kampung jer.....

Thursday, 9 October 2008

Kuih Raya 2008

Hopefully tak terlambat kalo nak mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua ..sowwy la..manyak hal la lately nih. Sejak semnggu sebelum raya...sampai lah la ni..banyak sgt aktiviti kat Sheffield ni. Dari majlis buka puasa sampai lah hari raya..open house lagi...kalah menteri kat parlimen u...ahaks!

Takpelah...meh tgk kuih aku tahun ni..nasib baik dapat 2-3 ketul lagi sebelum jadik serdak... Resepi takdak specificla..aku ikut style org dolu2..masuk gula butter tepung..pastu penyek rupa ikut suka. Yang penting rasa tetap mabeles...heheheheh!

Walau pon kuih korang lagi grand, tapi aku dgn kembang idongnyer mengisytiharkan...INILAH KUIH RAYA AKU YG PERTAMA KALI AKU BUAT SENDIRI!!
kuih raya

Ada ChocolateChip Almond, Tart Nenas, Biskut Suji & Almond London.

* Aku cuma nak bagi tips utk bagi biskut ala 'melt in ur mouth'...sangai kering dulu tepung gandum tu atas kuali. Sangai tu goreng tanpa minyak la. Pastu ayak kasik halus balik dan gunalah sesuka hati selepas tu. Pasti kuih raya korang very the gebuh gitu. Itu utk org yg desperate mcm aku yg duduk kat bumi yg sejuk ya amat nih lah yer...Kalao kat Mesia, biasanya mak aku jemur jer kat bwh sinaran matahari sekejap.

Wednesday, 24 September 2008

Black Pepper Steak

steak

Menu buka puasa ala2 western. Dah lama tak pekena steak..cam mengidam pulak! Aku paling suka resepi sos blackpepper Bhuchah ni..dah la senang! sedap lak tu..yg dging tu perap mcm biasa, cuma aku nak kabor resepi sos black pepper ni jer worait!

Bahan2:

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan freshmilk
Segenggam black pepper yg ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom
2 susu besar kicap
Garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam

Cara2:
Cairkan butter dlm saucepan. Bila butter cair masukkan tepung, kacau rata. Bila dah berbuih2 gitu masukkan freshmilk,black pepper,mushroom & kiub pati ayam. Kacau sehingga agak pekat. Masukkan kicap dan perisakan dgn garam. Matikan api selepas menggelegak. Ikut suka la sos tu nak wat pekat mana.

Tag dari CTDelima



KISS SIKIT!

Ini CTDelima punyer keje lah nih! Aku kena jawab tag dia nih....Sila baca dgn kyusuk dan tawaduk ok!

1: 1st time naik kapal terbang ??
- Dulu kecik2 abah aku selalu bawak aku naik kapal terbang...asal keluar jer naik kapal terbang! Mmg tak buleh la kalo tak naik..sampai abah aku bising.."abisla duit syiling abah camni!!" Tapi kalo naik kapal terbang yg pakai minyak, gi ke UK la.

2: 1st time beranak ??
- 4 Dec 2004 bila bersalinkan Iman.

3: 1st time gi overseas ??
- Kalo 'over the sea' selalu lah! So far, sea yg paling jauh ialah sea ke UK ni lah.

4: 1st time duduk jauh dari family ??
- Form 1. Duk hostel dah masa tuh!

5: 1st time kerja??
- Keje part time lepas SPM. Keje full time masa umur 24 tahun camtu kot!

6: 1st time rasa diri gemok ??
- Dari dulu mmg selalu rasa diri gemuk. Sampai la ni pon! Sbb aku mmg chubby cute gitu kan!!...ahaks

7: 1st time bercinta ??
- Cinta monyet banyak la. Cinta yg betul2 'cinta' tu pon banyak! Tapi, aku kawin dgn besfren aku..so, faham2 jer lah. Cinta tu sebenarnya ada depan mata selama ni.Penat bercinta frust nonggeng bagai! Kalo aku tau nak kawin dgn besfren sendiri,aku rilek jer sampai la dia pinang aku..ahaks!

8:- 1st time diri cantik ??
- Hari2 perasan cantik....hahahaha! Tapi masa mengandungkan Iman, lagi bertambah perasan cantik..tataw la apsal. Kadang rasa mcm 'akulah pompuan yg tercantik kat dunia!" ahaks!

9:- 1st time masuk cinema ??
- Masa Form 4 tgk XX-RAY...kat Capital, Klang. Skrg dah takde dah tpt tu....

10:- 1st time admitted in hospital ??
- Ada sekali masuk SJMC masa umur 25 tahun sbb ear infection - gegendang telinga aku koyak! ngeri kan?? Tapi, Alhamdulillah takde masalah sound trouble!

11: Pilihan hati ??
- Ni nak pilih pasal apa lagi ni? Kalo pasal org, aku ikut instinct and chemistry. Kalo hensem & cun bagai tapi takleh nak 'klik'...mmg aku tak leh nak masukkkk!

OK CT-Cikmat...homework dah siap!

Award dari Kak Liza



Timasih Kak Liza...lambat amik, bukan lupa tapi tak hingat..! ampoooonn!

Tuesday, 23 September 2008

Kerabu Daging

kerabu

Menu semalam...

Bahan: Daging,tomato,kcg panjang, bwg hiris
Bahan sambal kerabu: Bwg merah,putih,serai,kerisik,air asam,cili padi, gula & garam

Saturday, 20 September 2008

Murtabak

murtabak

Resepi murtabak segera dari MyResepi..Komen? Senang giler dan sedap!! Besh...5 mintang i bagi kat resepi nih!

KLIK UTK RESEPI MURTABAK SEGERA

Kepak Percik

ayam

Kepak ayam panggang yg tak abis, so aku recycle utk lauk berbuka keesokkan hari nyer.. cuma buatkan kuah percik. Tuang atas tu so, jadilah kepak ayam percik...heheheheh! Dah tak mampu lagi nak membazir...recycle lauk selagi buleh!

Kuah ayam percik
Bahan2:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu cili kisar
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai
1 cawan santan
1 keping asam gelugur

Cara2:
Blend bwg merah,putih,halia,kunyit & lengkuas. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis berserta serai yg sudah diketuk sehingga naik minyak.Masukkan santan & asan gelugur. Masak sehingga mesra. Perisakan dgn gula & garam.

Monday, 15 September 2008

Roti Goreng

rti

Salam semua!

Arini baru ada nafsu nak wat posting. Baru dpt tarik nafas lega lepas benda yg nak di settlekan selesai.Lagipun xder apa menda sgt nak dihappening kan, sbb dah 2 hari ni..murah rezeki, ada jer jemputan utk berbuka. So, dapur tu pun dpt la cuti tahun.Hehehehe..itu la kisahnyerrr!

Lagi satu, rasa tak bernafsu sgt nak makan benda2 yg sedap..sbb kenangkan ayah tersayang kat Mesia tu tak sihat, tak lalu makan dah dekat seminggu nih.Rasa bersalah pulak kat sini bermewah2 walau pun tak mewah.So, kat sini pun dpt tempias sedih tu...panas2kan jer lah lauk apa yg ada.

Untuk santapan mata korang arini, aku sajikan roti goreng jer lah. Ini kisah roti yg tak abis2 sbb yg makan cuma mulut si kecik tu ajer. Selalunya aku beregu dgn dia roti sebuku tu wat bekfas pagi2. Dah ni bulan puasa, roti pun x laku. Aku pun modified ler kasik dia nampak sedap sikit.

Bahan2:
Roti yg tersadai
Kulit popia secukupnyer
Inti kesukaan

Aku bagi resepi inti simple aku jer lah ok...

1 cawan mixed vege
2 biji telur
3 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
1 ulas bwg besar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
sedikit garam

Cara2:
Buat scramble egg. Ketepikan. Kemudian,mayang bwg dan tumis sehingga layu.Masukkan mixed vege, scramble egg, mayonis & sos cili. Kacau2 dan masukkan serbuk lada sulah & garam secukup rasa.

Untuk bungkus roti tu ....

Gelek sekeping roti hingga leper. Kemudian,wat sandwich..masukkan inti. Amik sekeping kulit popia & bungkus mcm bungkus kotak atau ikut suka korang lah. Panaskan minyak secukupnya & goreng dlm minyak yg penuh dlm api yg panas.

Friday, 12 September 2008

Tag dari Mat Gebewwwssss....




Ko tag aku yer mattt????? xperr2...ko tunggu!! aku nak jawab nih....


1. NAMA TIMANGAN :-)

Hahahaha...ni kalo aku nak senaraikan dari aku sekolah..masuk U ...sampailah keje ni..banyakkk! Officially korang boleh panggil Nita atau Ita. Ada yg panggil Itot...ni geng2 study la nih. Plak tu, ada yg nak panggil aku Aishu (alaaa...Aishwarya Rai tuu!) pun ader! ahakss...!

Kalo kat rumah ibu abah aku panggil Kakak, asben aku panggil Ayang...anak aku panggil Ummi.Anak sedara panggil Cikta. Kucing aku panggil...eowwwwww....

Tapi nama yg paling pofular la kan..dpt masa aku keje kat Stanchart,KL..ada ker panggil aku Dotnet (.net). Pasal apa taw?? Pasal kecekapan aku bercerita & bercakap...mcm internet! Sampai sekarang geng Stanchart panggil aku Dotnet. Siol tul!


2. SAYA SEORANG YANG :-)

sgt RAWK!!! Apa2 pun boleh..orgnye sgt simple. Buat keje cepat tapi berterabur...hehehehehe!

Agak sensitif kalo membangkitkan isu keluarga. Kalo nak kutuk aku, tarapa...silakan. Tapi kalo melibatkan family...waaa!...AWAS!


3. INSAN TERISTIMEWA :-)

First and foremost, family. Ibuabah,Suami,Anak,AdiK Beradik, Mertua & adik2 ipar dan bespren2.

4. MAKANAN :-)

Apa aku suka makan yek?? Suka jer makan apa benda pun, cuma tak berapa kuat masam. Kalo benda masam memang aku tak feeling nak makan.
Eh aku ada benda yg aku paling suka makan la !! aku suka sgt makan YONG TAU FU...huhuhuhu!


5. WARNA KEGEMARAN :-)


Entah..semua pun ok jer. But, more to pastel kaler la. Kalo aku yg pilihkan baju ker, langsir ker, abisla ..semua kaler earth jer. Takdak kaler maler nih.Lagi satu,jgn kaler yg striking banget! Lagi2 kalo benda tu jadik hiasan rumah, aku rasa mcm terpancar2 gituh! Sakit mata!

6. LAGU KEGEMARAN :-)

Lagu?? ni lagi la. Selalu aku suka lagu yg sedap didengar...itu jer!


7. BENDA YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS :-)


Dateline! ni masa keje. Sekarang ni, xder apa. Cuma, stress kalo dgr kabar abah yg x sihat kat kampung., Stress nak balik!

8. 3 BENDA DALAM WALLET :-)
Debit Card, Cash & I/C.

9. KALI TERAKHIR MENANGIS BERIYA-IYA :-)
Nangis beria2 tu camner? Kalo nangis kuar air mata bagai tu, ari khamis mg lepas la! Masa tipon kampung! Abah pengsan masa beli ubat kat Klinik Hospital..saper tak nangis!

10. TAG RAKAN ANDA :-)

Shima
Kak Ezza
Mat Gebu..(aku saja pulangkan balik soklan ko nih!)

Koci Pulut Hitam

koci

Teringin sgt nak makan kuih koci. Semalam telipon ibu kat Mesia,citer pulak pasal kuih koci...adushhh..meleleh terus! Nak tak nak, aku turutkan juga kata hati nak wat kuih koci ni. Lagipun, aku nak perabih daun pisang yg keras kematu ni..Resepi simple jer..cuma aku belom sempat nak type. I bery bz u ollss! nanti kalo aku da buleh napas sikit, aku tempek worait!

.............................................................................

ok..time untuk mengexpose kan koci terlara aku nih...

Bahan2: untuk tepung
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung pulut hitam
3 sudu besar minyak
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air ( anggaran)

Cara2:
Campurkan semua bahan & bancuh sehingga buleh dikepal.

Bahan2: untuk inti
2 cawan kelapa parut putih
(aku pakai desiccated coconut)
1 cawan gula merah
1 cubit garam
1 sudu besartepung gandum
1/4 cawan air

Cara2:
Gaulkan kelapa bersama gula merah & garam. Masukkan air. Kemudian, masak atas api sehingga agak kering. Kemudian masukkan tepung gandum. Fungsi tepung gandum dlm inti ialah untuk bagi dia senang dibulat2kan.

Bila tepung dan inti dah siap...buleh la mula membentuk. Amik sedikit tepung dan bulat2kan.Leperkan atas tapak tangan yg dan masukkan inti yg sudah siap2 dibulat2kan juga. Tutup tepung rapat2 & bulat2kan. Potong daun pisang dlm bentuk bulat kemudian, buat bentuk kon. Masukkan tepung & inti tu dan bungkuslah.Kukus dlm 25 minit cenggitu.

Tips: Selalunya org kampung akan rendam dlm minyak tepung yg sudah dibubuh inti.Minyak tu aceli untuk taknak bg kuih melekat kat daun.

Puding Cendol

cend

Typo error la itu gambar...

Salah satu pemanis mulut yg aku cuba wat dlm bulan pose nih..

Resepi nanti tempek no..tak cukup tangan la dek non!

.................................................................................
Resepi ni mmg amik kat MyResipi.com..timasih utk tuan punya resepi..tuntung15. Disebabkan aku pun salin, korang pun salin jer lah yer....aku tolong tempek kan..heheheh!

KLIK ...RESEPI PUDING CENDOL...

Tuesday, 9 September 2008

Ayam Goreng Rempah

ayam

Pada homechef macam aku yg dah kehabisan idea nak masak apa, bulehla try ayam goreng yg simple tp, menyelerakan. Licin pun licin..lazattttt! Aku ingat lagi masa keje temp kat Stanchart, KL.. kalo tapau nasik lemak mesti ada ayam rempah nih..siap suruh makcik tu bungkuskan lebih 'abuk-abuk' tu.

* Abuk-abuk tu sampah sarap rempah tu la....

Senang jer..korang blend halia, serai, ketumbar,jintan kasar, jintan manis...pastu gaul kat ayam. Pastu buh sikit serbuk kari & serbuk kunyit. Lagi, buh garam & gula sikit. Perap sekurang2nya 2 jam pastu goreng la hingga garing.

Popia Basah

popia

Ini antara kuih pebret ever after aku kalo pegi pasar malam. Kalo dulu, selalu tunggu giliran siap amik nombor lagi beratur nak makan popia basah kat pasar malam seksyen 18. Popia S.A Ali kalo tak salah aku. Popia dia mmg mabeles walaupon yg buat tu semua abang2 rock gituh. Walau dah jauh nun dari bumi Mesia, kuih ni tetap menjadi pujaan hatiku. Tapi, masalahnya kena wat sendiri la. Timasih pada Kak Umi-e sebab dia yg publish resepi kulit popia ni kat MYResepi.com. Aku pun try. Masa mula2 dulu, kulit mmg selalu koyak, tp dah lama2 ni...dah ok sgt. Puas hati!

Oh ya..ada reader blog aku yg mintak resepi popia basah. Entry dulu mmg aku x buh resepi. Jangan marah yer...ha amik ni..salin..salin..!

Bahan2:

(dlm 12 keping gitu)
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan air
1/4 sudu garam
2 sudu besar cuka masak.

Cara2:
Gaul kesemua bahan dan peram sekurang2nya 1/2 jam. Bila dah perap, amik non stick dan hidupkan api sederhana. Kemudian amik sejemput tepung tadi dan oleskan pada kuali tu dgn gerakan dari luar kedalam. Buat pusingan satu arah sahaja. Biar kering dan angkat, ta yah terbalikkan.

Bahan2 inti:
2 btg carrot (hiris halus)
1/4 kobis (hiris halus)
1/2 biji bwg besar (mayang
2 sudu besar udang kering dah kisar
1 sudu kecil minyak utk menumis


Cara2:
Tumis bwg besar & udang kering.Kemudian masukkan carrot & kobis. Masak sehingga sayur layur.

Tips: Carrot tu mmg aku suruh potong halus instead of sagat. Saja bagi rangup2 sikit.

Bahan2 untuk sos:
2 ulas bwg besar (dikisar)
Cili kisar
air asam
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 1/4 cawan air)
Gula dan garam

Cara2:
Tumis bahan kisar sehingga kering. Kemudian masukkan air asam sedikit.Gaul2. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Fungsi tepung jagung nak bagi dia likat sikit. Kemudin perisakan dgn gula & garam.

Bahan2 lain:
Kacang tanah tumbuk. Sangai kacang, buang kulit & blender.


Cara2 menghidang.
Amik sekeping kulit popia. Sapukan rata dgn sambal di seluruh permukaan. Kemudian taburkan kacang tumbuk. Pastu buh inti sayur dan gulung.

Monday, 8 September 2008

Stew Tulang Lembu

stew

First time buat stew utk berbuka. Mula2 nak wat sup tulang, tp macam dah biasa sgt. So, kita beralih arah pada ala2 western tapi timur..anyway, ikut sedap tekak la kannn...

Aceli, resepi ciplak abis kat SINI..tp, menu sebenar makan dgn garlic bread. Tapi utk buka puasa ni, kalo suruh boss rumah ni makan garlic bread cicah stew, sure menangis tak berlagu punyer lah..ahaks!. So, aku modified wat ala2 mee kuah. Tukar dgn spagetti...komen?? sikitttt lagi nak rasa cam mee bandung...hahahahahah!

Award Salam Ramadhan & Poem utk Cik Lemari



Dari Kak Rozie & Ruhil...macih! Salam Ramadhan juga utk u olls...!!

Ada lagiiii.....

Poem ni dari Cik Mat Gebu, Kak Liza & Aishah@ummiaqil..



We need friends for many reasons,all throughout the season.

We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad.

We need friends to give us good advice,

We need someone we can count on, and treat us nice.

We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last.

Spread the poem of friendship....


1. Everyday Life
2. Words of Love
3. Sheng's Simple Thoughts . . .
4. My Wonderful Life ....
5. Can of Thoughts
6. Designs By Vhiel
7. Vhiel's Corner
8. Anything and Everything in Between
9. A Mother's Stuff
10. Housewife @ Work
11. My Receipes
12. Vblogger
13. thefootloosechef
14. Yummy Food
15. MamaFaMi's Spice n Splendour
16. kaklins-gallery
17. Hanieliza's Cooking
18. Aishah's Fotopage
19. Almari Resepi...(
20. nak bg saper plak ni??)

Pikir sat no!!!!..anyway, tengkiu pada kengkawan yg sudi berkongsi poem ni dgn saya...muahhhsss!! lep u olls lah!

Saturday, 6 September 2008

Portugese Egg Tart

tart

Pemanis mulut selepas berbuka....lagi satu variasi puff pastry.

Bahan:

Puff pastry secukupnya (apa2 jenama - kat Sheffield buleh carik kat Bangla Bazaar jenama Jusrolls)
3 biji telur kuning
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan whipping cream/double cream
1/4 cawan gula pasir
1/4 sudu kecil vanilla flavour


Cara2:
Gelek puff pastry sehingga leper. Kemudian bentukkan dlm mould tart. Tekan2 dan ratakan hingga kemas.

Kemudian, satukan semua bahan cecair. Isikan 3/4 dari acuan. Sambil tu panaskan oven 180 darjah celicius. Bakar dlm 20 minit.

Nasi Goreng Kerabu

nker

Santapan ala kedai Thai semalam...resepi sat lagi no!

ok...sorry la..resepi lambat muncul. Cik Lemari sibuk sikit ler akhir2 ni..sibuk meraban kat dapur. Bila bulan puasa, nafsu naga dtg, abis semua skill mengeksperimen keluar..tu yg berkampung kat dapur tu.

ok lah..meh tgk resepi nasi goreng kerabu "Apa2 Yg Ada" aku nih...

Bahan2:

Nasik semalam 2 mangkuk
2 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
5 btg cili api kaw punyer
1/2 cm belacan
2 btg serai (potong halus bulat)
3 helai daun limau purut (hiris halus)
3 btg daun kesum (hiris halus)
sedikit mixed vege (xnak pun xper)
Garam secukup rasa

Cara2:
Gaul nasi dgn garam sehingga sebati.Tumbuk bwg merah, putih,cili api & belacan.Panaskan minyak & tumis. Pas tu masukkan serai, daun limau purut & daun kesum. Pastu masukkan nasik. Gaul rata. Hidangkan dgn lauk yg anda gemari!

Friday, 5 September 2008

Talam Ubi

ubi

Semalam pegi kedai beli puff paratha, jumpa ubi frozen. Tak banyak pikir, aku pun rembat la sebungkus. Dalam hati, kan sedap kalo wat talam ubi.Aku pon survey resepi kat MyResipi.com, Sofinar punyer. Mmg simple dan sedap sebab rasa gula & tepung tu..mesra gitu..x terlalu manis & lemak2 berkerim. Cuma yg aku frust, kuih aku bila area yg tgh loyang tu..bhgn bawah tu ada macam lapisan keras camtu? apsal yek? Aku rasa sbb ubi tu frozenla...dah monopouse..takde kanji.

Apapun...check resepi kat sini yer...KLIK

Thursday, 4 September 2008

Vegetable Puff

puff

Hasil lepas geram aku lepas pi ziarah blog Mamavogue dgn Mat Gebusss...

Lepas roger2 Mamavogue lokasi kedai berhampiran yg jual puff paratha, aku pun dgn zassss nyer terus merembat 2 bungkus. Dengan kembang kuncupnya aku balik dari kedai,terus operasi membungkus inti ala2 inti karipap tu.Hajat dihati nak wat kuih utk moreh tadarus asben aku malam tu.

Bahan2:
Puff paratha
Inti karipap : aku buh keledek, kentang, mixed vege..

Pasembor

pasembor

Satu idea utk org yg dah takde idea nak masak apa...boleh tahan kenyang jugak makan pasembor nih. Cukup dgn semua zat lagi...ada karbo dari cekodok, protein dari ayam, fibre dari sayur2an...hehehehe!

Untuk Resepi KLIK sini ok! Ulang tayang entry lepas jerrr....

Wednesday, 3 September 2008

Kuetiow Kungfu

kuet

Semalam aku try wat mee yg paling simple utk berbuka tapi berkhasiat. Kalo ikutkan kuetiow tu kena celup telur dan goreng dulu, tapi aku modified sikit. Kalo ada cara yg lebih senang, aku amik yg lagi senang tu..ahaks!

Walau mcmanapun, rasa kuetiow kungfu ni agak gagal pada aku. Masinnnn! Aku tak pandai budget garam. Padan sungguh nak kena darah tinggi!.Tapi, nak wat camno,itu jer yg ada...Hantam jugaklah labuuu!

Bahan2:
Kuetiow
Bawang putih
Lada hitam
serbuk pati ayam maggi
2 sudu tepung jagung

Bahan lain:
Udang
Daging
telur
Sayur2an eg: kcg peas, carrot,btg seleri etc..

Cara2:
Tumis bwg putih dgn sedikit minyak. Kemudian masukkan air. Masukkan lada hitam & kiub pati ayam. Masukkan daging dan tunggu sehingga daging lembut (kalo air kurang, sila tambah yer...). Bila daging dah lembut, masukkan la bahan2 lain eg: udang dan sayur2an. Kemudian biar sehingga mendidih. Pecahkan sebiji telur, kacau2 bagi bertali. Kemudian campur tepung jagung dgn 1/2 cawan air dan tuang. Perisakan dgn garam (jgn termasin dong!) dan kacau sehingga kuah agak pekat. Matikan api dapur dan siram kuah keatas kuetiow dgn segera. Dan segeralah makan!

Nota: Semua bahan2 pakai agak2 yer....jgn terlebih jgn terkurang...

Monday, 1 September 2008

Menu puasa Sehari....

nasik kerabu

Akhirnya...ku buat juga nasi kerabu sendiri!

Puasa tahun ni, totally aku kena masak sendiri juadah untuk berbuka. Dan, tahun ni jugak balas dendam sbb tahun lepas tak dapat buka puasa & masak2 untuk en.hubby sebab dia dah sampai UK dan aku masih kat Mesia. Menu nasi kerabu ni antara menu febret yg diorder kalo pegi pasar Ramadhan kat Serdang dulu. Almaklumlah,balik keje dah x sempat nak masak apa pun, sempat cuci mata jer kat pasar sambil tunjuk2 lauk apa nak beli...ahaks!. Pada aku, besar rahmatnyer Allah tempatkan aku kat tempat org ni..kalo tidak, sampai la ni kot aku masih main tunjuk2 jer! But now, aku dah boleh masak sendiri...jangan tak caya!!!!

Meh tgk camner org Selangor wat Nasi Kerabu org Kelantan nih...cenggini yer Cik Kiyah?? timasih yer bg tips online semalam...dgn serta mertanya aku zassssh wat sambal tumis...jadik tp, sambal aku termasam...kihkihkih..terlebih asam keping!

Cara2 wat sambal tumis:
Blender 3 biji bwg merah dan 1 biji bwg putih. Kemudian,panaskan minyak dan tumis. Masukkan serai ketuk, 2 sudu cili kisar & 2 sudu besar BUDU dan tunggu tumisan naik minyak. Lepas tu, masukkan 400ml santan pekat & asam keping. Reneh dgn api perlahan sampai santan naik minyak. Perisakan dgn garam & gula wokeyy...

Cara2 wat nasik kuning :
Basuh beras basmathi macam biasa. Kemudian buh air takat mcm masak nasik biasa. Kedian buh 1/4 sudu kecil serbuk kunyit & 2 helai daun limau purut. Buh 2 cubit garam. Kemudian, masaklah dlm rice cooker sampai masak.

Cara2 wat daging bakar:
Bersihkan daging. Lumur daging dgn kunyit & garam. Pastukan bakar dlm api oven 180 darjah celcius selama 1/2 jam. Bila dah masak, hiris2 nipis.

Cara2 wat sambal kelapa:
Blend 2 ketul bwg merah, 1 ketul bwg putih, 1 btg serai & 1 inci lengkuas. Kemudian gaulkan dgn kelapa parut dan isi ikan. Goreng tanpa minyak sampai kering.

Cara2 wat ulam2 nasik kerabu:
Potong halus salad atau kobis, timun dan daun kesum. Gaulkan rata.** Kalao buh taugeh & kacang panjang lagi sedap! Kes aku ni kes ulam darurat...rembat jer apa yg ada!

Lepas tu wat la kuah budu...perghhh! potong cilipadi & bwg, buh budu & limau nipis..

Aku ada buat solok lada 2 ketul tp, hasilnyer kurang memuaskan so, aku tak la publish resepi. ..

ok itu jer lah bebelan cik lemari pada kali ini..selamat berbuka!

Sunday, 31 August 2008

Salam Ramadhan

DSC_1325

ALMARI RESEPI ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di serata benua. Semoga kita semua dapat mejalani ibadah kita pada tahun ini dgn penuh kesabaran dan ketakwaan. Aminnnn....

Saturday, 30 August 2008

Masak Lemak Cili Api Nangka Muda & Ikan Masin

nangka

Masak untuk makan ramai2 kat rumah Kak Pah Sherry masa acara gotong royong cucuk satey sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2008.......

First time pose kat UK...wuaaaa!!

Thursday, 28 August 2008

Kuih Lapis

lapis

Dah lama aku carik resepi kuih lapis yg senang tapi sedap. Akhirnya, ketemu juga dgn resepi Bro. Rozzan yg sedap gilerrrr! Aku bagi 5 mintang kat resepi ni..inilah yg aku carikkk!!

Bahan2:
150 gram tepung beras
30 gram tepung hoen kee
400 ml santan kotak
160 ml air

Untuk air bancuhan air gula:
180 gram gula pasir
150 ml air
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Cara2:
Bancuhkan tepung beras & tepung hoen kee dgn santan dah air. Kacau rata & ketepikan. Perap selama 40 minit.

Sementara tu, masak air gula. Buh gula, air, daun pandan dan masak hingga gula cair. Sejukkan.

Bila air gula dah sejuk, dan bancuhan tepung sudah diperap selama 40 minit...campurkan air gula dlm adunan tepung. Kacau rata . Tapis jika perlua utk memastikan adunan rata. Kemudian bhgkan kepada 2 bahagian. Satu warna merah ..satu warna putih. Untuk adunan warna merah, lebih sedap kalo kita bubuh pati sirap ros. Kuih akan jadi lebih wangi.

Kemudian panaskan periuk kukus. Sediakan loyang 8". Sukat adunan warna putih sebanyak 100 ml. Tuang ke loyang. Kukus sehingga masak atau lebih kurang 10 minit.Ulang proses dgn kaler merah dan seterusnyer hingga siap. Bila dah siap, tunggu sejuk baru potong.

Nota: Kalau nak dpt kuih lapis yg buleh dibukak atau dicerai2 antara lapisan, mesti pastikan tepung tu masak betul baru letak lapisan demi lapisan.

Wednesday, 27 August 2008

Ayam Sambal Basil

basil



Ayam sambal buh daun basil...sedap rupanyer. Aroma basil tu bg sambal tu lebih ummph! cubalah...

Bahan2 : 5 - 6 ketul ayam yg sudah digoreng~ 3 ketul bwg merah ~ 2 ketul bwg putih ~ 1 inci halia ~ 3 sudu cili kisar ~ 2 tangkai daun basil ~ gula/garam ~ air asam jawa ~ minyak utk menumis

Cara2: Tumis bahan kisar (bwg merah, putih, halia).Bila agak garing masukkan cili kisar.Tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan air asam jawa.Pastu masukkan ayam & daun basil.Kemudian garam & gula secukup rasa.

Udang Masak Sos

udng

Arini tak sempat nak membebel panjang2..asben da tunggu kat pintu nak ajak kuar tuuu...huhuhuhu!

Lauk udang tu adunan bwg merah & putih,sos tiram,sos cili, sos tomato, sedikit cili kisar...mixed vege. Wat style ayam masak merah yer....

Monday, 25 August 2008

Mieng Kham @Sireh Kaduk

sireh

Aku tak penah makan sireh kaduk ni, tapi asben aku dah penah try. Dia kata sedap...dia suka. Aku pulak masih lagi terkulat2..emm..sedap??? Masa jumpa daun kaduk ni kat kedai Thai, berkobar2 nak buat. Lagipun special request dari asben kan. Bila dah lama tu..alahaiii..lemah longlai pulak lutut nak membuat. Nengok kat cara2 nak wat tu remeh temeh pun yer. Itu yg tak kose tuuu! Sekali tu...asben aku kelentang kelentung kat dapur..aku tny nak wat apa? dia jawab nak wat sos sireh kaduk..adusss! terasanya aku...hehehheh! Tapi, sbb dia dah buat...aku biorkan jer la. Apa salahnyer sang suami bereksperimen sendiri kan??..

Resepi tgk kat blog Ah Mat Gebu. Klik SINI untuk liputan siaran langsung dari blog Cik Mat..(ckp jer la copypaste..ahaks!)

kadul

Bila dah siap..aku plak yg sibuk nak menerai..ee...sedap jugak la!!! kalo makan daun tu saja, tak lalu ler..tp, bila dah campur sos...bhn inti dlm tu semua...sedap rupanyer! kena cuba sendiri kalo nak tau rasa...lain dari yg lain!

Untuk bahan isi dlm tu asben aku malas nak wat bnyk2...dia cuma buh:

1. Udang kering
2. Kacang tumbuk
3. Cili padi
4. Bawang besar
5. Limau nipis

Saturday, 23 August 2008

Award..Award...Award!

Besh gak layan blog ni...buleh dapat mcm2 award. Ingat artis jer ke main award2 nih?? hehehehehe..blogging2 pon ala2 celebrity jugaaa..eh chewah..! ahaksss...


Yang belah kiri tu Cik Mat Gebu yg bagi...timacih yer mat! cantik yek blog aku...??ahaks

Yang belah kanan tu cik Shima Cardiff bagi..macih jugak yer...nanti balik Klang kita hug2 syiom2...hehehehhehe!